Rabu, 18 Ogos 2010

Sengal

dalam bulan lepas, sahabat aku telah masuk ke bilik aku di office dan bising-bising juga marah-marah. aku berasa pelik dengan keadaan itu, dan meminta beliau menenangkan diri dan bercerita apa yang telah berlaku padanya.

"kenapa dengan kau ni milah (bukan nama sebenar)" tanya aku,

hanya menundukkan kepala sambil tersedu-sedu menahan rasa di dada. aku cuba memujuk dan betanya kembali.

"jangan lah macam ni, cuba kau ceritakan apa yan terjadi pada kau ni",

dia memandang aku sambil mengesat air mata yang mengalis di pipi mulusnya itu. dan menerangkan kepada aku dengan nada marahnya.

"pakwa aku tuduh aku keluar malam-malam ngan kau, dan kita buat sex, budak pejabat atas yang bagi tahu kat dia",

aku hanya tersenyum melihat dia dan reaksi yang timbul pada diri aku ketika mendengar perkhabaran itu, tetapi di dalam hati aku sungguh terkejut dan terasa ingin marah pada tika itu juga. tetapi aku cuba kawal keadaan diri aku yang sememangnya seorang yang panas baran.

"alah, sabar jer, buat tak tahu dengan apa yang dia cakap, yang penting kita tak pernah pun buat perkara itu", aku sekali lagi cuba memujuk dan cuba mengawal perasaan aku.

"aku geram danny (nama panggilan aku), kenapa lah dia orang busuk hati sangat sampai cakap macam tu",

"entah lah, aku pun tak tahu nak cakap apa" ujar aku yang sememangnya tidak ada apa-apa yang terlintas difikiran bila diajukan perkara tersebut.

"dah lah, kau pikir-pikir pun kau yang pening kepala, lantak lah ngan dia", sambungku.

dan aku terus sahaja menatap monitor komputer aku untuk menghentikan perbualan tersebut, kerana tidak mahu menunjukkan bahawa aku juga sedang panas pada mas itu.


herm, aku pun tak tahu, telah setahun lebih aku berada di pejabat dan jabatan ini, tapi ada juga yang masih ingin membuat fitnah terhadap aku, selama ini belum pernah aku mengganggu kehidupan orang lain, jauh dalam sudut hati aku yang berwajah cool ini, aku kecewa, sedih dan terkilan. kenapa sering sahaja aku difitnah.


Ramadhan Tiba Lagi


salam,

sudah masuk hari kelapan kita berpuasa, dan minta maaf bebanyak kerana kesibukan kerja aku tertangguh untuk update blog kesayangan aku ini.

dan alhamdulillah sehingga hari ini, aku telah berjaya mengahbiskan puasa aku dengan sepenuhnya.

sebenarnya berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, berpuasa di bulan ramadhan adalah menahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

dan jika kita berpuasa tetapi tidak melakukan amalan yang telah diperintahkan seperti mengerjakan solat lima waktu, maka tidak bererti puasa tersebut, dan sia-sia sahaja menahan lapar dan dahaga tersebut.

Syarat-syarat yang harus dipenuhi untuk melaksanakan ibadah ini adalah:

  1. Baligh
  2. Berakal
  3. Kuat berpuasa
  4. Mengetahui masuknya bulan Ramadhan baik dengan ru’yah, hisab maupun khabar yang diketahui orang banyak.
dan kita adalah wajib mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan ini, dan ada keindahan disebalik kita berpuasa sebenarnya.

antara kelebihan-kelbihan berpuasa adalah:

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya:

* Puasa mendekatkan diri dengan Allah:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

* Puasa mengawal syahawat:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065, Muslim: 1400]

* Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840, Muslim: 1153]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299, Lihat Shahih Attarghib: 970]

* Puasa menjanjikan syurga:

Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i: 2097]

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan syurga:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga” [HR Al-Bukhari : 2637]

sekian, renung-renungkan dan selamat beramal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...