Khamis, 25 Mac 2010

KeMArAU DaN KRiSis

hampir masuk kepada bulan yang ketiga kawasan aku mengalami musim kemarau. dan ianya sangat menyesahkan. dan tidak pula bila hujungnya. mungkin ini adalah dugaan yang diberi atau sebagai hukuman pada mereka mungkin diri aku juga, tandus dan menjalani hari-hari yang bahang.

hujan hanya turun beberapa hari sahaja, itu pun hanya membasahkan permukaan bumi. dan hanya beberapa jam selpas itu kering semula akibat panas di permukaan.


sebenarnya aku mahu berkonsi masalah yang dihadapi di kampung aku, bekalan air. sakit sungguh apabila bekalan air tidak ada. semua perkara pun buat tak jadi. dah hampir sebulan perkara ini berlaku. kampung sebelah tidak mengalami perkara ini, tetapi hanya kampung aku sahaja.

mengapa? kerana, kampung aku melakukan sendiri proses tersebut. dan bekalan air yang diambil adalah dari sungai yang berdekatan, dan proses pembersihan juga dilakukan sendiri. akibat dari musim kemarau yang berpanjangan ini, sungai tersebut pun kering kontang, dan ada yang mengatakan bahawa sungai tersebut telah pun dialihkan atau dialirkan ke sungai yang lain untuk kerja-kerja pembinaan jalan raya dari bukit kepong ke cha'ah. aku pun tak tahu.


aku tak pasti sampai bila keadaan ini akan berlarutan, dan sangat memeritkan melalui perkara ini, dan mood aku pun tak stabil sekarang ni, dan cepat sahaj nak melenting.....

mari lah bersama agar kita berdoa supaya perkara ini dapat di atasi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...