17 February 2020, aku bersama group aku (BFF Hiking), telah pergi mendaki di Gunung Berlumut, Kluang, Johor. Kami telah berdaftar dalam satu group yang membawa pendaki-pendaki menuju ke puncak gunung. Seawal dua minggu sebelum, kami telah mendaftarkan diri dan membayar bayaran untuk permit menaiki gunung tersebut. Bayaran dikenakan sebanyak RM65 ringgit seorang.
Dua hari sebelum tarikh pendakian, aku telah pulang ke Segamat menaiki bas, kerana Bob dan Ejam ingin menghantar aku pulang ke Johor Bahru, mereka ingin lepak dan berjalan-jalan di bandaraya tersebut. Tapi paling best, bas aku naiki delay hingga 3 jam. Aku bermalam di rumah Bob, kerana mudah untuk kami terus gerak menuju ke Kluang.
Sedikit tentang Gunung Berlumut,
Gunung Berlumut dinamakan kerana terdapat banyak kawqasan di gunung tersebut yang dipenuhi dengan lumut, lebih kepada permukaan batu-batu di kawasan tersebut.
Ketinggian gunung ini adalah 1010 meter dari aras laut, dan merupakan gunung ketiga tertinggi dalam Negeri Johor. mengikut bacaan aku di laman web mereka yang pernah memanjat gunung ini, trek laluan bukan satu masalah bagi mereka yang telah biasa memanjat gunung, tetapi merupakan trek mencabar bagi mereka yang baru bermula dalam aktiviti ini.
Berbalik kepada pengalaman dan perjalanan aku mendaki gunung ketiga tertinggi di Negeri Johor ini.
Jam 3.30 pagi.
Bermula perjalanan kami, gerak dari rumah Bob (Segamat) menaiki kereta beliau dan menuju ke Kluang.
Jam 6.30 pagi.
Kami tiba di Bandar Kluang, dan singgah di Surau Kampung Paya untuk menunaikan apa yang perlu bagi seorang muslim. Aktiviti awal pagi itu, diteruskan dengan mengisi perut masing-masing (sarapan pagi), supaya tidak pewai (keletihan teruk) semasa melakukan pendakian.
8.00 pagi.
Kami tiba di Dataran Gunung Berlumut, di mana tempat kami diminta berkumpul. Sedikit penerangan oleh pihak penganjur dan melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan pendakian.
8.30 pagi.
Kami memulakan pendakian di gunung tersebut. Pada awal trek pendakian, sangat biasa tetapi sedikit berbukit biasa yang hanya boleh dilakukan dengan berjalan biasa. sehingga ke check point 1.
Cabaran trek bermula dari check poin 2 hingga ke puncak. Di mana laluan pendakian, pendaki perlu memanjat akar-akar pokok untuk melalui trek pendakian.
Sangat mencabar bagi kami yang baru berjinak-jinak dalam dunia hiking ini. Dan terpancar wajah keletihan yang teramat sangat pada wajah Ayong dan Bob. Sebenarnya, Ayong terpisah dari kami. aku sangkakan dia ok bersama rakan-rakan beliau. tetapi ternyata tidak. Kerana bersangka baik, kami meneruskan perjalanan tanpa menanti beliau.
Sepanjang perjalanan mulut aku tidak berhenti menasihati dan memberi kata semangat kepada Bob, Kerana hanya kami berdua di satu-satu treck. Mungkin akibat keletihan melampau dan letih telinga beliau nak mendengar, terpancul dari mulut dia:
"ko kurus tak apa lah.....", lepas geram.
"apa dia Bob?", tanya aku semula minta kepastian.
Bob hanya membisu dan kami meneruskan perjalanan, dan aku tidak pula memberi sepatah dua kata-kata sepanjang pendakian.
2.00 petang.
Aku dan Bob berjaya tiba di puncak Gunung Berlumut, Alhamdulillah.
Terpancar senyuman di wajah Bob dalam keletihannya. Tidak lama selepas itu, Ayong tiba dengan muka pewai.
TAHNIAH BUAT SEMUA..... KAU ORANG MEMANG THE BEST.
2.30 petang
kami mula menuruni gunung kerana seawal jam 5 petang, keadaan di lantai hutan akan mula gelap dan memerlukan bantuan lampu picit untuk menerangi trek.
5.30 petang.
Kami tiba di kawasan air terjun, dan hanya punya masa 15 minit untuk berendam sejukan badan akibat keletihan pendakian.
Merupakan satu pengalaman yang sangat menarik, dimarah, keletihan, hampir sahaja berputus asa.
Gunung Berlumut MEMANG TERBAEK.
ada sedikit rakaman video di bawah.
klik DI SINI untuk melihat keseluruhan gambar semasa aktiviti pendakian.