Lebih satu tahu aku melibatkan
diri dalam dunia bakery. Pada mulanya aku sekadar membantu ahaja sahabat aku
dalam membuat kek-kek, kerana dia menjalankan perniagaan tersebut secara part time. Setelah beberapa bulan,
beliau mengajak aku menceburi dunia bakery, dengan membawa aku ke satu kelas
kek perkahwinan.
Pada
asalnya, aku tidak berminat ingin melibatkan diri dalam dunia bekery ini.
Tetapi lama-kelamaan minat itu muncul dan aku mula seronok dalam membuat kek. Genap
setahun aku rasa, penglibatan aku di dalam dunia bakery ini. Macam-macam juga
yang telah aku kenal. Bukan sahaja resepi-resepi, tetapi aku dapat mengenali
dan menambah kawan-kawan dalam dunia bakery ini. Bukan sahaja wanita,
rupa-rupanya amai juga lelaki yang melibatkan diri dalam dunia bakery ini.
Ada
satu group yang telah di”invite” oleh sahabat biz aku, merupakan
satu group yang disertai oleh beberapa orang baker lelaki seluruh Malaysia
termasuk sabah dan serawak. Group tersebut
diberi nama atau diberi gelaran sebagai GENG HERO DAPUR.
Pada
awal penyertaan, aku aku sedikit agak segan kerana aku bukan lah seorang yang
hebat dalam dunia baker atau memasak. Tapi group tersebut memang sampoi, dan
agak kegilaan. Dan mereka yang berada di dalam group tersebut memang mereka
yang agak hamble dan mereka tidak berasa lokek untuk berkongsikan ilmu, tips
dan juga resepi-resepi.
Dan
dalam bulan lepas, Geng Hero Dapur telah melancarkan satu group fb yang
penyertaannya dibuka untuk semua warga, tidak kira lelaki dan wanita. Di dalam
group tersebut, mereka dibenarkan berkongsi resepi dan tips. Tujuan group
tersebut diadakan juga adalah untuk membantu mereka yang punya masalah dalam
dunia masakan juga baking.
Alhamdulillah,
dalam dua minggu group tersebut telah mencapai 10k++.
KLIK LINK DI BAWAH,
ANDA AKAN DIBAWA KE GROUP TERSEBUT: