Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Selasa, 11 Jun 2024

Scamer Oh Scamer

 


Scammer, atau penipu dalam Bahasa Melayu, merupakan individu yang menggunakan strategi penipuan untuk mendapatkan wang atau maklumat peribadi dari mangsanya secara tidak sah. Fenomena ini semakin meningkat dengan pesat dalam era digital ini, di mana teknologi memudahkan akses kepada pelbagai jenis penipuan. Dari e-mel palsu yang meminta maklumat perbankan hingga panggilan telefon yang menggoda, scammer memanfaatkan pelbagai platform untuk menjalankan aktiviti mereka.

Kejadian penipuan ini bukan sahaja memberi kesan kewangan kepada mangsa, malah boleh merosakkan reputasi serta kepercayaan dalam komuniti secara keseluruhan. Dalam masyarakat yang semakin terhubung secara digital, penting untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman scammer serta cara-cara untuk mengenal pasti dan mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan ini.

Baharu sebentar tadi, tidah sampai tempoh setengah jam, sekian kalinya aku menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, "+60163834**", yang menyatakan beliau ini dari DHL cawangan Durian Tunggal, Melaka. Beliau menyatakan aku ada membuat penghantaran bungkusan di cawangan tersebut dan barangan yang ada di dalam bungkusan tersebut merupakan sehelai t-shirt dan terdapat buku cheque dan ada lagi satu item yang aku terlupa apa item yang dinyatakan,

Beliau juga telah menyatakan aku telah melakukan kesalahan yang mana barang-barang tersebut telah menyalahi undang-undang. Walau bagaimana pun, adakah pihak perkhidmatan mempunyai kuasa untuk membuka semua bungkusan-bungkusan yang menggunakan perkhidmatan mereka? bukan itu satu kesalahan? 

Aku terus melayan panggilan tersebut, dan belia menyatakan ada menghantar notis secara sms di nombor telefon aku, dan tarikh-tarikh penghantaran pesanan tersebut tidak pernah aku terima. dan hujungnya beliau menyatakan bahawa aku perlu bercakap dengan pegawai polis yang akan disambungkan oleh beliau kepada aku untuk membuat laporan polis. Sambungan-sambungan talian ini hanya pihak scammer yang akan lebih bijaksana untuk lakukan sedemikian, untuk pengetahuan umum, tidak ada perkhidmatan yang begitu yang dilakukan oleh agensi-agensi. 

 


 

Sebelum ini, aku ada terima panggilan tentang penyalahguna urus niaga import/export, dan penyalahan gunaan lisen perniagaan yang kesemuanya berada sangat jauh dari tempat aku tinggal dan bekerja. dan banyak lagi panggilan tidak masuk akal yang aku terima. 

Mengikut pengalaman aku daripada rakan-rakan aku yang terpedaya dengan pihak scammer ini, sebenarnya tidak perlu dilayan dan perlu berhati-hati dalam menilai dengan setiap tuduhan yang dinyatakan kepada kita.Perlu lebih bijak dalam melayan scammer ini supaya tidak menjadi mangsa. Yang lebih penting tidak perlu menggelabah walaupun pihak scammer ini akan cuma membuat kita gelabah secara menerus dan akhirnya kita terpedaya disebabkan gelabah tidak mampu menangani panggilan tersebut.

Apabila pihak mereka berkata akan menyambungkan ke pihak ketiga dan keempat, iaitu dari agensi ini kepada agensi itu, maka itu ada penipuan, kerana tidak ada perkhidmatan tersebut di Malaysia, yang menyambungkan dari agensi ke agensi.

Juga, jika perlu membuat laporan polis, biasanya pihak scammer ini akan menakutkan kita, bahawa kita perlu membuat laporan polis di balai yang agak jauh dari kita yang sememangnya kita tidak sempat untuk melakukan perkara tersebut. Saya ingin nyatakan bahawa, laporan polis pada masa kini boleh dilakukan di mana-mana bali dan ia adalah secara online dan report tersebut kita boleh nyatakan di mana balai polis tersebut dan balai polis di sana boleh menerima laporan tersebut dari dalam talian.

Dalam perkara ini, kita akan meneroka lebih jauh tentang modus operasi scammer, kesan yang ditimbulkan oleh aktiviti mereka, dan strategi untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan. Dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penipuan ini, kita dapat lebih berwaspada dan melindungi diri daripada ancaman yang dihadapi dalam dunia digital masa kini.


Selasa, 11 Oktober 2022

Mesyuarat Luar Kawasan.

Minggu lepas, sekali lagi aku keluar daerah bagi menghadiri mesyuarat di bawah jabatan aku ini. Permintaan dato' untuk mengadakan mesyuarat diluar kawasan. Maka, pihak pengurusan membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat tersebut di LOTUS DESARU BEACH & SPA BEACH RESORT. bukan mudah untuk dapat berjalan di bawah aktiviti jabatan ini, kerana budget yang ada bukan mudah untuk digunapakai melainkan dengan sebab yang telah diluluskan oleh pihak suk dan beberapa agensi lain.

 

 

Mesyuarat Pengurusan, itu nama mesyuarat yang perlu hadiri selain dari aku memastikan kelengkapan dan persediaan untuk melakukan mesyuarat tersebut.

Bersama kerani aku, menghadiri mesyuarat tersebut. Di dalam tentatif mesyuarat tersebut diselitkan dengan program taklimat dan bengkel yang dianjurkan oleh Unit Latihan. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, bengkel tersebut tidak dapat dilaksanakan dan dibawa ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

 

 

Bermalam kami di sana selama satu malam. Pada awalnya, kami perlu berkongsi satu bilik bersama seorang lagi kakitangan jabatan, tetapi disebabkan ada yang perlu pulang ke pejabat untuk urusan-urusan yang perlu diselesaikan segera, maka ada beberapa kakitangan yang dapat seorang sebilik, termasuk aku.

Ini kali kedua aku bermalam di resort ini. Sebelum ini, semasa aku masih berkhidmat di pejabat lama. Dan memerlukan kami berkongsi bilik, dua orang satu bilik hotel. Mungkin rezeki kali ini bagi diri aku, aku hanya berseorangan di dalam bilik tersebut. Boleh aku katakan bahawa bilik hotel tersebut memang sangat berpuas hati. 

"best weyyhhh......",

 

Tetapi, untuk melakukan mesyuarat. Aku tidak mencadangkan hotel tersebut. Atau mungkin bilik mesyuarat yang ditempatkan untuk jabatan itu dan mempunyai bilik lain yang selesa aku tidak pasti.

Untuk bercuti bersama keluarga, dan bersiar di pantai timur Johor. boleh datang menginap sesekali di resort ini. Memang puas hati, best sangat.

Selasa, 4 Oktober 2022

Tunaikan Niat Hati.

3 Oktober 2022 yang lepas, aku telah membawa ibu aku ke mid valley Johor Bahru. beliau teringin bersiar di dalam pusat membeli belah tersebut, kerana ketika beliau pergi bersama-sama ayah tiri aku, ketika musim PKP, dan kebanyakan kedai-kedai yang berada di situ telah menghentikan operasi sementara.
 

 

Maka, selesai urusan aku di Lotus Resort, Desaru, aku telah mengambil ibu aku yang aku letakkan sementara di rumah adik ipar aku, (isteri kepada arwah adik aku), sepanjang aku berada di Desaru atas urusan pejabat.

Maka, bersiarlah kami di mall tersebut bersama-sama staff aku, kerana kebetulan staff aku menumpang untuk pergi ke Desaru, dan aku pula malas nak ulang alik menghantar staff aku dahulu ke rumahnya, dan pusing kembali menuju ke Mid vally Johor Bahru.

 

Semasa bersiar di dalam mall tersebut, aku terpandang restauran Nandos. Restaurat ini merupakan tempat kegemaran aku, dan jika ada lebih, aku akan reward diri aku dengan menikmati hidangan yang ada di situ. Sebelum ini, aku telah memasang niat untuk membawa ibu aku makan ayam panggang yang disajikan di restaurant tersebut. Akhirnya, niat aku tercapai dan tertunai janji aku dengan diri aku.

Alhamdulillah, ibu aku menggemari hidangan yang ada, dan licin pinggan hanya tulangg-tulang ayam sahaja yang tersisa. Dan ada senyuman kekenyangan di wajahnya. Terima Kasih Allah kerana memberikan rezeki kepada aku dan dapat melihat senyuman beliau.

Khamis, 29 September 2022

Hari Letih.


29 September 2022. Bukan buletin bukan surat khabar juga, cuma kongsika aktiviti aku dalam meniti hari-hari aku sebelum nafas terhenti, 

"hahahaha..... ke situ pula", hakikatnya semua pasti nadi terhenti, hanya Allah sahaja yang mengetahui bilakah nafas kita terhenti. Segalanya telah terlulis dan telah ditentukan perjalanan kita, Pernah diajar dan dipesan bahawa setiap nasib seseorang itu berubah dengan ikhlasnya doa kita kepada Nya. 


 

Seawal jam 4 pagi aku telah membuka mata menikmati embun subuh, terkulat-kulat mata memerhatikan wajah yang suram dicermin. persiapkan diri kerana perjanjian memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi. Seawal jam 4.45 pagi juga aku telah terpacak diperkarangan pejabat. Tetapi paling berterima kasih, kerana mereka tiba di pejabat jam 5.30 pagi.

"Trampil bro.....!!!!",  terbaik sangat yang boleh dipegang dengan janji-janji yang bergelar MELAYU. 

"eyh... aku juga melayu, hahaha......", ingat pesan tuhan tentang masa, sehingga diturunkan wahyu berkanaan pentingnya masa, dan juga telah diturunkan wahyu tentang berpegang kepada janji. 

"Tidakkah begitu? setuju atau tidak?",

Keletihan aku hari ini, kerana sepanjang hampir tiga tahun aku bertugas di jabatan baru, ini pertama kali aku keluar dari negeri sendiri kerana urusan kerja. Task hari ini, aku bersama-sama tiga orang lagi dari bahagian lain di jabatan pergi ke Kuala Lumpur atas urusan mencadang dan mencipta satu data base


 

Tujuan pengkalan data itu diwujudkan adalah untuk menyimpan beberapa dokumen tentang sesuatu premis di dalam kerajaan negeri bagi memudahkan mereka mengurus tadbir segala perihal.

Anjuran daripada MOSTI yang mana ingin membantu beberapa syarikat kecil bagi memulakan perniagaan teknologi data dengan bantuan daripada kerajaan pusat. merupakan sagtu pertandingan juga bagi syarikat-syarikat tersebut yang mana mereka perlu mencipta satu laman sesawang atau aplikasi dan akan dinilai oleh pihak MOSTI. Pemenang akan mendapat habuan bernilai RM250k. 

Jika aplikasi dan laman sesawang itu ingin diteruskan oleh agensi atau jabatan, mereka perlu menyambung pembayaran kepada syarikat yang dilantik bagi tujuan menyokong syarikat mereka daripada belakang. Hakikatnya bagi kerajaan negeri pula, proses pembayaran tersebut perlu mendapat kelulusan daripada beberapa agensi dan jabatan untuk kelulusan kewangan. 

"Panjang melewey pula aku bercerita bab lain",

Ada beberapa penyertaan daripada beberapa agensi dan jabatan tadi, setiap kertas kerja dibentangkan di dalam dewan untuk didengarkan kepada semua agensi dan jabatan dan akhirnya mereka akan menilai semua perbentangan dan memberikan undi. 

"urmm..... daripada jabatan aku, hahaha... sedih, diam-diam sudah", 

Mengapa? atas pemerhatian aku, memang tiada kekuatan dan impak besar yang dapat dimanfaatkan kepada masyarakat, kerana tujuan mereka mencipta laman sesawang ini atas sebab kegunaan di dalam jabatan sahaja, bukan untuk kepentingan kepada masyarakat. Sebenarnya aku telah lama mengetahui tentang laman sesawang yang mereka ingin wujudkan dan apa sebab kerajaan negeri menolak permohonan mereka. Aku sekadar berdiam diri dan memerhati, tetapi ada juga cadangan yang aku keluarkan semasa perbincangan tersebut.

Tunggu dan lihat sahaja di mana kesudahan cerita mereka. Aku ingin menilai dan comment  lebih, siapalah diri aku ini kan, sekadar semut merah kecil,

"hahahaha......",

Itu sahajalah cerita untuk hari ini, dan amat meletihkan kerja pada hari ini.

Khamis, 15 September 2022

Saga My Baby.

Alhamdulillah, Akhirnya dapat juga baby baru. hahaha. Tiada lah niat lain hanya kerana aku sering berjalan jauh untuk pulang ke kampung. 

Saga jer lah yang mampu, sebenarnya malas aku ingin menangung hutang, andainya iswara aku still ok dan boleh bergerak jauh, tiada lah aku berniat menukar kereta, kerana menambah bebanan hutang sedangkan aku telah selesa dengan tiada hutang.

 


Demi keselamatan di jalan raya, pejamkan mata sahaja. Pada asalnya, aku telah masuk loan untuk kereta Bezza, bank telah call dan menyatakan bahawa ada kelulusan. tetapi aku pula terlupa tentang perkara tersebut. Setelah kereta saga dibooking dan tunggu keluar, pihak dari produa menalefon dan bercakap perihal kereta tersebut. aku cakak sahajalah "cancel order"

 

 Dan arwah adik dapat merasa naik kereta saga ini, kebetulan 3 hari sebelum arwah meninggalkan kami, aku telah bertandang ke rumah beliau dan membawa mereka bersiar-siar di kawasan taman perumahan beliau. Dan perjumpaan aku dengan arwah juga bersebab, membincangkan hal-hal berbangkit. Ambil kereta saga ini atas suggestion beliau juga.

 

Terima Kasih.

11 September, tarikh keramat buat diri aku, apa yang keramatnya? ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran aku. Maka genap umur aku yang ke 41 tahun, Alhamdulillah, Dia memberikan kesempatan kepada aku untuk terus memperbaiki diri dan menilai yang mana baik atau buruk tentang diri aku.


Tetapi ada kelainan pada tahun ini, manakan tidak, aku baru kehilangan salah sorang insan tersayang. Adik lelaki aku, hingga ke hari ini, masih lagi terasa rindu, bukan tidak redha dengan ketentuanNya, tetapi terasa rindu yang amat kuat dalam hati ini.

By The Way, terima kasih kepada sahabat aku, juga staff aku di pejabat kerana membuang sedikit wang memberikan senyum yang hilang terbang ke mana buat diri aku. Sentiasa sahaja mereka ini membuat aku tersenyum dengan keletah mereka.Sentiasa buat aku tertawa dengan perbualan harian mereka.


Sedikit-sedikit sahajalah post yang aku buat, panjang-panjang bukan ada yang membaca, apakah aku sendiri sahaja yang membaca karangan aku ini, hahahaha

walaupun aku sedar ada beberapa yang mengikuti blog aku ini, terima kasih kerana sentiasa mengikuti,

Selasa, 28 Jun 2022

Kunjungan Pertama.


Hujung Syawal yang lepas, merupakan pengalaman pertama aku di Quarter Jabatan. Dua tahun menetap di kuarters ini, Kunjungan pertama penghuni block kuarters ke rumah aku. Dua tahun mereka tiada melakukan aktiviti marhaban ini disebabkan penularan COVID yang dialami satu dunia. Tahun ini, kerana penularan yang agak terkawal dan ramai yang telah menerima vaksin, maka mereka memulakan semula aktivi marhaban di block kuarters Jabatan.




Kunjungan Marhaban pertama, mengapa demikian aku khabarkan, kerana sebelum ini aku menetap di Kuarters Pejabat Daerah Segamat, agak kurang mereka melakukan aktiviti bersama, mungkin hubungan di antara sesama sendiri dan kekangan yang ada. Dan di sana rata-rata yang menghuni adalah dari jabatan atau pejabat yang berlainan. antara kekangan yang ada. 

Tetapi di kuarters yang sekarang, block ini penghuninya 100% dari jabatan yang sama, oleh itu tiada masalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti.



Hari itu, Marhaban bermula seawal jam 1830 setelah semua penghuni pulang kerja dan telah berada di rumah masing-masih. Rumah pertama adalah rumah paling atas, tingkat 4 dan terus penghujungnya rumah aras paling bawah. Mengambil masa juga dengan berhenti dua kali aktiviti marhaban untuk memberi penghormatan kepada laungan azan Maghrib dan Isya. Juga majlis diselitkan dengan Solat Maghrib dan Isya secara berjemaah.


Alhamdulillah, kerana dengan aktiviti ini, dapat juga aku kenal mengenal lebih rapat dengan penghuni-penghuni kuarters yang lain. Manakan tidak, kalau hari-hari biasa, mmg susah dang amat jarang bersemuka. Disebabkan kerja dan masing-masing mempunyai aktiviti dan urusan setelah habis waktu bekerja.

Itu sahaja lah. Tak der apa pun, sajer nak share kat sini.

Khamis, 4 Januari 2018

Kuantan 2017

Sekadar perkongsian.

Percutian dan jalan-jalan aku yang terakhir bagi tahun 2017. Kuantan.

Bukan percutian sebenarnya, sekadar menghadirkan diri dalam satu majlis persandingan sahaja. Tidak ada kaitan dengan aku sebenarnya, kerana majlis tersebut adalah majlis sepupu partner aku sahaja, dan aku telah diajak bersama untuk menghadiri majlis tersebut.

Pada awalnya aku agak keberatan untuk ikut sama kerana bukan saudara aku. Tetapi seolah-olak paksa rela. dan aku sekadar akur sahaja dengan permintaan partner aku.

Sekadar share gambar sahaja pada hari tersebut, tidak ada apa yang menarik yang boleh aku ceritakan.












Percutian Keluarga Di Janda Baik.

Dalam bulan Disember tahun 2017. Aku telah mengikuti percutian yang dianjurkan oleh ibu aku sendiri untuk percutian keluarga, katanya. Perancangan ibu aku sendiri bersama adik-adik aku.


Pada awlnya aku menyatakan bahawa aku tidak dapat mengikuti percutian tersebut kerana punya tempahan dua biji kek pada hari dan tarikh yang sama. Ibu aku memaksa dan menyatakan perctuian tersebut tidak boleh tidak.

Maka duduk berbincanglah aku bersama partner aku, sama ada beliau boleh atau tidak menguruskan tempahan tersebut berseorangan. Maka dia bersetuju beserta syarat.



Beberapa hari sebelum percutian, aku perlu menyiapkan dua biji kek yang telah ada dalam tempahan. Sekadar coating sahaja. Selebihnya partner  aku yang selesaikan.

Sehari sebelum aku ke Janda Baik, aku telah bermalam di rumah adik aku yang bongsu bersama ibu aku. Kerana ada seorang lagi yang akan bertolak bersama dari rumah adik aku yang bongsu. 


Perjalanan bermula seawal jam 7 pagi. Titik pertemuan dengan adik beradik aku yang lain adalah di gombak. Perjalanan tidak mengambil masa yang lama kerana jarak Janda Baik dan Kuala Lumpur tidak berapa jauh. Sekadar ambil masa sekitar satu jam lebih sahaja.

Percutian kami berlangsung selama tiga hari dan dua malam. Sesampai kami di sana, aktiviti yang adik-adik aku lakukan adalah berendam di dalam sungai/ atau jeram yang terletak berhadapan dengan homestay yang kami menginap.



Aktiviti malam pula, kami duduk bersama dan berbual sambil berbbq sahaja. Tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan kerana, sepanjang kami berada di Janda Baik. Cuaca tidak begitu mengizinkan kerana sepanjang hari hujan turun hampir lebat.

Pada hari kedua, aku sekadar mengikut adik ipar aku bersiar-siar di pekan yang berhampiran. Dan ibu aku dengan sukacitanya membeli beberapa biji durian yang ingin dimakan bersama adik-adik aku yang lain.

Hari terakhir, aku perlu turun awal berbanding yang lain kerana ingin menghantar ibu aku ke KLCC untuk bertemu dengan suami beliau (ayah tiri aku). Kerana ibu aku sambung bercuti lagi ke Langkawi.

Tidak banyak gambar yang aku ambil semasa berada di Janda Baik. Sekadar apa yang ada sahaja.

Rabu, 27 September 2017

11 September.


genap umur aku 36 tahun, masih lagi membujang. Bila agaknya Rezeki aku untuk berumahtangga akan tiba.

Post ini aku ingin mengucapkan terima kasih buat sahabat aku kerana melakukan kejutan buat aku. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga.



Di sini, aku inginmemohon kemaafan andai sahabat mu ini:
  1. sering menyakiti hati,
  2. sering melukakan,
  3. sering lepas percakapan,
  4. dan lain-lain.




Aku juga ingin menyatakan, bahawa tidak ada sahabat terbaik yang aku pernah jumpa selain kau. Aku cuba menjadi seorang sahabat yang baik dan seorang rakan kongsi yang sentiasa bersama menaikan lagi apa yang kita lakukan.

alahai, aku bukan mat jiwang nak bagi ayat-ayat manis. tidak pandai aku.

 
 

Rabu, 12 Julai 2017

Nilai Sahabat


sedang aku scroll whats app group, aku terima satu video ini. just nice video i think. sebab tu aku macam terpanggil nak sharekan di sini.

Sepasang burung pipit. Tidak kisahlah dia sepasang kekasih atau kawan.

Yang aku fikirkan semangat setia kawan yang ada di situ. Sanggup bertungkus lumus supaya sahabatnya itu kembali pulih, tanpa ada rasa mengalah.

Dalam kehidupan kita, masih ada lagikah sahabat atau kawan yang ingin membantu kita dengan sepenuh hati. Mungin ada, tapi tidak ramai. Zaman sekarang ini, ramai kawan-kawan yang lebih ingin mengambil kesempatan sahaja. Tidak ada yang betul-betul ikhlas ingan berkawan.

Teringat aku pada seorang sahabat aku ini. Pada awalnya, kami berkenalan kerana aku telah menyertai kelas bawah kelolaan dan beliau yang mengajar di dalam kelas tersebut. Dan hubungan kawan itu tidak berhenti setakat kelas tersebut. Sentiasa juga dia menghubungi aku dan bercerita masalah yang beliau alami.

Sepanjang perkenalan aku dengan beliau, telah beberapa kali aku datang ke rumah beliau. Dua kali mingkin, dan aku juga telah tahu bagaimana kehidupan seharian beliau dan susah senang beliau dengan keluarganya (parent).

Apa yang aku tidak puas hati sangat dengan beliau? begini ceritanya,

Beliau mengalami kesulitan kewangan dan memerlukan bantuan, tidak nampak di matanya kawan-kawan yang boleh membantu. Dia bertanyakan dengan aku samada aku boleh memberikan pinjaman tersebut. Dan aku yang baik hati dan juga telah mengetahui bagaimana kehidupan dia, memberikan pinjaman sejumlah wang.

Dan beberapa bulan berlalu. Tidak bertanya khabar walaupun salam. Aku menghubungi beliau dan bertanyakan perihal wang yang aku pinkamkan dahulu. Dia berjanji ingin membayar sebelum puasa, dan selepas raya masih lagi tidak ada khabar berita. Aku faham kedudukan kewangan dia, tetapi kecewa dengan dia yang seperti sengaja mendiamkan diri. Bukan kerana wang yang aku fikirkan, tetapi nilai persahabatan.

Dan apa yang terbaik dia beri pada aku, dia telah pun unfriend  aku dari list facebook. tidak mengapa lah fikir aku. Biarkan sahaja diri dia begitu.

Ada aku bercerita dengan partner aku tentang perihal tersebut, dan pada aku ada beberapa barang kepunyaan beliau dan beliau inginkan barang tersebut. Partner aku berkata pada aku,
"biarkan sahaja barang dia itu, tidak perlu dipulangkan",

Selasa, 16 Ogos 2016

Majlis Kibar Jalur Gemilang.

Assalammualaikum,

Bulan Ogos, bulan kemerdekaan bagi Negara kita menjelma kembali. Pelbagai program telah dirancang bagi bulan ini. Bagi seorang pekerja seperti aku, pasti terlibat dengan aktiviti dan program di peringkat daerah. Memandangkan aku sebagai seorang kakitangan, oleh itu TIDAK BOLEH TIDAK.


Pada tahun ini, aku tidak terlibat dengan aktiviti perbarisan. Ini kerana telah ramai yang datang menghulurkan nama bagi menyertai perbarisan tersebut. Selama enam tahun menjadi salah seorang ahli dalam skuad perbarisan. Terasa janggal dan terasa seperti tidak seronok pula. Kerana menyertainya memang seronok.

Mungkin aku ditugaskan dalam tugasan lain pada hari tersebut. 


Hari ini, 16 Ogos 2016 merupakan hari Kibarkan Jalur Gemilang. Segamat menjadi tuan rumah bagi peringkat negeri pada tahun ini. Aku tidak terlibat secara langsung dalam program tersebut, sekadar peserta yang dijemput hadir bagi meramaikan di dalam majlis tersebut.

