Rabu, 2 September 2009

BerBUka Di AlaMAnda

dan hari isnin, aku telah berbuka bersama dengan owner me, my self and mine, dan sahabat aku di bowling alamanda, (cafe) tak pasti aku ada tak gambar tu, sebab gambar yang bawah tu pun sahabat aku send kat aku,


sedap juga juadah berbuka yang dihidangkan, yang pasti aku tetap control, sebab berat aku dah bertambah sejak akhir-akhir ni, mungkin senang hati, mungkin aku berasa senang hati dengan keadaan aku.


habis berbuka boleh pula aku pi main game bersama sahabat aku tu, dan sham (owner for me myself and mine) tu hanya menyaksikan perangai kebudakan kami berdua, huhuhu....... walhal pada waktu itu aku sedang mengejar masa nak balik ke johor kerana esok kerja,


BeRIaDah BerSAma

salam ramadhan ke-12, firstly nak minta maaf pada member aku yang seorang tu, kerana aku dah try cari earphone tu, aku lupa aku letak kat mana, dan aku janji aku ganti semula,

weekend yang lepas aku telah ke putrajaya lagi, dan kali ni berbuka puasa bersama family aku, semua ada, termasuk sahabat aku, oh yer aku dah janji dengan kawan aku tu yang aku nak berbuka dengan dia, tapi tak dapat sebab adik aku ajak buka kat rumah dia selama aku berada di sana, dan aku tidur plak kat rumah sahabat aku, boleh ker macam tu..... boleh kot,


malam tu sahabat aku kerja, so aku hantar dia pergi kerja dan aku melepak di rumah sahaja, dalam pukul 9 lebih adik aku call ajak lepak di dataran putrajaya, indah suasana,



beberapa keping pemandangan indah yang aku ambil di dataran, dan kami duduk di satu sudut di situ menikmati keindahan dataran dan bergurau senda, sebab bukan selalu dapat melepak beramai-ramai seperti ini,



ini lah keluarga kecil ku, terdiri dari aku, anak buah aku, mak aku dan adik-adik aku dan ibu aku. yang pasti aku paling tua dan paling kecil, maksudnya: aku yang sulung dan berbadan lebih kecil berbanding yang lain..... kenapa yer.....ermmmmm.......


SaLam RaMaDHan

salam ramadhan buat semua sahabat, hermmm sebenarnya tak tahu apa yang di letakkan di sini, cuma di bulan ramadhan ini, semuanya aku kurangkan, ada yang bertanya tak ada post baru ker, aku pun tak tahu nak letak apa, bulan puasa, kepala pun blurr jer,

dah masuk hari ke 12, alhamdulillah pada mereka yang mengerjakan ibadah puasa ini, banyak yang baik nya apabila kita berpuasa ni, kalau betul-betul ikut lah, dan difinisi berpuasa pun adalah: tidak makan dan minum serta mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, ermmm betul kot, huhuhu.... lupa lah,
selain itu juga kita diajak beramal di bulan ini, sebenarnya bulan ramadhan ini boleh memperbaiki diri kita dari segi amalan, dan melatih agar menjadi lebih baik lagi, dan hendaklah dikekalkan selamanya, dan kita diajar dan merasa bagaimana rasa golongan yang tidak berkemampuan rasai, dan kita seharusnya mensyukuri dengan nikmat yang telah diberikan kepada kita, kerana ada yang lebih teruk bahagian nya dari kita.
dan salam ramadhan,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...