Jumaat, 5 Januari 2018

Yang Terlepas.

Assalammualaikum dan Salam Muafakat Johor.

Dalam kita berkawan tidak kira di dalam alam maya mahupun di alam nyata. Pasti ada permasalahan antara sesama kita. Malahan sekarang teknologi komunikasi telah berkemajuan dengan wujud pelbagai aplikasi-aplikasi yang memudahkan kita berhubung dan merapatkan tali sillaturrahim. 


Hanya kita bersama yang menangani sama ada ia menuju ke perkara yang baik mahupun yang sebaliknya.

Kali ini aku ingin kongsi sedikit apa yang berlaku di dalam kehidupan aku sendiri, 
"bila pula aku kongsi atas perkara yang bukan aku lalui",

Begini, setelah whats app mewujudkan satu lagi tambahan dalam aplikasi mereka. Iaitu "group" merupakan salah satu tambahan yang punya banyak kebaikan, membolehkan kita mewujudkan satu kumpulan yang disertai oleh keluarga dan kawan-kawan, dan melibatkan penyertaan semua.

Begitu juga di dalam pejabat, memudahkan penyampaian maklumat yang penting disampaikan secara menyeluruh tanpa ada mereka yang tertinggal maklumat. Tetapi bergantung kepada penglibatan individu juga, sama ada melibatkan diri atau tidak, Mengapa aku berkata sedemikian, kerana aku juga punya group yang tidak sempat untuk aku campur secara sepenuhnya akibat dari kekangan kerja dan masa. Banyak perkara yang tertinggal.


Beberapa ketika setelah mempunyai group ini. Bagi aku, apa yang telah kita bualkan di dalam group tidak perlu kita hebahkan kepada dunia sebelah atau dunia lain. Apa yang telah dibincangkan atau apa yang berlaku di dalam group hanya orang yang berada di dalam itu sahaja yang terlibat. Tidak perlukan orang luar untuk campur mahupun ikut serta dalam permasalahan di dalam group.

Tetapi ada segelintir yang sengaja atau tidak telah membawa perkara rahsia di dalam group, dan dihebahkan kepada orang lain hingga menimbulkan satu situasi yang melibatkan beberapa orang lain. Dan agak menyusahkan.
Pasti ada yang berasa cemburu kerana tidak ditarik untuk melibatkan diri di dalam group atau dia sendiri yang punya alasan untuk berbuat demikian. Apa yang terjadi adalah orang yang disampaikan cerita sampaikan kepada orang yang tidak perlu ketahui apa permasalahan juga perbincangan tersebut.

Tetapi perkara itu telah dijelaskan dan orang yang bertanggungjawab telah menyedari kesalahan beliau dan memohon maaf kepada yang lain atas kealpaan yang berlaku pada beliau. Dan berjanji dan memastikan perkara itu tidak lagi berlaku.

Sekadar ada yang menggunakan situasi untuk kepentingan diri sendiri. Tetapi yang teraniaya tidak sedar bahawa diri dipergunakan.


Di dalam budaya group ini pun, kita kena membiasakan diri. Manakan tidak, penglibatan satu group kekadang disertai oleh hambpir puluh orang. Jadi, pasti tidak terlayan dan ada yang terasa seperti tidak dilayan lebih tepat tidak rasa kehadiran diri dalam group. Hingga ada yang terasa hati dan keluar group dengan alasan "hanya kroni sahaja" yang berada di dalam group.

Kekadang aku juga berasa sedemikian, kerana apabila aku mencelah. Seolah-olah, perbualan aku itu tidak disedari oleh yang lain. Perkara itu biasa jika penyertaan group itu melebihi sepuluh orang. Sekadar fikir positif dan ambil mudah sahaja perkara tersebut. Tidak perlulah diperbesarkan.
Tambah lagi ketika mereka sedang sibuk berbual dan bercerita. Pasti kekadang tidak perassan dengan kehadiran kita. Bagi aku, isu tersebut tidak lah besar mana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...