pada hari raya pertama, pertama sekali rumah yang kami kunjungi adalah rumah nenda aku yang berada di Lenga, Muar. bertemu sanak saudara dan sepupu sepapat aku.
sesudah beraya bersama mereka, makcik aku telah mengajak kami untuk ke istana sultan johor di Muar untuk menyertai rumah terbuka yang diadakan oleh Baginda Sultan,
selesai makan, kami pun membawa haluan sendiri, kami pergi beraya di rumah saudara sebelah arwah ayah aku yang berada di Tanjung Gading, Muar. tidak banyak rumah yang dapat kami pergi kerana hari pun beransur petang, kerana pada petang itu, kami perlu menghadirkan diri untuk bergotong royong rumah terbuka (berkumpul saudara mara dari sebelah ibu aku).
kami pulang ke rumah dahulu untuk salin pakaian dan terus bergerak untuk ke majlis gotong royong itu.
habis hari raya pertama.