salam, beberapa minggu yang lepas, aku ada letakkan satu post yang berbunyi "ingin pergi ke majlis Stacy di KL, tapi ada hal pula, terpaksa aku lupakan niat aku".
dan aku mendapat satu comment dari teman lama aku yang berbunyi " majlis Stacy kau dah mengeluh seperti itu, lebih baik kau pergi majlis ceramah tok guru, dapat pahala",
aku sedikit bengang dengan comment yang aku terima itu. aku memang minat juga pergi ke ceramah agama, dengar ceramah tersebut dapat menambah ilmu dan memperbaiki kekurangan aku.
tetapi kalau ceramah tok guru dan seangkatannya itu memang tidak aku gemari untuk menyertainya. bukan ilmu yang aku dapat tetapi dosa akibat mendengar umpatan dankutukan kepada pihak-pihak tertentu.
apa sebenarnya yang berlaku? di dalam majlis yang dikatakan majlis ilmu tetapi dicemari dengan tohmahan dan mengutuk, itu bukanlah majlis ilmu, dan pahala tidak dapat sebaliknya pula yang diterima.dan aku mendapat satu comment dari teman lama aku yang berbunyi " majlis Stacy kau dah mengeluh seperti itu, lebih baik kau pergi majlis ceramah tok guru, dapat pahala",
aku sedikit bengang dengan comment yang aku terima itu. aku memang minat juga pergi ke ceramah agama, dengar ceramah tersebut dapat menambah ilmu dan memperbaiki kekurangan aku.
tetapi kalau ceramah tok guru dan seangkatannya itu memang tidak aku gemari untuk menyertainya. bukan ilmu yang aku dapat tetapi dosa akibat mendengar umpatan dankutukan kepada pihak-pihak tertentu.
aku juga tidak mengerti, dalam dunia politik sekarang ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan dan mempecah belahkan kaum melayu, dan melayu sendiri tidak nampak dengan apa yang sedang berlaku. jika rosaknya hubungan di antara kaum melayu ini, maka rosaklah kebajikan orang melayu sendiri.
pelbagai yang telah diminta oleh kaum lain untuk mengurangkan hak-hak orang melayu di bumi sendiri, tetapi orang melayu bukan bangun dan mempertahankan hak mereka, tetapi lebih taksub untuk menegakkan benang yang basah, sampai bila kita mahu seperti ini, menjadi boneka kepada pihak tertentu yang bermaksud menjatuhkan kedaulatan raja-raja dan kaum melayu ini.
sedar wahai kawan, kita harus bersatu mempertahankan hak kita dan juga kaum kita, adakah kita ingin kehilangan hak kita di tanah sendiri dan mengemis di bumi sendiri. adakah kita ingin menjadi seperti sahabat dan kaum kita yang tidak mempunyai kuasa, mengemis mengharap simpati di negara yang sepertinya ini. fikir lah sebelum terlambat.