
ada ke dia mengajak melakukan sesuatu yang bodoh. dia fikir aku ini apa? boleh dipermainkan. sakit hati dengan budak gila tersebut. aku betul-betul nak cakap di sini. aku tak kisah aku nak berkawan dengan sesiapa andainya orang tersebut boleh respect diri aku, aku tak mahu mencari masalah dengan orang lain. tetapi kalau dah bersikap kurang ajar faham-faham sendiri.
kadang-kadang aku terfikir, mungkin dia sakitkan hati kerana mungkin dia beranggapan yang aku telah merampas kawan-kawan dia, please lah. bila aku berada di office, semua kawan aku. aku bukan jenis nak baik dengan orang itu sahaja dan tidak membenarkan mereka berkawan dengann orang lain setelah berkawan dengan aku.
konsep aku sekarang, aku berkawan dengan sesiapa sahaja, dan tidak ada istilah kawan baik. kerana aku memang sukar untuk mempercayai seseorang sekarang ini akibat dari diperlakukan oleh orang yang aku angkap sahabat.
apa bila berada dalam kesenangan pasti mendampingi kita, tetapi apabila di dalam kesusahan tinggalkan kita. pernah ada yang meminjam dengan aku (duit) dan sampai hari ini aku ingat lagi, aku halalkan, tetapi selebihnya urusan dia dengan tuhan. ada seorang itu. aku bantu kerana belum lagi mendapat kerja. aku beri pinjamkan duit. tetapi apabila telah mendapat kerja aku minta balik, dia bayar tidak sampai setengah dari jumlah yang dia pinjam. dan hebahkan pada orang lain yang dia telah membayar semula duit aku, dan aku sahaja yang lebih-lebih.

tidak juga aku mengganggu awek-awek mereka, isteri-isteri mereka, adik perempuan mereka, atau sesiapa yang ada berkaitan dengan mereka, tetapi mengapa mereka terlalu sakit hati dengan aku. aku pun tak faham apa yang telah aku lakukan. apa masalah mereka dengan aku, datang dekat dengan aku, khabar kan apa yang engkau orang tidak puas hati sangat dengan aku.