salam semua, semalam dari tengahari sehingga awal pagi, aktiviti aku berlangsung, first aku telah pun pergi Plaza Low Yatt, Kuala Lumpur untuk membeli sebuah lap top bagi kegunaan adik sahabat baik aku. tetapi sebelum pergi ke lokasi aku telah pergi ke kawasan Tasik Perdana, Kuala Lumpur untuk berjalan, niat di hati untuk bersiar-siar di taman burung atau taman rama-rama. apa aktiviti di taman tersebut aku akan bincangkan dalam post yang akan datang.
setelah penat bersiar di taman tersebut, aku terus menuju ke Plaza Low Yatt untuk settle kan urusan pembelian sahabat aku itu.selesai dari urusan tersebut, pada mulanya aku ingin pergi ke Menara Kuala Lumpur, tapi memandangnya pada malam tadi telah diadakan earth day, pada jam 8.30pm hingga 9.30pm, akan di padam lampu untuk mengurangkan kepanasan global, aku melupakan niat aku, dan terus menuju ke Alamanda, Putrajaya dengan niat menonton wayang, dan aku menonton How To Train Your Dragon. satu filem yang menarik, memang tidak puas, seperti ingin menontonnya semula.
sememangnya aku peminat cartoon,