Selasa, 20 April 2010

Sungai Tekala

pada hari sabtu yang lepas kami bertiga telah pun pergi berehat-rehatkan minda di sungai tekala, ulu semenyih. aku tidak merancang pun nak pergi ke tempat peranginan ni. tapi member aku fitri yang beriya-iya mengajak aku. dan pada masa yang sama aku rasa bersalah pada member aku owner untuk entry PULSE OF MY HEART. kerana telah mengecewakan permintaannya untuk membawa dia ke konsert akedemi fantasia. bukan tak mahu, memang ada keinginan, macam-macam alasan yang aku berikan untuk tidak pergi, kerana untuk memberitahu perkara yang sebenar adalah amat sukar, so sorry sebab dah hujung bulan, pergi sungai tekala ni pun ada yang support. thanks for fitri and sham.


kami bertolak pada pukul 10 a.m dan melalui kajang dan terus ke semenyih. kami singgah sebentar di shell sebelum tol selatan LDP untuk mengisi minyak dan membeli beberapa makanan ringan untuk di makan semasa di lokasi yang dituju.


setibanya di lokasi, fitri singgah di gerai-gerai yang ada di situ untuk memuaskan keinginan nafsu makan beliau. dan bayaran masuk yang dikenakan adalah RM 1 setiap orang. dan pergi lah kami mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan.


dan beberapa keping gambar semasa di sungai tekala yang aku sisipkan di sini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...