Memaparkan catatan dengan label office. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label office. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2009

MeEtiNG



huhuhu....... meeting, aku terlupa hari ini ada meeting bersama, nasib baik pegawai aku ingat kan, then first aku kena prepair macam2 termasuk slide dan setting kan layar untuk projector dan semua lah, sajer jer ambil gambar barang2 aku kat atas meja..... hilang kan boring, bilik meeting pun aku ambil gambar.........

then aku prepair lah macam2 sambil tunggu dia org masuk meeting, punya lah lembap, tak tahu apa yang dibuat nya, duk bersembang kat luar kot, masalah nyer start 9.00am, tapi dah 15 minute berlalu aku still sorg2 kat dalam bilik meeting ni, huh..... macam mana Malaysia nak maju aku org2 nyer still di takuk lama, huhuhu........ macam2 plak aku ni, boring sey...........
beberapa org yang terlibat dalam meeting tersebut, bukan nak tunjuk dia org tapi nak sembang sikit, meeting belum mula dah start makan, huhuhuhu...... yang kat belakang tu tengah mengambil makanan lah, so aku pun makan ler sekali, kuih jer, ada nasi ayam, nanti lah masuk balik makan huhuhu, sebab ada 2 meeting hari ni, meeting yang pertama yang aku sertai dah habis, just 20 minute jer, kelakar...... huhuhuhu..........

Isnin, 15 Jun 2009

PiSAng


kan aku dah cakap ari tu, pisang tu busuk jer kat aku punya meja, tak tau lah aku ngan bebudak office ni, malas nak cakap lantak kat dia org, huhuhuhu....... jangan nanti jadi rubbish desk sudah, huhuhuu..........

Jumaat, 12 Jun 2009

MeJa











huhuhu...... tengok keadaan meja aku buat kerja penyelenggaraan komputer ni, jadi tempat apa pun aku tak tau......... lantak lah dia org, sebenarnya meja ni dulu memang dia org buat tempat makan, tapi bila aku dah masuk meja tu disuruh letak barang komputer,










tu limau pagi tadi, letak jer kat atas cpu, berkarat lah kang cpu tu, tapi tak ada org pun yang nak makan limau tu, kering macam tu jer lah limau tu sampai ke petang, kemudian yang sebelah tu gula yang dah berzaman, aku pun tak tahu apa lagi yang akan diletakkan dia atas meja aku ni lagi nanti, malas nak aku bising2, tapi tak aku pun tak faham, macam tak ada tempat lain jer dia org nak letakkan barang2 dia org ni, kekadang pinggan yang dah lama pun still ada, aku nak letak barang pun tak tau kat mana,










then ada plak jadikan meja tu sebagai tempat berniaga, kerepek, rm 1 sebungkus, lebih tak tahan lagi ada pisang tu, huhuhu....... silap ari bulan pun busuk jer kat situ.

KhAMis


setiap hari khamis sektor kerajaan ni kena pakai baju batik, semperna menjaga budaya dan tradisi org malaysia, erm..... ok gak..... satu amalan yang patut dipuji, tapi aku kurang sikit nak pakai baju2 formal ni, biasa nyer aku lebih suka pakai t-shirt dan jeans sahaja, sebenarnya aku start kerja dalam sektor ni aku tak der pun menyimpan baju2 formal seperti kemeja dan sluar, masa nak mula kerja tu gelabah juga aku nak cari baju2 tu, huhuhuhu......

JaMUan

jumaat, biasa nyer org2 office ni nak buat makan atau belanja makan untuk org opis akan buat pada hari jumaat, so hari ni pilihan group J-Robik pejabat tanah untuk buat makan2 sempena kemenangan number 3 hari tu di peringkat daerah dan negeri, yang best nyer dah lah nak belanja makan tapi apa yang dihidangkan seperti tak mencukupi untuk org kat office ni, rasa nya duit kemenangan tu ada dalam berapa ratus, macam boleh buat lebih, siap buat tambahan lagiahli J-Robik yang tambah, sebab just makan lontong kering jer, tapi macam kurang sangat benda tu, tak faham aku, ada yang complain, sikit........


bila dah tgok sikit macam tu aku pun pergi menemani kak adib pergi klinik untuk buat check up then terus pergi minum kat segamat IOI, aku makan nasi lemak, errmmmm...... nasi lemak dia memang tak best, tak sedap, layan jer lah.........

Khamis, 11 Jun 2009

EnTAh LerR....


hari ni satu hari tak duk kat dalam bilik ni, sampai2 jer kat sini terdengar org sebelah berbunyi, "saya tak suka betul kalau dokumen2 ni tak tersusun", pelik..... sebab dokumen tu dia yang manage, lepas tu nak bising2..... tak faham dengan dunia sekarang ni, huhuhu..... biar lah... lagi pun dia cakap sorg2 so aku memang tak ambil port pun, buat tak dengar jer.........

Kek PisAng


hari ni juga, pegawai teknologi maklumat aku bawa kek pisang, boleh tahan sedap, buat sendiri bukan beli kat kedai, sebenarnya dah beberapa hari dia tak berborak dengan aku, sebab masing2 banyak kerja dan dia pun tak berapa nak sihat...... so mood dia pun tak baik kot, semoga cepat sembuh.... amin..... tapi hari ni dia ok lah sikit, ada lah berborak dengan aku, sedap lah kek pisang tu, tapi dapat satu potong jer...... nak ambil lebih ramai plak org kat situ tadi........

SeTtLe




huhuhu, seperti mana yang aku cakap kan, aku kena siap kan pasang 5 biji komputer kat opis ni, hahahaha.......sebelum 400 ptg tadi aku dah dapat siap kan termasuk semua program aku dah install kan, lepas tu masa aku untuk melahu....... huahua then aku duduk kat bilik ni melayan karenah cik iza..... yang mengular sambil baca dia punya email....... huhuhuhu..... comel nyer budak ni....... huhu dah tunang plak...... hahaha...

Rabu, 10 Jun 2009

HuARrrrGhhhhhh.............


dah dua hari ni aku sibuk sikit memasang komputer baru untuk staff pejabat tanah ni, semalam aku pasang kan untuk pentadbir tanah, hari ni aku pasang untuk staff, ada 3 lagi, kena pasang n siap kan skali download keperluan dia org, macam sistem dalam pejabat ni, dan lain2 lagi, kena siap pasang sebelum hari jumaat, sempat jer, bukan nyer susah kot......huhuhuhuhu.............. berlagak ler pulak..... hehehehehe......

hari ini rupanya hari ulang tahun en. yusliman, so dia belanja kek utk satu office, aku tadi dah kuar makan awal sebab pergi segamat yayasan ambil installer dari syarikat pembekal komputer utk office aku ni, so tengahari just lepak kat dalam office jer, nak kluar panas lah, malas.......aku pun menyambil lah makan kek tu 3 keping, banyak juga tu, lebih2 kang gemuk plak..... huhuhuhuhu... so thanks so much to him, tapi kek COKLAT.....SUKA......

Selasa, 9 Jun 2009

J-ROBIK


teringat aku masa pergi bertanding J-ROBIK peringkat negeri, kat kluang dulu, dah lama, duit yang dapat menang tempat ketiga tu baru di bahagi kan, antara hospital, pejabat tanah, pejabat daerah dan jabatan yang menyertai pasukan dari segamat, tapi duit tu plak buat makan2 utk jabatan, sebab ada yang berkata "dah menang tak der makan2 ker", mula2 planning nak makan2 ngan peserta yang masuk pertandingan tu,


yang ni plak masa mewakili pejabat daerah segamat dan pejabat tanah untuk pertandingan peringkat daerah, mula2 tu geram gak sebab malas nak campur2 macam ni, tapi dah lama seronok lah plak...huhuhu seronok berkawan jer, masa tu aku kerja baru sebulan, so memang tak ada kawan pun........

Jumaat, 29 Mei 2009

MicRoSoFT

aku geram betul dengan satu makcik kat office ni, dah lah hari ni dia dapat komputer baru, dalam komputer tu dah siap ada dengan microsoft office 2007. biasa nyer di office ni we all menggunakan microsoft office 2003. selalu dia bising sebab dia cakap tak biasa menggunakan microsoft office 2003 kerana biasa menggunakan microsoft office 2007. hari ni ni jumpa aku bising yang dia tak pandai nak gunakan microsoft office 2007. tak ker macam hawau

coMPt baRu



ada 6 buah komputer baru sampai kat office, salah seorg nyer untuk Pn. Endon, gembiralah org tu dapat komputer baru, dah memang kerja aku so kenalah aku buat dalam keadaan tangan aku yang tengah sakit ni, member aku suruh aku minta tolong, malas lah aku nak minta tolong biar lah aku buat sendiri jer, malas....takut pula ada yang cakap belakang......tuan dia yang pakai baju biru tu, selalu menyusah kan aku menyampah betul,







ni lagi satu, manusia kan huh...... bila sorg dapat yang baru dia pun tak leh nak ketinggalan mesti nak yang baru, walau pun komputer still boleh pakai, pakai xp tu, tapi nak compt baru, skang dah melambak kat meja repaire aku ni, menyemak jer, nak buang macam tu tak leh kena buat pelupusan, kat stor tu dah memang berlambak dengan komputer zaman 90'an, tak paham......
















KerJa


Dah 4 hari aku tak kerja......bila naik kerja ni rasa macam malas lah pula, tangan aku ni still sakit lagi, tak tau macam mana. tah menyesal pula rasa sebab tak hati-hati, tapi kalau duduk rumah pun boring juga sebab aku sorg2 jer kat rumah, tapi macam terasa juga sebab macam sensorg jer kat office ni, aku rasa aku kat office ni tak ada pun nak kacau org, tapi tah aku pun tak tahu apa salah aku kan..........tangan plak sakit....rindu kat arwah abah....selalu dia yang akan urut kan aku...rindu sangat....sedih lah plak......

Khamis, 21 Mei 2009

TerpEraNgkaP



hari ini member aku terkurung dalam bilik kebal....hahahaha.....dia tidur kat dalam bilik tu kemudian pegawai tengok org tak der dia pun kunci pintu, sebab waktu tu waktu rehat pukul 1pm, so tak der org..... aku kluar makan tadi awal so aku masuk awal buat kerja pun awal, then dia tanya saper yang kunci pintu, and dia cakap yang dia terkurung kat dalam, terpaksa lah dia duduk kat dalam lebih kurang 1 jam lebih sebab pegawai tu masuk lambat, kena gelak jer ngan budak office.....

KOMPUTER



beberapa hari lepas aku telah buat kan komputer aku problem..... huhuhu....... aku try buka 1 cd tu nak tgok apa yang best tapi last2 hard disc aku diserang virus, nasib baik komputer aku ni ada waranty lagi, hahahaha...... juruteknik komputer yang tak bleh pakai aku ni sampai komputer sendri pun nak rosakkan.

office



sekarang aku duk kat dalam bilik ni.......bersemak, tak tahan nak tgok keadaan yang macam ni, kakak yang empunya bilik ni dulu cakap nak kemas bilik ni, tapi sampai sekarang bilik ni tetap macam tu juga, tah lah, tak boleh nak cakap apa, terima jer. walau pun mata ni sakit memandang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...