Selasa, 15 September 2009

AktivitI OfFiCE di BlN raMadHAn

sebenar macam-macam program yang dilakukan pada bulan ramadhan ni di office aku, antaranya mengaji setiap pagi sebelum memulakan kerja dan macam-macam lagi lah,




pada 13 september yang lepas aku telah menghadiri satu majlis tadarus di masjid jamek segamat, acara bermula pada jam 3.00 p.m dan berakhir sehingga berbuka puasa beramai-ramai, sebenarnya majlis ni diadakan di bawah negeri johor, dan diaturkan oleh rakan muda peringkat negeri johor, so ramai yang terpilih dari daerah lain dan datang ke segamat untuk menjayakan program tersebut.




dan pada hari ini, rakan-rakan office telah berpakat untuk menghias office sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma ini, antara menganyak ketupat untuk digantiungkan di dalam office,


bukan main lagi mereka menganyam ketupat tersebut, dan bukan main khusuk lagi dan lupa sebentar kerja-kerja yang menimbun di atas meja.









Sabtu, 12 September 2009

BirTHday ParTY

salam ramadhan.....

pertama sekali aku nak ucapkan sangat-sangat terima kasih pada sahabat aku yang buat perancangan untuk suprise party untuk aku waktu bersahur tadi, kemudian adik-adik aku juga yang ada bersama menyambutnya untuk aku, dan geram sangat kat lover aku tipu yang dia tak balik,



pukul 4 a.m ibu aku kejut kan aku dengan mengetuk pintu bilik aku untuk bersahur, dan aku sedikit pelik kerana itu bukan waktu yang selalu ibu aku kejutkan untuk bersahur, dan terasa sunyi pula rumh sebab adik aku pun ada balik juga, 1 kereta, tak tahu pula yang satu kereta lagi pun balik dengan membawa sahabat aku,


aku pun membuka pintu bilik aku dan berkumandang lah lagu happy birthday, and thanks for all, terutama sahabat aku.

siang nya pula aku menantikan sahabat aku yang teman kan ummi dia pergi klinik, sebab dia kena bertolak naik bas pukul 1 p.m, dan dah pukul 12.15p.m still tak sampai lagi rumah aku, risau juga, dia sampai, dan beri aku hadiah dan aku terus hantar dia naik bas di segamat.


then ini dia peneman tidur aku sekarang, seekor dolphin, macam nakal jer rupa dia tu, macam orang yang bagi, thanksterima kasih sahabat.








Jumaat, 11 September 2009

BirtHDay Boy




salam....

telah genap umur aku 28 tahun, tapi perangai still seperti budak-budak, tgok jer muka aku tu macam tak matang lagi, still suka tgok cartoon, huhuhu....best what tgok cartoon ni, happy jer, tak pikir masalah, huhuhuhu....


dalam kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan trimas for my love, sham and my younger brother sebab wish kat aku, ermmm...... dan member adik aku leya, yang minat kat aku, hahahaha......tak ramai yang ingat berthdaya aku, tak per, bukan penting sangat aku ni... :( cuma org biasa jer.... hahahaha.......

Selasa, 8 September 2009

BirHTdaY & BerBuKa

hari jumaat yang lepas, sekali lagi aku pergi ke puchong, bawa mak aku jumpa adik2 aku, dan yang pasti aku ada tujuan aku yang lain, dan dalam aku ke sana, rupa-rupanya hari sabtu yang lepas adalah birthday adik ipar aku, so sambut lah sekali, dan kami meraikannya di shah alam bersebelahan masjid negeri,



gambar di atas tu masih lagi berada di putrajaya, menuju ke shah alam, dan dalam perjalanan aku singgah di kedai kek untuk membeli kek untuk adik ipar aku tu, tu pun adik aku yang pesan, sebelum tu aku menjemput kesayangan aku balik dari kerja, dalam perjalanan sham (owner for me, myself and mine) call, so aku ajak dia sekali, dan on the way nak ke shah alam aku singgah di putra perdana puchong untuk pick up sham, dan terus masuk elite dan terus ke shah alam,




kami sampai dahulu di tempat yang dijanjikan, aku ingat kan adik aku yang tiba dahulu, dan kami bertiga lepak sahaja menantikan ketibaan adik-adik aku tu, setelah tiba, persediaan berbuka pun dilakukan, jangan salah pula, chinise girl dalam picture tu adalah budak yang adik aku asuh/ jaga, baby sitter macam tu lah,



bermacam-macam jugalah yang dia orang beli, dari mertabak hingga ke kuih-kuih, dan yang pasti aku tetap kena control makan, huhuhu.......



