Isnin, 25 Januari 2021

Bob (Bukan Nama Sebenar)

 


Salah seorang rakan aku yang aku mula rapat dengan beliau. Perkenalan aku dengan Bob ini melalui Apex (bukan nama sebenar). Perkenalan aku bermula apabila Apex yang sememangnya rakan rapat kepada Bob, sering membawa Bob lepak dengan aku. Sejak dari itu aku mula rapat dengan beliau.

Bob adalah orang pertama di kalangan kami yang memulakan aktiviti mendaki gunung dan bukit ini. Kerap juga dia pergi melakukan aktiviti mendaki dan gunung, akibat dari kesedaran beliau tentang bahaya berat badan yang berlebihan.

Beberapa ketika, bob berjaya menawan pula Ejam untuk bersama-sama melakukan aktiviti yang dia minat. Selepas Ejam, aku pula terjebak meminati aktivini ini.


Aktiviti kami membuatkan kami bertemu dan bercampur dengan beberapa group hiking yang lain, sebenarnya selain daripada sihat, kita dapat juga ramai kawan-kawan sebenarnya.

Berbalik kepada cerita Bob, dengan kesedaran yang beliau dapat, untuk menurunkan berat badan beliau dan menjadi lebih sihat. Banyak juga jumlah angka yang turun selama beliau melakukan aktiviti ini. Tahniah dari aku buat beliau. Cita-citanya untuk punya berat badan seperti aku 67kg dan menyarung baju bersaiz s.


Banyak kenangan selama aku bersama-sama beliau semaasa melakukan aktiviti pendakian. Merupakan seorang yang tidak putus semangan juga punya hati yang kental walaupun aku nampak dia kadang-kadang seperti tidak larat untuk meneruskan pendakian, tetapi dengan semangat yang ada, beliau berjaya menawan beberapa puncak gunung.

Sekarang, beliau merupakan salah seorang BFF aku. Terima Kasih bob. Tetapi ayat beliau yang tidak pernah dan tidak akan aku lupa semasa beliau keletihan semasa melakukan aktiviti pendakian kepada aku,
"ko kurusu tak per lah.......", masih terngiang-ngiang ditelinga dan di mata aku.
"hahahaha........", tapi dia antara kawan baik yang aku ada. Kawan baik atau BFF aku tidak ramai. Hanya dua tiga orang sahaja.


 Post ini sebenarnya, aku nak ceritakan tentang semangat beliau yang ingin menurunkan berat badan dan menjadi seorang yang sihat. Dan kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, jangan mengaku kalah kerana usaha dan tetap pendirian, confirm berat badan itu memang akan turun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...