1 Julai hingga 3 Julai 2025, aku menghadiri satu kursus Acobe Premiere Pro. Atas ajakan daripada member aku dari Kluang, dalam hati aku berkata,
"why not",
ditambah lagi aku agak stress berada di dalam pejabat dengan melihat wajah-wajah yang membuat aku terluka. Beri sedikit ruang masa untuk diri sendiri berjalan dan lupkan seketika apa yang telah berlaku selama beberapa hari di pejabat.
Kursus mengambil masa selama 3 hari dan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 430 petang. bergantung juga sebenarnya pada masa pada hari-hari berlangsung kursus sebenarnya. Mengikut penyelesaian dari kerja bengkel yang diberikan, jika awal dapat disiapkan, maka awal tamat kelas pada hari tersebut.
Sedikit tentang Adobe Premiere Pro ialah perisian penyuntingan video profesional yang dibangunkan oleh Adobe Systems. Digunakan secara meluas dalam industri kreatif, Premiere Pro menawarkan pelbagai ciri penyuntingan video yang canggih, termasuk penyuntingan multi-kamera, penyelarasan audio, kesan visual, dan integrasi lancar dengan aplikasi Adobe yang lain. Dengan antara muka yang intuitif serta sokongan untuk pelbagai format video, ia menjadi pilihan utama bagi editor video dari pelbagai latar belakang — daripada pencipta kandungan digital hingga penggiat industri filem.
Alhamdulillah, Ada juga ilmu yang berfaedah yang dapat aku pelajari. daripada terus berada di pejabat dan melayan hati,
"hahaha.......", tidak sebenarnya, aku juga seorang yang tidak mengambil tahu sangat, sekadar "biarlah",
Sebenarnya, bersama rakan aku tersebut adalah sedikit sebanyak membuatkan aku lupa tentang perkara-perkara negative. Betul kenyataan, bahawa kita perlukan kawan untuk ada bersama dalam menangani apa jua yang dihadapi. Tetapi, adakah kawan atau rakan itu betul ikhlas atau sekadar cuma.