Ada cerita kelakar yang ingin aku kongsikan pada hari ini, berkenaan aku
dan sahabat aku.
Aku mengenali beliau ini pada awal tahun 2016, melalui facebook dan menjadi rapat setelah
beberapa kali hang out, beliau telah
mempunyai seorang isteri dan bakal menimang cahaya mata pada bulan Ogos ini.
Pada awalnya kami berkawan sahaja sebagai kawan berbual dan
lepak-lepak setelepas waktu kerja. Tetapi mungkin ada keserasian di situ, terus
menjadi lebih rapat lagi. Dan pelbagai perkara dikongsikan sehingga
permasalahan yang di hadapi.
Dan pada waktu ini, kami lebih menjadi partner dalam berniaga, aku membantu beliau dan beliau membantu aku
dalam mempromosikan barang masing-masing.
Ingin di jadikan cerita, Jiran beliau telah mengadu hal, bahawa aku
sering datang ke rumah dan sering tidur di rumah beliau. Sememangnya aku ada
tumpang tidur dan datang ke rumah beliau. Tetapi tidak sekerap yang telah
dinyatakan.
Pada awalnya, aku fikirkan kakak rumah sebelah yang bercerita. Rupa-rupanya
si suami yang mengadukan hal tersebut. Lelaki? Ingatkan si isteri, ketawa besar
aku. Tidak sangka si suami lebih menjaga tepi kain hal-hal orang atau
jiran-jiran.
Tiadalah lain niat aku dengan beliau ini sekadar bersahabat dan
membantu antara satu sama lain dalam hal-hal berniaga, kerana aku juga perlukan
kawan untuk aku berbeniaga dan inginkan sokongan dari orang lain.
Tidak tahu apa yang telah difikirkan oleh jiran beliau sehinggu begitu sekali. Dan menimbulkan syak pada isteri beliau.
"kau ingat aku ni apa?", wakakakaka...
Biarlah, kalau niat kita baik. Tiada hal lain akan berlaku. Mungkin berasa
tidak puas hati dengan sahabat aku dalam beberapa hal mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan