Khamis, 8 Oktober 2009

HaRi RayA iii



hanya duduk rumah pada pagi hari, menunggu tetamu yang mahu berkunjung ke teratak buruk ni, boleh ker cakap macam tu....boleh lah bro......




pada sebelah petang kami pergi ke johor bahru untuk melawat pakcik aku yang sakit, mak aku suruh tanya kan sahabat aku sama ada dia mahu ikut atau tidak, pastinya dia nak ikut, so kami pun bertolak dengan rumah pertama rumah besan mak aku, mertua adik aku.


gambar kat danga bay jer ada.....



pergi pasir gudang berjumpa dengan pakcik aku, dan terus ke tampoi, kampung pasir, berjumpa dengan pakcik aku yang tak berapa sihat, abg kepada arwah ayah aku,


yang pasti keseronokan berjalan di johor bahru adalah singgah di Danga Bay, tu pun sikit-sikit jer, nak pergi tempat lain tak sempat, masa tak mengizin kan sebab raya ke empat aku dah bekerja.

HaRi RaYa ii

masuk hari raya ke-dua, ada perjumpaan saudara di sebelah nenek aku, kami pun pergilah untuk tidak memperkecilkan saudara-saudara yang lain, malas nak ke bandar muar tu, sesak sangat dengan kereta yang berpusu-pusu.....



sebelum acara beramah mesra, bacaan tahlil di adakan untuk memperingati datuk dan nenek yang telah pergi.......



seterusnya.... acara memenuhkan perut, huahuahua.... seperti biasa aku tak makan sangat kerana risau akibat dari makan yang bukan2 (perut) dan lihat sahaja gambar tersebut, berebut-rebut mereka mengambil juadah pada hari itu, ermmm boleh tak kalau cakap macam ayam kejar makanan.... jahat mulut aku ni.





sebahagian dari sepupu-sepupu aku, cucu nenek aku.....dan sepupu sebelah nenek saudara tak semua yang kenal......dan adik aku pula yang terselit penyebok (budak perempuan tu)






dua org sepupu aku yang rapat dengan aku, ada yang lain, sibuk mengejar makanan..... huhuhu....




selesai majlis tersebut kami pun terus pulang ke rumah untuk berehat.





HaRi Raya i




tak nampak org lain bila dah makan




macam biasa hari raya pertama masa bersama keluarga tercinta, selepas sembahyang sunat aidilfitri, kami melawat pusara ayah tercinta, kemudian kami pulang ke rumah untuk makan juadah di pagi raya, seperti: ketupat, rendang dan sebagainya.... kalau semua nak tulis jenuh bro....tetapi biasa nya aku tak makan sangat ketupat ni, kerana perut aku bermasalah sikit, terpaksa memilih sikit bila nak makan makanan yang berempah......



di rumah nenek




seterusnya kami akan bermaaf-maafan, tradisi turun menurun, tetapi selepas itu, kebiasaannya dibuat semula, tetapi nasib baik lah adik beradik aku ni tak berapa nak ambil hati, sebab masing-masing mulut macam celaka, laser.... hahahaha...... termasuk aku, kekadang tu orang akan pelik bila datang umah aku, kami ni bergaduh/bertekak atau pun apa...... dah cerita lain pula.......


selepas itu, kami akan pergi ke rumah nenek, tak lah jauh sangat, hanya ambil masa setengah jam sahaja, kampung ibu aku, di langa, muar. bertemulah sanak saudara, actualy my father tak suka sangat dengan family mak aku ni, ada lah sebab-sebab yang mereka lakukan hingga ayah aku merajuk nak pergi, dan dia melarang adik aku membawa anak dia ke rumah nenek aku, kerana ada sumber mengatakan yang nenek aku tak mengaku anak adik aku tu cucu dia, ermmm..... boleh nampak, but, org tua....macam kata fara fauzana.... layaaannnnn........


aktiviti yang biasa kami lakukan pada hari raya pertama ni, kami terus ke kampung ayah aku, melawat makcik dan pakcik, walaupun ayah dah tak ada, saudara tetap saudara...... dan terus pulang ke rumah..... letih...




salam aidilfitri

salam....

lama juga rasanya tidak update blog ni, tak berkesempatan, kesibukan beraya dan bekerja,




hari raya pertama, pertama sekali selepas selesai bersembahyang aidilfitri, kami sekeluarga pergi melawat pusara ayahanda tercinta, so ini adalah hari raya pertama yang kami sambut tanpa ayah tercinta, ermmmm..... terasa juga kerana biasanya beliau yang memasak pada hari raya ni, so bila dah tak ada kami lah yang terpaksa menyediakan dan menyiapkan apa yang perlu.


tugas aku berbelanja, semua keperluan untuk memasak tu aku pergi beli, ermmm.... kekok kerana aku tak pernah nak belanja barang-barang dapur ni, tak minat. so first tima lah aku berbelanja untuk lauk-lauk hari raya,









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...