Tidak menyangka, itu perkara yang selalu kita lalui dan kita hadapi dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia yang mempunyai perhubungan atau urusan antara rakan sekerja, orang bawahan, sahabat juga keluarga.
Post pada kali ini, aku ingin berkongsi apa yang telah aku alami, dengan orang bawahan aku sendiri, dan aku tidak menyangka hingga ke tahap itu dia terlintas untuk bertindak.
Pada dua minggu lepas, aku telah bercuti mengikut ibu aku pergi ke Langkawai, Percutian keluarga, bersama adik bongsu aku sekeluarga. Maka, berseronoklah aku bersama keluarga dan anak saudara aku di pulau lagenda tersebut.
Habis percutian, seperti biasa aku naik ke pejabat, bekerja seperti biasa. Dan ada yang hadir kepada aku menyatakan dan menyampaikan bahawa, orang bawahan aku telah hadirkan diri ke bahagian tersebut dan meminta kerani yang menjaga cuti menyemak samada aku telah masuk permohonan cuti atau tidak, aku bos belia kot, terlintas dia berlaku sedemikian.
Kecewa yang tidak terhingga, dan terserlahlah kebusakan hatinya selama ini, ayang aku diamkan sahaja walaupun banyak perkara yang tiba di cuping telinga aku.
Manakan tidak aku kecewa, selama ini apabila bilau ada urusan yang bukan urusan pejabat. keluar dan terus pulang ke rumah, tidak hadir kerja beberapa hari, dan diminta balik oleh wife beliau. aku sekadar berpesan supaya hati-hati. Sering sahaja bercuti dan emergency leave, tetapi tidak sampai tahap aku untuk pergi ke kerani yang menjaga cuti. Walaupun aku tahu, beliau tidak mengisi borang cuti dan membawa cuti lebihan yang banyak ke tahun hadapan dan disimpan di GCR.
Silap dia menjolok sarang tebuan. Aku hanya bersikap seperti biasa, dan tidak bertindak melulu bergaduh, bertekak atau sebagaimanya. Membiarkan seperti biasa dan beliau telah meaktifkan button hitam di dalam hati aku. Dan aku tidak akan membiarkan begitu sahaja, tindakan akan dan perlu dilakukan sebagai seorang atasan kepada beliau.
Terima kasih yang tidak terhingganya aku ucapkan kerana telah membuktikan dan telah menunjukkan kebenarannya, siapa diri beliau sebenar yang selama ini aku hanya mendengar sahaja. Seawalnya aku mohon kemaafan dan sesungguhnya aku tidak lagi yang memberi peluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan