Assalammualaikum,
Bulan Ogos, bulan kemerdekaan bagi Negara kita menjelma
kembali. Pelbagai program telah dirancang bagi bulan ini. Bagi seorang pekerja
seperti aku, pasti terlibat dengan aktiviti dan program di peringkat daerah.
Memandangkan aku sebagai seorang kakitangan, oleh itu TIDAK BOLEH TIDAK.
Pada tahun ini, aku tidak terlibat dengan aktiviti
perbarisan. Ini kerana telah ramai yang datang menghulurkan nama bagi menyertai
perbarisan tersebut. Selama enam tahun menjadi salah seorang ahli dalam skuad perbarisan.
Terasa janggal dan terasa seperti tidak seronok pula. Kerana menyertainya
memang seronok.
Mungkin aku ditugaskan dalam tugasan lain pada hari
tersebut.
Hari ini, 16 Ogos 2016 merupakan hari Kibarkan Jalur
Gemilang. Segamat menjadi tuan rumah bagi peringkat negeri pada tahun ini. Aku
tidak terlibat secara langsung dalam program tersebut, sekadar peserta yang
dijemput hadir bagi meramaikan di dalam majlis tersebut.
Acara bermula jam 845 pagi dengan ketibaan wakil Menteri
Besar Johor. Dan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor. Seterusnya dengan
ucapan dari DO segamat dan perasmian oleh wakil Menteri Besar, dengan
menyempurnakan gimik perasmian.
Diikuti dengan beberapa persembahan dari Jabatan Kebudayaan
Negeri johor. Tidak banyak maklumat yang dapat aku kongsikan kerana aku sekadar
mengetahui sedikit sahaja tentang majlis perasmian bulan kemerdekaan dan
kibarkan Jalur Gemilang ini. Aku sekadar share
beberapa keeping gambar yang aku ambil di sana. Tapi banyak pulak gambar
aku berselfie , maaf dipohon….
“hahahahahaha”………………………