Ahad, 7 Ogos 2016

Yang Kelakar



Ada cerita kelakar yang ingin aku kongsikan pada hari ini, berkenaan aku dan sahabat aku.

Aku mengenali beliau ini pada awal tahun 2016, melalui facebook dan menjadi rapat setelah beberapa kali hang out, beliau telah mempunyai seorang isteri dan bakal menimang cahaya mata pada bulan Ogos ini.


Pada awalnya kami berkawan sahaja sebagai kawan berbual dan lepak-lepak setelepas waktu kerja. Tetapi mungkin ada keserasian di situ, terus menjadi lebih rapat lagi. Dan pelbagai perkara dikongsikan sehingga permasalahan yang di hadapi.

Dan pada waktu ini, kami lebih menjadi partner dalam berniaga, aku membantu beliau dan beliau membantu aku dalam mempromosikan barang masing-masing.

Ingin di jadikan cerita, Jiran beliau telah mengadu hal, bahawa aku sering datang ke rumah dan sering tidur di rumah beliau. Sememangnya aku ada tumpang tidur dan datang ke rumah beliau. Tetapi tidak sekerap yang telah dinyatakan.

Pada awalnya, aku fikirkan kakak rumah sebelah yang bercerita. Rupa-rupanya si suami yang mengadukan hal tersebut. Lelaki? Ingatkan si isteri, ketawa besar aku. Tidak sangka si suami lebih menjaga tepi kain hal-hal orang atau jiran-jiran.

Tiadalah lain niat aku dengan beliau ini sekadar bersahabat dan membantu antara satu sama lain dalam hal-hal berniaga, kerana aku juga perlukan kawan untuk aku berbeniaga dan inginkan sokongan dari orang lain.


Tidak tahu apa yang telah difikirkan oleh jiran beliau sehinggu begitu sekali. Dan menimbulkan syak pada isteri beliau. 


"kau ingat aku ni apa?", wakakakaka...

Biarlah, kalau niat kita baik. Tiada hal lain akan berlaku. Mungkin berasa tidak puas hati dengan sahabat aku dalam beberapa hal mungkin.

Bengkel Mengukir Buah



Pada 5 Ogos 2016 lepas, aku menghadiri kursus mengukir buaj di Kolej Komuniti Segamat 2, anjuran Pejabat Belia. 

group aku semasa hari kejadian

Sesi pertama dari dua sesi, penyertaan aku adalah kerana ajakan daripada sahabat aku, yang ingin menyertai kursus atau bengkel ini. Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8 pagi. Sebenarnya ada sedikit rasa malu untuk menyertai bengkel ini, kerana aku tidak pernah mengikuti kursus-kursus seperti ini.

“tidak mengapalah, dapat juga ilmu”, pikir aku.

Antara buahan yang diukit pada hari tersebut seperti lobak merah, lobak putih tembikai dan apple. Tangan keras, yang memegang screwdriver dan spanar mengukir buah, memang hancurlah buah-buahan tersebut.

Tidak ada yang menarik rasanya ingin bercerita panjang, aku share sahaja aktiviti aku pada hari tersebut. Dan konsikan sedikit gambar-gambar semasa hari kejadian.


  
lobak merah dan apple


hasil kerja aku yang tidak seberapa


hasil kerja sahabat aku, baru teringat bahawa dia bekas pelajar hospitality

Open House Yang Terlewat.

Assalammualaikum,

Semalam 6 Ogos 2016, berlangsung Majlis Aidilfitri bagi keluarga/ keturunan Ja’i. Yang melibatkan beberapa orang nenek dan datuk. Cucu-cucu dan cicit-cicit serta yang ke bawah bagi Arwah Ja’i. Agak terlewat majlis pada tahun ini. Dan penglibatan dari semua keluarga agak kurang, mungkin kerana sudah habis syawal atau masin-masing mempunyai urusan sendiri.

Pada awalnya, keluarga aku tidak mahu menghadiri majlis tersebut kerana punya agenda sendiri, kerana mempunyai jemputan kenduri kawin (majlis persandingan) sepupu aku di kampong kelahiran aku di Tanjung Gading, Muar.

Mungkin kerana ingin menjaga hati beberapa pihak, ibu aku mengajak juga singgah ke Majlis Aidilfitri tersebut. Aturcara majlis dimulakan dengan majlis tahlil pendik dengan bacaan yasin dan doa untuk arwah. Seterusnya, penyampaian ucapan wakil dari setiap keluarga (adik-beradik nenek) seramai tujuh keluarga.

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar bagi setiap keluarga, dan acara sebenanrya hingga pada petang itu. Memandangkan kami punya urusan lain, maka terpaksa meninggalkan majlis terlebih dahulu sebelum tamat majlis tersebut.

Perjalanan ke Tanjung Gading, Muar mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Bernasib baik pada hari semalam, adik ipar aku yang memandu, dan keadaan aku pada masa itu tidak mengizinkan kerana diserang magrain. Sepanjang perjalanan aku lelapkan mata, secara tidak sedar telah tiba di lokasi.

Seperti biasa, makan dan mengambil masa  berbual dengan sanak saudara. Dan bergurau senda.


Habis dari majlis, ibu mengajak singgah ke Pasar Awam, Muar untuk membeli lauk untuk makan malam. Menu utama ikan mayong. Tak pasti samada semua kenal dengan ikan tersebut. Dua kilo udang yang ingin dicelup tepung dan kupang untuk masak sambal. Agak meriah kerana adik beradik aku yang lain pulang ke kampung.

Aktiviti semalam, hujung minggu bagi aku, kerana hari Ahad merupakan hari kerja bagi aku. Dan sekarang duduk di meja mengadap computer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...