Selasa, 11 Oktober 2022

Mesyuarat Luar Kawasan.

Minggu lepas, sekali lagi aku keluar daerah bagi menghadiri mesyuarat di bawah jabatan aku ini. Permintaan dato' untuk mengadakan mesyuarat diluar kawasan. Maka, pihak pengurusan membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat tersebut di LOTUS DESARU BEACH & SPA BEACH RESORT. bukan mudah untuk dapat berjalan di bawah aktiviti jabatan ini, kerana budget yang ada bukan mudah untuk digunapakai melainkan dengan sebab yang telah diluluskan oleh pihak suk dan beberapa agensi lain.

 

 

Mesyuarat Pengurusan, itu nama mesyuarat yang perlu hadiri selain dari aku memastikan kelengkapan dan persediaan untuk melakukan mesyuarat tersebut.

Bersama kerani aku, menghadiri mesyuarat tersebut. Di dalam tentatif mesyuarat tersebut diselitkan dengan program taklimat dan bengkel yang dianjurkan oleh Unit Latihan. Tetapi atas sebab-sebab tertentu, bengkel tersebut tidak dapat dilaksanakan dan dibawa ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

 

 

Bermalam kami di sana selama satu malam. Pada awalnya, kami perlu berkongsi satu bilik bersama seorang lagi kakitangan jabatan, tetapi disebabkan ada yang perlu pulang ke pejabat untuk urusan-urusan yang perlu diselesaikan segera, maka ada beberapa kakitangan yang dapat seorang sebilik, termasuk aku.

Ini kali kedua aku bermalam di resort ini. Sebelum ini, semasa aku masih berkhidmat di pejabat lama. Dan memerlukan kami berkongsi bilik, dua orang satu bilik hotel. Mungkin rezeki kali ini bagi diri aku, aku hanya berseorangan di dalam bilik tersebut. Boleh aku katakan bahawa bilik hotel tersebut memang sangat berpuas hati. 

"best weyyhhh......",

 

Tetapi, untuk melakukan mesyuarat. Aku tidak mencadangkan hotel tersebut. Atau mungkin bilik mesyuarat yang ditempatkan untuk jabatan itu dan mempunyai bilik lain yang selesa aku tidak pasti.

Untuk bercuti bersama keluarga, dan bersiar di pantai timur Johor. boleh datang menginap sesekali di resort ini. Memang puas hati, best sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...