Acara bermula jam 845 pagi dengan ketibaan wakil Menteri Besar Johor. Dan dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor. Seterusnya dengan ucapan dari DO segamat dan perasmian oleh wakil Menteri Besar, dengan menyempurnakan gimik perasmian. 


Diikuti dengan beberapa persembahan dari Jabatan Kebudayaan Negeri johor. Tidak banyak maklumat yang dapat aku kongsikan kerana aku sekadar mengetahui sedikit sahaja tentang majlis perasmian bulan kemerdekaan dan kibarkan Jalur Gemilang ini. Aku sekadar share beberapa keeping gambar yang aku ambil di sana. Tapi banyak pulak gambar aku berselfie , maaf dipohon….



“hahahahahaha”………………………

Ahad, 7 Ogos 2016

Bengkel Mengukir Buah



Pada 5 Ogos 2016 lepas, aku menghadiri kursus mengukir buaj di Kolej Komuniti Segamat 2, anjuran Pejabat Belia. 

group aku semasa hari kejadian

Sesi pertama dari dua sesi, penyertaan aku adalah kerana ajakan daripada sahabat aku, yang ingin menyertai kursus atau bengkel ini. Bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8 pagi. Sebenarnya ada sedikit rasa malu untuk menyertai bengkel ini, kerana aku tidak pernah mengikuti kursus-kursus seperti ini.

“tidak mengapalah, dapat juga ilmu”, pikir aku.

Antara buahan yang diukit pada hari tersebut seperti lobak merah, lobak putih tembikai dan apple. Tangan keras, yang memegang screwdriver dan spanar mengukir buah, memang hancurlah buah-buahan tersebut.

Tidak ada yang menarik rasanya ingin bercerita panjang, aku share sahaja aktiviti aku pada hari tersebut. Dan konsikan sedikit gambar-gambar semasa hari kejadian.


  
lobak merah dan apple


hasil kerja aku yang tidak seberapa


hasil kerja sahabat aku, baru teringat bahawa dia bekas pelajar hospitality

Open House Yang Terlewat.

Assalammualaikum,

Semalam 6 Ogos 2016, berlangsung Majlis Aidilfitri bagi keluarga/ keturunan Ja’i. Yang melibatkan beberapa orang nenek dan datuk. Cucu-cucu dan cicit-cicit serta yang ke bawah bagi Arwah Ja’i. Agak terlewat majlis pada tahun ini. Dan penglibatan dari semua keluarga agak kurang, mungkin kerana sudah habis syawal atau masin-masing mempunyai urusan sendiri.

Pada awalnya, keluarga aku tidak mahu menghadiri majlis tersebut kerana punya agenda sendiri, kerana mempunyai jemputan kenduri kawin (majlis persandingan) sepupu aku di kampong kelahiran aku di Tanjung Gading, Muar.

Mungkin kerana ingin menjaga hati beberapa pihak, ibu aku mengajak juga singgah ke Majlis Aidilfitri tersebut. Aturcara majlis dimulakan dengan majlis tahlil pendik dengan bacaan yasin dan doa untuk arwah. Seterusnya, penyampaian ucapan wakil dari setiap keluarga (adik-beradik nenek) seramai tujuh keluarga.

Acara diteruskan lagi dengan sesi bergambar bagi setiap keluarga, dan acara sebenanrya hingga pada petang itu. Memandangkan kami punya urusan lain, maka terpaksa meninggalkan majlis terlebih dahulu sebelum tamat majlis tersebut.

Perjalanan ke Tanjung Gading, Muar mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Bernasib baik pada hari semalam, adik ipar aku yang memandu, dan keadaan aku pada masa itu tidak mengizinkan kerana diserang magrain. Sepanjang perjalanan aku lelapkan mata, secara tidak sedar telah tiba di lokasi.

Seperti biasa, makan dan mengambil masa  berbual dengan sanak saudara. Dan bergurau senda.


Habis dari majlis, ibu mengajak singgah ke Pasar Awam, Muar untuk membeli lauk untuk makan malam. Menu utama ikan mayong. Tak pasti samada semua kenal dengan ikan tersebut. Dua kilo udang yang ingin dicelup tepung dan kupang untuk masak sambal. Agak meriah kerana adik beradik aku yang lain pulang ke kampung.

Aktiviti semalam, hujung minggu bagi aku, kerana hari Ahad merupakan hari kerja bagi aku. Dan sekarang duduk di meja mengadap computer.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...