Dalam minggu lepas, aku mendapat perkhabaran dengan membaca status facebook sahabat aku. Beliau menyatakan bahawa teman lama aku, Muzammil telah kembali ke pangkuan ilahi. Aku agak terkejut juga, kerana sebelum ini aku tiada pula mendengar sahabat aku ini mempunyai masalah kesihatan.
Ajal dan maut di tangan tuhan, apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Beliau meninggal seorang balu dan seorang anak perempuan yang baru berumur 3 bulan. Meninggal pada usia 36 tahun. Merupakan seorang anak yang baik dan selalu berbakti pada ibu dan bapa beliau, selama aku mengenali dan aku melihat apabila bersama-sama beliau dahulu.
Sekadar teringat, pada satu ketika, aku bertandang ke rumah ibu bapa beliau. Aku memerhatikan beliau sabar melayan karenah arwah abapa beliau. Memang seorang anak yang baik.
Pada rakan-rakan pula, beliau tidak lokek menghulurkan bantuan, dari segi tenaga. Sering membuat suasana disesuatu majlis ceria. Dan tidak pernah pula bibir beliau sepi tanpa sesuatu yang boleh membingitkan keadaan.
Sebenarnya banyak kenangan sewaktu aku aku tinggal di Puchong dan bersahabat dengan beliau. Sering juga membantu aku di kala aku mengalami kesulitan. Orang yang menghantar aku pulang ke kampung sewaktu pemergian arwah ayah aku. Tidak membenarkan aku pulang ke kampung dengan menaiki motosikal. Beliau sememangnya seorang yang baik, walaupun nakal.
Mungkin disebabkan jarak menjadikan aku jauh dan tidak serapat seperti dahulu. Dan ada beberapa perkara yang tidak dapat aku elakan daripada berlaku. Aku menyimpan hasrat untuk bertemu dengan beliau. Tetapi aku tidak berkesempan untuk berbuat demikian. Aku terasa sangat sedih sebenarnya dengan pemergiannya, mengalir juga lah setitis dua air mata. (lelaki wei... x macho nangis... hahahaha).
Aku doakan beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
P/S: aku tidak akan punya masalah dengan seseorang selagi orang tu tidak buat masalah dengan aku. Tetapi, bila sudah buat hal.... minta maaf banyak-banyak. sendiri mahu ingat.