yang tadi (girl) dan yang ini her brother, so bawalah sekali mereka berdua ni berbuka puasa, walaupun mereka ini bukan malay or muslim, yang pasti kita kan rakyat malaysia, dan kita adalah 1 Malaysia, tetapi ada yang cuba mempertikaikannya, tentang hak-hak, semua telah termaktub di dalam perlembagaan, so kena ikut,


kalau tak ikut tentu lain jadinya, takkan kita hidup di malaysia yang aman seperti sekarang, mereka-mereka yang berupa duri dalam daging ni memang menyusahkan, adakah kita ingin mengulangi peristiwa 15 mei, fikir-fikirkan lah, eh masuk bab lain pula,



aksi memotong kek, tak sempat nak ambil gambar adik ipar aku, tetapi gambar orang lain pula yang diambil.....macam comel jer brother yang potong kek tu, huhuhuhu......







Khamis, 3 September 2009

BeLive?

dalam mood sedih hari ni, tak tahu kenapa, kekadang mahu mempercayai seseorang itu bukan satu perkara yang mudah, banyak perkara yang perlu kita fikirkan, sama ada dia itu adalah kawan, sahabat, family mahupun lover atau kekasih,


aku pun tak pasti apa sebenarnya...........

Rabu, 2 September 2009

BerBUka Di AlaMAnda

dan hari isnin, aku telah berbuka bersama dengan owner me, my self and mine, dan sahabat aku di bowling alamanda, (cafe) tak pasti aku ada tak gambar tu, sebab gambar yang bawah tu pun sahabat aku send kat aku,


sedap juga juadah berbuka yang dihidangkan, yang pasti aku tetap control, sebab berat aku dah bertambah sejak akhir-akhir ni, mungkin senang hati, mungkin aku berasa senang hati dengan keadaan aku.


habis berbuka boleh pula aku pi main game bersama sahabat aku tu, dan sham (owner for me myself and mine) tu hanya menyaksikan perangai kebudakan kami berdua, huhuhu....... walhal pada waktu itu aku sedang mengejar masa nak balik ke johor kerana esok kerja,


BeRIaDah BerSAma

salam ramadhan ke-12, firstly nak minta maaf pada member aku yang seorang tu, kerana aku dah try cari earphone tu, aku lupa aku letak kat mana, dan aku janji aku ganti semula,

weekend yang lepas aku telah ke putrajaya lagi, dan kali ni berbuka puasa bersama family aku, semua ada, termasuk sahabat aku, oh yer aku dah janji dengan kawan aku tu yang aku nak berbuka dengan dia, tapi tak dapat sebab adik aku ajak buka kat rumah dia selama aku berada di sana, dan aku tidur plak kat rumah sahabat aku, boleh ker macam tu..... boleh kot,


malam tu sahabat aku kerja, so aku hantar dia pergi kerja dan aku melepak di rumah sahaja, dalam pukul 9 lebih adik aku call ajak lepak di dataran putrajaya, indah suasana,



beberapa keping pemandangan indah yang aku ambil di dataran, dan kami duduk di satu sudut di situ menikmati keindahan dataran dan bergurau senda, sebab bukan selalu dapat melepak beramai-ramai seperti ini,



ini lah keluarga kecil ku, terdiri dari aku, anak buah aku, mak aku dan adik-adik aku dan ibu aku. yang pasti aku paling tua dan paling kecil, maksudnya: aku yang sulung dan berbadan lebih kecil berbanding yang lain..... kenapa yer.....ermmmmm.......


SaLam RaMaDHan

salam ramadhan buat semua sahabat, hermmm sebenarnya tak tahu apa yang di letakkan di sini, cuma di bulan ramadhan ini, semuanya aku kurangkan, ada yang bertanya tak ada post baru ker, aku pun tak tahu nak letak apa, bulan puasa, kepala pun blurr jer,

dah masuk hari ke 12, alhamdulillah pada mereka yang mengerjakan ibadah puasa ini, banyak yang baik nya apabila kita berpuasa ni, kalau betul-betul ikut lah, dan difinisi berpuasa pun adalah: tidak makan dan minum serta mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, ermmm betul kot, huhuhu.... lupa lah,
selain itu juga kita diajak beramal di bulan ini, sebenarnya bulan ramadhan ini boleh memperbaiki diri kita dari segi amalan, dan melatih agar menjadi lebih baik lagi, dan hendaklah dikekalkan selamanya, dan kita diajar dan merasa bagaimana rasa golongan yang tidak berkemampuan rasai, dan kita seharusnya mensyukuri dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita, kerana ada yang lebih teruk bahagian nya dari kita.
dan salam ramadhan,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...