Rabu, 25 Januari 2012

Happy CNY

Mungkin belum terlewat bagi aku untuk mengucapkan Happy Chinise New Year. Ada yang telah memulakan tugas dan ada juga yang masih lagi bercuti membawa keluarga bersiar-siar mengambil kesempatan ini untuk bersama keluarga tercinta,

Bagi aku pula, telah memulakan tugas aku sebagai Juruteknik Komputer di jabatan aku ini. Terasa sedikit sunyi pejabat ini dengan keadaan kakitangan yang masih lagi bercuti dan terasa sedikit lengang. Tetapi dalam kesibukan orang bercuti bersama keluarga, tidak putus-putus juga dengan orang-orang yang mengambil peluang membayar cukai yang perlu dibayar. Begitu ramai orang awam yang mengambil kesempatan membayar cukai sementara bercuti ini, kebetulan pula ada rebet kepada sesiapa yang membayar cukai pada bulan ini (cukai tanah sahaja).

Mood kerja aku pada hari ini juga amat berkurangan akibat daripada suasana pejabat yang agak suram, lagi kan pula, andai aku mengambil cuti, ke mana pula ingin aku bercuti dan bersama siapa pula? Orang-orang tersayang pula sibuk dengan aktiviti masing-masing, ada yang telah bekerja dan ada juga yang tiada cuti, oleh itu duduk sahaja aku di pejabat ini.

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada rakan-rakan juga kepada yang membaca blog aku yang tidak seberapa ini agar berhati-hati semasa memandu kerana bukan sahaja keluarga tercinta sahaja yang mendapat sedih tetapi negara juga mengalami kerugian kerana kehilangan anda sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya diperlukan perkhidmatannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...