Sabtu, 23 Januari 2021

Adieq My Love Cat.

 


Adieq, salah seekor kucing yang aku bela sejak dari empat tahun lepas. Sayang aku pada dia ni, walaupun sering menimbulkan rasa geram dan marah dengan keletah dia sepanjang menjadi haiwan belaan aku. Manja..... 

Bercerita tentang dia, 

Bermula semasa aku masih lagi duduk di kuarters jalan sekolah, di Segamat. Aku sering ke sebuah warong yang dibuka di kawasan tersebut. Kak Liya merupakan salah seorang jiran yang baik dengan aku semasa aku menetap di Segamat, hampir kerap aku datang ke warong beliau untuk makan malam. Itu pun jika aku punya tempahan kek yang banyak dan berasa malas untuk masak makan malam.

Pada suatu hari, sedang aku menikmati makan malam yang beliau masakkan. Aku terdengar bunyi kitten di bahagian dapur.
"kak.... ada anak kucing ke?", tanya aku kepada beliau.
"A'ah Danny.... ada kat belakang tu, dah mula nak merayap memain, tu yang akak letak di belakang", jawabnya.
"Saya Nak tengok kak", pinta aku yang sememangnya gemarkan kucing.
"pergilah....", ujarnya.

 


 

Setelah beberapa ketika melihat keletah anak-anak kucing tersebut. Tiba-tiba aku bersuara,
"kak, saya nak seekorlah.... macam comel jer", tanya aku kembali.
"Boleh, tapi nanti akak tengok mana yang belum ditempah lagi", sambil beliau membelek-belek anak-anak kucing tersebut.
"yang ini sahaja yang belum bertuan, Danny", tunjuk beliau kepada seekor anak kucing yang agak comot sikit corak di muka.
"boleh lah kak, saya nak", aku berminat kerana bulu anak kucing tersebut yang separuh panjang, atau dikenali sebagai halfpersian cat.
"putus susu nanti cakap, saya datang ambi", tambah aku.
"ok boleh, nanti akak cakap kat ko",

selang beberapa bulan, anak beliau datang ke rumah aku yang jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja.
"Abang Danny, kucing tu dah boleh ambil yer, dah mula makan", tegur beliau semasa melalui hadapan rumah aku.
"Ok, baik... Nanti abang datang", ujar aku.,

petang itu juga aku pergi ke rumah mereka dengan menaiki motorsikal walaupun jaraknya yang tidah beberapa jauh.

Bermula dari itu, ia adalah haiwan peliharan aku.

Setahun aku menetap di Segamat, tetiba selepas mengerjakan umrah pada bulan dua tahun 2020. Aku menerima surat pindah kerana jawatan yang aku sandang. Tidak silap aku pernah bercerita tentangnya dalam satu post sebelum ini.

Hampir setengah tahun aku meninggalkan kucing-kucing yang aku bela di Segamat, kerana aku belum mendapat rumah baru di Johor Bahru. 


 

Beberapa ketika juga aku tinggalkan di Segamat, dan tiap-tiap minggu aku balik menjenguk mereka. Aku tidak tinggalkan kosong kerana kucing-kucing tersebut aku jaga berdua dengan sahabat aku yang merangkap bussines partner kek aku yang sememangnya menetap di Segamat.

Setelah aku mendapat rumah di Johor Bahru. Maka aku membawa adieq ke rumah baru. Memandangkan kuarters sekarang yang aku menyewa merupakan berkeadaan rumah flat. Maka tidak dapat Adieq menjalani kehidupan sepertia biasa semasa di Segamat. Aku lebih mengurungkan dia di rumah kerana terdapat beberapa penghuni yang tidak gemarkan kucing yang merayap ke sana sini.

Boleh lah, kebaikan yang ada. dia sentiasa bersih kerana tidak jumpa tanah dan tidak bergaul dengan kucing liar. Dia lah peneman aku di Johor Bahru kerana aku tinggal berseorangan. Teman aku bercakap, bergaduh dan lain-lain.



Affendi dan Isni.

 

Sebelum ini aku telah bercerita tentang Ayong, yang mana merupakan seorang sahabat aku yang bertanggungjawab membawa aku ke dalam group Masuk Air Hiker (nanti aku sembang tentang masuk air hiker ni). 

Di dalam group tersebut, ada sepasang suami isteri yang sejak dari dulu memang aktif dengan aktiviti jungle traking dan montain and hill hiking. apa yang disampaikan kepada aku, mereka ini pernah bekerja dengan taman negara sebelum menjadi pasangan suami isteri. Cinta atas trek kot,

"hahahaha......",

Setelah beberapa ketika aku menyertai group tersebut. Mereka berdua melamar aku dan beberapa orang lagi untuk menyertai mereka dengan menyertai group crew. Yang diberi nama SEGAMAT OUTDOOR CREW. pada awalnya group  tersebut mempunyai nama lain, tetapi desebabkan nama yang lepas seperti disedap didengar, mereka menukarkan nama kepada nama yang sekarang.

Aku akan bercerita tentang SEGAMAT OUTDOOR CREW dalam post lain nanti.


Mereka berdua ini sangat satu kepala dengan aku dan BFF aku, jenis masuk air. Jenis yang tidak kisah dan tahan dikutuk dan dicarut. Apa guna menjadi shabat baik kalau tidak tahan dengan gurauan antara satu sama lain. Tidak pernah aku menyimpan di dalam hati kerana ia sekadar gurauan sahaja.

Memang hapening kalau dengan mereka ini, walaupun pasangan suami isteri, tetapi aku suka lihat mereka kerana seolah-olah mereka ini seperi sahabat dan kawan. Jenis tidak kisah, tetapi apa yang penting dalam perghubungan adalah kepercayaan dan hormat antara satu sama lain.


Aku telah menyertai beberapa trip yang mereka anjurkan dan mendaki beberap gunung bagi tujuan trip mereka untuk dibuka penyertaan kepada mereka yang minat dalam program hiking bagi mendapatkan kesihatan badan yang baik dari dalaman juga luaran.

Apa yang boleh aku sembang di sini, Terima kasih kepada mereka berdua kerana mengajak aku menyertai group tersebut. Dan menjadikan aku salah seorang crew dalam grop mereka. Tak perlu lah kot aku nak bercerita mendalam setiap seorang, kerana pribadi seseorang itu adalah rahsia, melainkan mendapat persetujuan dari tuan badan.

Dalam post aku ini, dari dulu hingga sekarang hanya bercerita perkara umum sahaja.

Oh ya, ada sekeping gambar mereka bersama-sama anak mereka yang mereka bawa dalam aktiviti perkhemahan dan pendakian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...