salam.....seperti yang diperkatakan sebelum ini, aku mendapat jemputan untuk majlis tahlil di Istana Bukit Serene, dan aku kena lah pergi......aku bertolak dari rumah pukul 12 dan sampai di jb dalam pukul 3.00ptg. aku singgah di rumah makcik aku untuk berehat sebelum majlis bermula....thanks for my auntie.
dan aku bertolak pukul 5.30 dari rumah makcik aku, dan sampai dalam pukul 6.15 di istana, dan apa yang pasti aku orang pertama tiba.....dalam hujan renyai-renyai, dah lah kawasan istana tu sunyi....seram.....dengan blurr-blurrnya aku berjalan kaki ke istana.
selepas beberapa minit member-member aku yang lain pun tiba, dan acara tersebut tamat dalam pukul 8.45pm. dan terus sahaja menuju ke rumah makcik aku, lepak2 sekejap dan terus balik ke kampung, sebab esok kerja......
apa yang pasti aku sampai rumah aku dalam pukul 1 am, ngantuk sey pi kerja.......
dalam perjalanan aku singgah di hentian machap untuk berehat dan mengisi minyak kereta, sambil tu isi lah perut aku yang tak berapa nak lapar ni....