Ahad, 26 Ogos 2012

Beraya 2012.

Salam Syawal kepada pengikut blog saya, terasa begitu lama sekali saya tidak memberikan post-post baru di sini. kekadang menjadi buntu kepala ini memikir prihal apa yang perlu aku postkan supaya dapat menarik orang membaca blog yang tidak seberapa ini.

But dosnt matter.... kalau ada yang ingin membaca atau tidak tidak penting bagi aku, kerana aku telah menerima beberapa email daripada rakan-rakan aku yang bertanyakan mengapa tidak ada post-post baru yang dikeluarkan.

Seperti yang aku pernah nyatakan dahulu bahawa blog/page aku ini adalah sekadar suka-suka dan page yang terlalu umum, kerana bukan mudah untuk aku mencari bahan-bahan yang terbaik, memerlukan penelitian agar tidak tersilap fakta, hakikatnya aku tidak punya banyak waktu untuk melakukan sedemikian kerana tuntutan kerja-kerja hakiki aku.

Dah 7 hari bersamaan satu minggu kita lalui bulan syawal ini. Dan telah sebulan juga kita berperang dengan hawa nafsu sendiri. Tahniah kepada semua muslim.

Dalam bait-bait lagu hari raya terdapat bermacam-macam kata yang diluahkan, dan dalam bulan syawal pada kali ini bermacam yang aku alami (maksud = aku lihat), tidak berlaku secara langsung pada diri aku tetapi kepada rakan sekeliling. Dari suka hingga keduka.

Kesabaran diperlukan bagi menempuh segala dugaan yang telah diberikan kepada kita agar kita lebih mengingati Nya. Akan aku ceritakan pada post-post yang mendatang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...