Selasa, 12 Januari 2010

sepah dan madu


baru sebentar tadi, sahabat aku call aku dan meluahkan pada aku apa yang terjadi pada beliau, bekas dia, ex dia, call dia dan meluahkan rasa rindu pada sahabat aku ini, dan aku terasa ingin tergelak juga dengan apa yang berlaku, sebenarnya, dia lah yang meninggalkan sahabat aku ini, mungkin kerana telah bertemu dengan someone yang lebih baik dari sahabat aku ini, tetapi sebelum ini pun dia ada call rasanya.


macam itulah manusia yang bergelar manusia hipokrit, apabila seseorang itu memandang lebih pada harta yang ada pada someone itu, macam inilah yang akan berlaku, andainya dia tak pentingkan pada harta benda, sudah pasti rasa lebih tenang dalam perhubungan dan berkemungkinan besar hubungan itu lebih berkekalan.


tetapi itukan hak masing-masing, so tepuk dada tanya selera, ingin mencari seseorang yang betul-betul menyayangi kita bukan satu perkara yang mudah, tetapi bila dah dapat, diabaikannya pula, kerana ingin kejarkan kepuasan dan harta benda juga kejar apa-apa lagi, aku pun tidak tahu.



KuAntAN



salam, hari ini, aku telah menghantar adik perempuan kawan aku untuk mendaftar di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN. tempat aku futher study dulu, terlalu lama tidak menjenguk di kawasan ini, dan terimbas kembali detik-detik bersama sahabat-sahabat POLISAS dulu, dan banyak yang berubah.


kami bertolak dari kampung dalam pukul 6 a.m, dan terus sahaja menuju ke POLISAS, mengambil masa dalam 2 jam. urusan pendaftaran mengambil masa yang agak panjang kerana pelajar perlu pergi beberapa kaunter untuk menguruskan beberapa perkara dalam hal untuk pendaftaran. dan sahabat kesayangan aku tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi walaupun telah banyak kali aku nyatakan bahawa ia nya memang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.



setelah siap proses pendaftaran, kami terus menghantar barang keperluan harian buat adiknya itu di asrama, dan parent dia nasihatkan adik dia agar belajar dengan bersungguh dan jangan lalai. dan aktiviti menghantar dan menunggu proses yang agak panjang ini pun telah membuatkan aku terlalu letih pada hari ini, dan tidak terdaya rasanya untuk membuka mata ini sewaktu aku update blog aku ini.



selesai sahaja semua, kami terus pulang ke segamat, kerana esok aku kerja, dan yang lain juga mempunyai kerja masing-masing. di sini aku letakkan beberapa keping gambar dan keletah budak-budak juga ibu bapa sewaktu proses pendaftaran tersebut.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...