Khamis, 12 Oktober 2017

Secara Ringkasnya.



Assaalammualaiku,
Salam sejahtera dan salam muafakat Johor.

Post  pada kali ini, sahaja aku ingin berkongsi bagaimana penglibatan aku di dalam dunia baking. Dan semakin lama semakin terasa keseronokannya dalam membuat kek.


Apa yang pasti, aku dapat mengenali dan menambah kawan di dalam bidang yang sama. Sering juga bertukar-tukar pendapat dan lain-lain.

Ok, berbalik kepada tujuan post  kali ini.

Pada awalnya, aku terlibat dalam satu kelas yang disertai oleh sahabat aku yang berada di Putrajaya. Telah begitu lama dan aku pula seperti ingat-ingat lupa tentang perkara itu, Tidak silap aku, apada masa itu aku belajar dua jenis kek. Red Velvet Cake dan Chocolate Moist Cake.


Penglibatan aku secara penuh di dalam bidang tersebut sekadar di kelas tersebut sahaja, kerana aku tidak berminat untuk meneruskan dan tidak juga berminat ingin meliibatkan diri.

Setelah setahun kemudian, aku berkenalan dengan sahabat aku, yang merupakan partner biz aku (Ejam Shah). Pada asalnya, kami sekadar kawan-kawan lepak di kedai makan sahaja. Tidak lebih dari itu.

Setelah beberapa bulan kenal dan berkawan, pada satu hari, aku telah pergi ke rumah beliau dan lepak sama. Pada ketika itu, dia sedang membuat kek. Beliau terasa buntu untuk menghias kek tersebut bersama barang mainan yang telah dibekalkan oleh pelanggan beliu.


Aku sekadar berkata,
“biar aku cuba tolong”,
Dan aku cuba menghias kek tersebut dan Alhamdulillah menjadi.

Sejak dari peristiwa itu, beliau mengajak aku menyertai kelas dalam dunia masakan. Kelas pertama yang aku sertai adalah kelas menghias atau mengukir buah-buahan.


Kelas kek pertama yang beliau ajak pergi adalah kelas menghias kek perkahwinan. Dan setelah setahun ini, aku telah menghadirkan diri dalam beberapa buah kelas, termasuk satu kelas membuat dan menghias kek fondant.

Dalam menjalankan perniagaan part time dunia baking ini, bermacam-macam juga dugaan yang telah aku terima. Sama ada di dalaman dan juga luaran. Tetapi bak kata orang “nak Berjaya bukan mudah”

Sebenarnya aku melibatkan diri dalam dunia baking ini sekadar part time sahaja. Suka-suka dan sekadar mengisi masa terluang. Aku menerima order dari orang, dan tidak ada menyediakan kek ready made.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...