Khamis, 29 September 2011

Anuar Zain 2011



Dengan menggunakan nama beliau sendiri sebagai judul album kali ini (Anuar Zain). Album beliau telah dilancarkan pada 20 September lepas. Terdapat 8 buah lagi yang disisipkan di dalam album ini :

Ku Berjanji Kerna Cinta,
Nadi Terhenti,
Ajari Aku,
Pernahkan,
Simpati Cintamu,
Sempurnakan Aku,
Terindah dan
Cinta Harus Memiliki.

Actually,  aku dah dengar kelapan-lapan buah lagu ini, bagi aku lagu dia best. Tetapi yang tidak berminat contohnya seorang kawan aku di office ni, selera masing-masing, Beli beb Jangan tak beli. pastikan original.

Album English Siti.

Melancarkan album inggeris pasti menyebabkan rasa bimbang, Namun begitu penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza berani mencuba merealisasikan impian beliau mungkin untuk melancarkan album berbahasa inggeris sepenuhnya. Dengan hit song yang sentiasa bermain di corong-corong radio sekarang ini, I'm Falling In Love. 

Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan di dalam album ini dan dan mendapat kerja sama dari penyanyi terkenal, Sean Kingston dengan lagunya Remember You. penyanyi R & B Australia, Christian Alexanda (i'll wait forever). 

Namun begitu terdapat juga suara-suara yang mengkritik usaha beliau, sama ada baik atau buruk, begitulah rakyat Malaysia kan. Bukan lebih menyokong sesuatu tetapi lebih memburukkan. Andai ada idea yang bernas sila kemukakan bukannya dengan bertindak memburuk-burukan dan bercerita di kedai kopi.


Cuba bagi sesuatu perkara yang bernas. Walau apa pun Tahniah buat Datuk, dan semoga berjaya dan tingkatkan segala usaha untuk menjadi yang lebih baik

Libas.

Skrip : Martias Mohd. Ali
Arahan : Jurey Latif Rosli
Terbitan : Mdag Marketing Sdn Bhd



Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (libas), sehingga dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia (Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan ratna anaknya.

Kebimbangan Raja Libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki Inggeris sanggup menaja perlawanan Libas pada tahun ini, lebih awal dari selalunya. masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Raja Libas. Malah kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang diwarisi oleh orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan tradisi orang-orang melayu. Dan Raja Libas adalah waris penyimpan bola itu.

Tanpa diketahui oleh Raja Libas, bola warisan itu kini menjadi buruan oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa diketahui oleh Raja Libas juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi mendapatkan bola itu.


Raja Libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Raja Libas, agak mustahil dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan keagungan adat, Raja Libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Raja Libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan Raja Libas, seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh dipegang oleh pewarisnya sahaja.

Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci libas kerana kekalahan yang lalu. Tanpa diketahui oleh Raja Libas, Megat sudah pun menjadi duri dalam daging bila dia setuju belot setelah dirasuah oleh Ak Nangkhon. malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah diputuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Raja Libas mementingkan bola warisan lebih daripadanya.

Sewaktu memandu melewati KLCC, Raja Libas telah terlihat kehebatan seorang remaja (Hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya itu dapat mempertahankan diri dari serangan 3 remaja yang lain dengan hanya menggunakan sebiji bola dan Raja Libas menawarkannya untuk bermain libas. Dan Raja Libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun Hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Raja Libas telah mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari dipukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam.

Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai Libas selepas diberitahu bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi Raja Libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu regu. Sepengetahuan Libas Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola. Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan, Libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan sayur-sayuran yang dilontarkan kepadanya, malah telur yang dilontar tidak pecah bila ditampan dengan perutnya.

Akhirnya Raja Libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat, Hamadi dan Kumok. Raja Libas berusaha mengajar mereka dengan segala pengetahuan yang dia ada untuk permainan Libas. Libas sedar pasukannya tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat mengepalai pasukan.

Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Raja Libas resah. dia terus memupuk semangat Hamadi dan Kumok. tanpa diduga, mereka berdua dapat mengalahkan pasukan dari China. semangat Raja Libas bertambah dan Ak Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yan menyebabkan Kumok dan Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja Libas sedar ada sesuatu yang dikehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas dibelasah Ak Nangkhon. Akhirnya Raja Libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Raja Libas melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan. Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola warisan dicuri oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Raja Libas dengan Libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan Raja Libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil melaung “Malaysia juara”. Raja Libas melihat pewaris kepada bola warisan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...