Jumaat, 12 Februari 2010

MoTiVASi




sebelum itu 2 feb, aku telah menghadiri satu kursus motivasi, aku tak tahu pula siapa yang memberi cramah tersebut, dan rupa-rupanya, datuk fadzillah yang menyampaikan ceramah. sebenarnya aku dihantar atas arahan office, dalam terpaksa jugalah sebenarnya, tetapi apabila dan menyertainya, memang best. tak ada lah bosan sangat.


kursus tersebut bermula dari jam lapan pagi sehingga jam 5 petang. awal-awal sahaja aku ada rasa seperti mengantuk, sebab aku pun tiba dari kl malam tadi, so still terasa letih. makan juga disediakan oleh pihak pengurusan. Majlis Daerah Segamat. sebenarnya jabatan aku pun hanya jemputan dai Majlis Daerah. terima kasih atas jemputan tersebut. nice.



ada beberapa mesej yang aku terima dalam transformasi diri. dan kebanyakannya boleh diguna pakai, dan memang apa yang disampaikan sememangnya baik. dan boleh diikuti.




antara budak-budak pejabat tanah segamat yang hadir.

TerBAkaR

khamis yang lalu semasa aku dalam perjalan pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja, dengan memandu kereta sambil melakukan kesalahan besar apabila memandu, berbual dengan handphone tanpa menggunakan handfree. dari jauh aku melihat ada kepulan-kepulan asap hitam, aku sangka mungkin ada yang membakar sampah di kawasan kebun kelapa sawit itu.

setelah beberapa kilometer ke hadapan aku seperti tidak puas hati kerana mengapa jalan kampung di kawasan kebun itu boleh jamm.... dan aku perhatikan betul-betul dihadapan aku itu lah punca kepulan-kepulan asap hitam yang aku lihat dari jauh. rupa-rupanya sebuah lori terbakar.

aku cuma lihat dari jauh sahaja, kerana lebih kurang 1 kilometer setengah dari aku park kereta dan tempat kejadian, malas aku nak berjalan di panas terik tersebut. semasa aku tiba pasukan bomba pun baru tiba untuk memadamkan kebaran tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...