Rabu, 24 Mac 2010

CeRitA SedIH

dalam minggu ini sahaja aku mendengar dua kisah sedih dari dua sahabat aku, kedua-duanya bercerita pada aku tentang kekecewaan dalam bercinta.

kisah pertama: mungkin silap dari diri member aku sendiri, dari luahan yang dia ceritakan pada aku, aku sedar kesilapan berpunca dari sikapnya. actuali aku pernah berada dalam situasi boyfriend dia tu. akibat desakan dan sering berprasangka buruk, sedangkan perkara tersebut tidak berlaku pun.
dan dari ceritanya juga, aku dapat merasakan bahawa boyfriend dia tu seperti telah tawar hati dengan dia. akibat perbuatan sendiri, diri sendiri yang merana, dalam perhubungan ni, harus ada sikap saling percaya, dan saling bertolak ansur. aku cuma cakap ngan dia supaya lebih berhati-hati dalam tingkah laku, dan menjaga perhubungan. dan bersabar dengan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.


kisah kedua: sahabat aku yang lagi seorang ini pula lain kisahnya. dia berkenalan dengan seseorang, dan titik perkenalan tersebut berputik mesra, kemudian dia bagi tau pada aku bahawa dia telah pun declair dengan budak tu, mungkin semasa dia declair tu, budak yang dia kenal tu mempunyai masalah dalam hubungan yang terdahulu.

dan pada hari ini, dia menyampaikan berita sedih dan gembira pada aku,

sedih: budak tersebut telah memutuskan hubungan dengan dia kerana ingin kembali kepada orang yang terdahulu, alasan yang diberikan mudah, kerana terlalu sayang dan tidak mahu sahabat aku ini kecewa, dia lepaskan sahabat aku ini.

aku sampaikan pada sahabat aku, bersabarlah, mungkin benar dengan apa yang dia katakan, dan tak mahu melihat sahabat aku ini lebih terluka dengan memendam rasa. mungkin dia sedar bahawa diri dia macam mana, dan melihatkan sahabat aku ini seorang yang baik, dan tidak sanggup mempermainkan perasaan, so dia lepaskan supaya tidak melarat.

gembira: sudah pasti budak tu telah kembali ke pangkuan pasangannya yang terdahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...