Rabu, 3 Jun 2009

BorING


meniti hari2 memang banyak cabaran dan dugaan, banyak perkara boleh berlaku, kekadang sampai malas aku nak jalani kehidupan ini, tapi aku hanya hamba NYA....terima dan berserah kepada NYA, sesungguh nya apa yang dia beri pada kita ada sebab, ada tujuan, hanya bagaimana kita menguruskannya, lebih2 lagi zaman sekarang ni.....macam2 dugaan.....




ni salah satu contoh yang diperlukan.....tak der ni tak leh nak hidup....smua nye gunakan bende alah ini, bila fikir pasal dia ni memang boleh pecah kepala kekadang tu, nasib baik duk kat kawasan bandar kecil, tak lah terasa sangat, mungkin ada hikmah aku dapat kerja kat tempat ni sekarang, aku rasa banyak....aku tak lagi macam dulu....nakal...bebas....suka hati aku jer nak buat apa.......nakal gila......




then cinta.....dalam dunia ni org mana tak perlukan cinta, kasih sayang....bohong kalau dia cakap dia brutal tak kisah pasal cinta, cuba selami kat hati dia, tapi nak cari cinta yang betul pun susah sekarang ni, tapi pasal cinta ni aku dah tak kisah sebab aku pun tengah bercinta huhuhuhu....... banyak perkara dalam cinta, ada baik ada buruk, smua ada......hanya bagaimana kita uruskannya.....




selain cinta, kita juga memerlukan sahabat atau kawan, yang mana boleh memberikan pendapat atau apa2 pun, berada bersama ketika susah mahupun senang......tapi susah nak cari org yang macam ni, semua nya menempel bila kita senang.......kekadang boleh menyakit kan hati jer dia org ni.......macam kat office ni plak....bila baik ada scandle.....org tua punya mulut, ditambah dengan nama 'MELAYU' terlalu sangat.....






tapi paling penting family kita, parent......jalin kan, rapat kan lagi hubungan kekeluargaan kerana mereka ni lebih bermakna dalam hidup kita, bagi aku, family aku ok jer.......adik beradik aku, tinggal mak seorg, kalau keluarga besar tu lain, ada kureng sikit, biar lah citer lama, kalau tak der dia org ni susah juga hidup......macam idup sensorg dalam hutan....kawan ngan monyet jer.....huhuhuhuhu........





dan yang paling utama dalam hidup kita adalah mengingati Nya, Tuhan yang satu, dalam kehidupan ini sesungguhnya Dia lah yang menentukannya, tapi kita disuruh berusaha untuk mengubah nasib kita sesungguhnya Dia amat pemurah, jadi kita sebagai hamba Nya perlu lah bermohon, berserah dan mengikut segala perintah nya.......... dan berusaha

PenCEmaRAn


lihat lah keindahan alam, sesungguh nya Tuhan menciptakan keindahan untuk hamba nya menikmatinya......tapi sayang manusia lebih suka untuk memusnahkan keindahan tersebut, tapi tiada pembangunan tiada kemajuan, tapi mengapa tidak memikirkan bagaimana membina kemajuan tanpa memusnahkan alam sekitar.......hakikat nya pasti ada yang dikorbankan.......


salah satu contoh.......as simple think.....bila pergi berkelah....bila tempat tu kotor dan penuh sampah....pasti bising, tapi cuba fikir...kita sendiri juga menyumbangkan prkara yang sama, tak faham dengan dunia sekarang ni, salah satu contoh mamat ni buang sampah kat bawah pokok jer.......cont kat bawah




walhal.......tong sampah dengan tempat dia buang sampah tak lah sampai satu kilometer pun, kalau berjalan pun tak sempat peluh tu nak keluar dah sampai dah....... tak faham dengan dunia sekarang ni

LaNGsiR

malam tadi aku pergi menemankan adik aku membeli kain langsir di JAKEL segamat, malas sey aku nak pi, sebab balik kerja mandi2 dan terus pergi semula ke Segamat, Aku pun dah kerja di kat situ lepas tu nak ulang alik, penat............






manakala adik lelaki aku pula membeli baju raya dia, warna kelabu......tahun ni pula aku buat warna biru laut.....ermmm boleh ker warna tu.....boleh lah......dah lama mereka merancang nak pakai sama colour tapi selalu tak jadi jer......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...