Dua minggu lepas tidak silap aku, aku telah hadirkan diri ke Wisma Perseketuan Negeri Sembilan, untuk menyelesaikan urusan yang tersilap sebenarnya. Yang mana, pada tahun-tahun sebelumnya, seharusnya aku meminta Salianan Sah, bukan Carian Rasmi untuk di lampirkan ke sistem pusaka. Makanya, agak membuang masa dan kos terpaksa pergi sekali lagi berurusan di wisma tersebut.
Urusan bil-bil yang terdahulu tertunggak juga belum selesai untuk rumah tersebut. Penyewa lama tidak menyelesaikan semua tunggakan beliau.
Mujur aku dapat hubungi pihak Pejabat Pusaka bagi melanjutkan tempoh tamat waktu mereka berikan untuk mengemaskini borang permohonan urusan pesaka. In Sya Allah, selesai hendaknya urusan yang telah ingin masuk tahun ke empat ini.
Sebenarnya, gambar yang aku tempelkan itu, bukan gambar wisma, tetapi salah bangunan kami pergi, walhal, ini adalah kali keduanya pergi berurusan di pejabat yang sama. Tidak pasti kali ini mengapa, kepala bengong, entah apa yang difikirkan juga tidak tahu.
Apa-apa pun, selesai urusan yang berbangkit dan nantikan sahaja panggilan hadir bicara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan