sebelum tiba 1 ramdhan hari tu, rumah aku dimasuki oleh orang, akibat kecuaian ibu aku sendiri yang tidak memastikan pintu berkunci atau tidak, huh........nasib baik tak ada apa yang hilang sangat,
sebenarnya aku mengesyaki seorang budak yang mengalami kecacatan mental di kampung aku ini, bukan nak menuduh, tetapi memang kerja dia masuk ke rumah orang lain dan buat hal, dah banyak rumah dia masuk, dan apabila diadukan perkara tersebut kepada ibu budak tersebut, dia akan menyalahkan orang yang mengadu itu, kerana meletakkan barang bersepah-sepah, ermmm berangin juga aku mendengarnya, sebab dah dalam rumah kita, barang-barang tu pun letak di tempat yang biasa kita letak lah kan,

