Khamis, 16 Disember 2010

Pulau Rawa

Pulau Rawa yang terletak 16 km dari pantai Mersing terkenal dengan pasirnya yang putih bersih, pepohon kelapa yang tinggi melampai dan terumbu karang yang penuh dengan ikan beraneka warna serta hidupan laut yang lain.



Pulau yang aman hanya mempunyai dua pilihan tempat tinggal. Calet kayu yang terselindung di antara pepohon kelapa mengekalkan suasana semulajadi di sini dan menyerlahkan lagi jolokan pulau ini sebagai destinasi percutian yang aman dan mempesona.

Lautan di sini berubah menjadi bergelombang dan suram ketika musim hujan di pantai timur (November - Mac). Oleh itu, anda disarankan merancang percutian anda ke sini di luar musim hujan.



Dari pusat bandar Johor Bahru, gunakan jalan raya Johor Bahru - Kota Tinggi dan sambung perjalanan menerusi jalan raya Kota Tinggi - Mersing (Lebuhraya 3). Dari Lebuhraya Utara-Selatan, ambil jalan susur keluar Ayer Hitam (Persimpangan 244) dan teruskan perjalanan menuju Kluang, seterusnya ikut jalan raya Kluang - Jemaluang (Lebuhraya 50). Selepas pekan Jemaluang, masuk ke jalan raya Kota Tinggi - Mersing, menghala ke Mersing. Perhatikan papan-papan tanda yang akan menunjukkan arah ke Jeti Mersing.





Talian Untuk Dihubungi


Untuk maklumat lanjut mengenai Pulau Rawa, sila hubungi Pusat Maklumat Taman Laut Mersing di talian 607-7991161 atau Pusat Maklumat Pelancong Mersing (METIC) di talian 607-7995212.

Sunway Lagoon

Keesokan harinya, belum hilang rasa letih berjalan di Maha 2010, adik aku mengajak kami ke Sunway Lagoon, boleh juga ingin menghilangkan rasa stress. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi, kerana jaraknya tidak sampai satu jam.


Apa yang boleh aku katakan, aku seronok, walaupun banyak duit yang habis dalam masa dua hari ini. hahahaha.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...