Belum pun hilang lelah bercuti di Cameron Highland. Ibu aku mengajak aku pergi ke Kuantan pula bertemu dengan adik lelaki aku yang nombor 4. Kami bertolak dari rumah aku di Labis ini Jam 1 petang, setelah ibu aku siap mengemas rumah dan melakukan beberapa kerja.
Manakala aku pula memberi makan kepada haiwan kesayangan aku. Terasa juga meletakkan gambar mereka di dalam blog aku ini untuk dikongsikan bersama, mungkin aku akan letakkan kemudian. Sebelum aku lari tajuk, labih baik aku tumpukan tentang perjalanan aku menuju ke Kuantan.
Kami pergi bertiga, bersama-sama kami, owner for entry Aku Dan Dia. Yang mengikut aku pulang ke rumah dari Puchong, Selangor. Sebelum itu aku telah menghantar ibu aku ke majlis persandingan yang berlangsung di kampung aku.
Tiba di Kuantan lebih kurang dalam pukul 4 petang. Kami mengambil adik aku di Jaya Gading, dan terus menuju ke Bandar Kuantan. Destinasi pertama adalah aku membawa mereka ke Taman Gelora, Dan berehat sebentar juga menikmati lunch houry yang telah terlewat. Kemudian bersiar-siar pula di pesisiran pantai yang kebetulan pada waktu itu air sedang pasang.
Setelah puas menikmati pemandangan di situ, kami terus bergerak memasuki pusat bandar, tujuan utama adalah mencari hotel untuk bermalam. Bagi aku ini kali pertama kami bermalam di Kuantan yang niat hanya ingin berjumpa dengan adik aku itu. Kami menginap di Hotel Pavilion, dan mengenakan bayaran yang berpatutan dan kemudahan juga suasana dalaman yang menarik. Walaupun Keadaan biliik yang tidak begitu besar, tetapi bagi kami bilik tersebut memang selesa.
Kami berehat seketika, sambil menunaikan Solat Maghrib. Setelah semua siap, kami terus keluar hotel menuju ke tempat makan malam. Destinasi makan malam kami adalah di Tanjung Berlumpur. Apa yang menarik adalah, kawasan tersebut adalah lokasi utama bagi mereka yang ingin menikmati makanan laut, apa yang disediakan adalah ikan bakar, segala jenis masakan ikan contohnya, masam manis, tiga rasa dan bermacam lagi.
Pada malam itu kami pesan Ikan Kerapu masak tiga rasa, sotong goreng tepung, ketam masak black paper, lala masak sambal dan sayur kailan ikan masin. memang sedap didengar, tetapi sebenarnya ada masalah dengan menu tersebut, aku akan ceritakan di post yang akan datang.
Selesai menikmati makan malam, aku menghantar adik aku pulang ke tempatnya kerana waktu berada di luar hampir tamat. Setelah menghantar beliau, kami terus menuju ke Benteng. Sebenarnya kawasan Benteng ini adalah kawasan rekriasi yang dibina sepanjang Sungai Pahang. Tempat yang aku sering pergi semasa belajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dahulu. Tempat dating dengan awek.
Terdapat pembeharuan di Benteng di mana Majlis Perbandaran Kuantan telah mengadakan tempat untuk berniaga di sepanjang sungai tersebut. Bermacam juga yang ada dijual. Kami hanya berjalan menyusuri sungai dan melihat barangan yang dijual di kawasan tersebut.
Hampir dua jam kami duduk menikmati angin malam di tepi Sungai Pahang. Kami menuju ke hotel kerana terasa letih berjalan pada siang hari. Dan aktiviti yang berlangsung selepas itu, menikmati mimpi indah,
Keesokan harinya, selepas sarapan pagi, kami check out hotel, terus menuju ke Teluk Chempedak, antara tempat perlancongan yang menarik di Kuantan ini. Bersiar, melepak dan menikmati pemandangan sambil merasa tiupan angin Laut Cina Selatan. Dan menyusur pantai aktiviti yang kami lakukan.
Setelah puas, kami masuk ke Pusat Bandar semula untuk menikmati makan tengahari. Dan terus bertolak pulang ke kampung. Terasa letih juag dibuatnya.