Isnin, 24 Januari 2011

Sinopsi Filem Haq

Kisah ini memaparkan kehidupan tradisional keluarga Melayu di sebuah kampung yang berunsurkan kegelapan kuasa ghaib, kharomah rahsia dan pertentangan antara dua saudara dalam memperjuangankan kebenaran yang hakiki. Kisah ini berkisarkan tentang Haq, seorang pemuda penyayang dan jujur yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan kelebihan kuasa ghaib (Kharomah) dan Badrul (Bad) yang merupakan seorang yang bijak yang juga merupakan adik angkatnya. Haq berupaya untuk mengalihkan objek dengan mengunakan kuasa mindanya.

Satu kemalangan telah berlaku berpunca daripada kedegilan Bad yang menyebabkan kematian ibu kandung Haq di depan mata mereka semasa mereka kecil. Dengan ini, jaringan , rasa bersalah dan cemburu mula berkembang. Beberapa tahun kemudian, sekembalinya Haq dari belajar diluar negara, beliau disambut dengan penuh kegembiraan kecuali daripada Bad, yang tidak berpelajaran tinggi, lebih suka menghabiskan masanya bercampur dengan samseng kampung daripada mengusahakan perusahaan ladang dan pertanian milik keluarga.

Ini merunsingkan Haq and bapanya, Haji Ibrahim yang bukan sahaja mendidik Bad seperti anaknya malah mengambil kedua orang tua Bad untuk bekerja dengannya. Bad kesal, dia hanya menyalahkan takdir dan keadaan dan mempersoalkan kenapa Haq mempunyai kuasa sedangkan dia hanya seorang anak kepada pembantu rumah. Bapa kandung Bad telah lama menderita sakit meninggal dunia walaupun berkali–kali cuba dirawati oleh Haji Ibrahim.



Haji Ibrahim juga terkenal dalam masyarakat, dianugerahkan Allah untuk merawat penyakit. Bad menjadi lebih marah kerana kegagalan bapa angkatnya itu menyembuhkan penyakit ayahnya dan juga kepada takdir kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan sekelilingnya. Dengan kemarahan ini jugalah beliau menyalahkan semua orang dan Tuhan, malah telah bersekongkol dengan ilmu hitam dan syirik kepada Allah.

Bad lalu menghilangkan diri. Masa berlalu, Haq telah menceritakan segala–galanya tentang kematian ibunya kepada ayahnya semasa Haji Ibrahim sakit tenat. Kepulangan Bad ke kampung semasa hari pengkebumian Haji Ibrahim mengejutkan semua pihak. Bad, kemudian telah membawa Haq dan pembantunya Aina ke kota lalu mengambil Haq sebagai rakan kongsinya.

Di kota, barulah Haq tahu bahawa Bad mempunyai empayar perniagaan yang besar lagi kukuh. Di situ juga Haq telah berkenalan dengan Zahra yang merupakan pembantu Bad yang mengoda dan materialistik. Bad telah memperkenalkan Haq tentang dunianya yang penuh kekayaan, kekuatan dan kehausan kuasa. Pada masa yang sama, Haq telah tertarik kepada kejelitaan Zahra walaupun dia tahu tentang perhubungan antara Zahra dan Bad.

Haq mula dapat menghidu kehadiran kejahatan yang bersembunyi di dalam diri Bad dan kebenaran tentang kematian Haji Ibrahim juga terserlah. Bad juga telah menunjukkan belangnya. Haq terpaksa mencari kekuatan dan keberanian untuk berhadapan dengan kebenaran dan keputusan itu akan merubah hidup mereka selama- lamanya.

Dilarang Masuk


Sinopsis Filem Dilarang Masuk

Suasana semakin gelap, kabus dingin meliputi bukit.. Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?

Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. , Cineworks Sdn. Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
Kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 07 April 2011
Durasi : 90 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Pelakon Filem Dilarang Masuk

Asyikin Kamal : Fatia (Pelakon Utama)
Muhamad Ismaizal bin Yusoof : Ronnie (Pelakon Pembantu)
Isma Hanum : Juli (Pelakon Pembantu)


...dalam botol



Setelah berapa lama menhadapi masalah, akhirnya filem ini akan ditayangkan, jika tidak silap, ia akan ditayangkan dalam bulan febuari nanti. Bersama kita lihat apa hebatnya filem ini dan apakah nasib filem ini, sekadar baerkata tetapi bukan berdoa yang tidak baik untuk filem ini.

Ruby atau nama sebenarnya Rubidin dah Ghaus merupakan pasangan bercinta sejenis. Kerana terlalu mencintai Ghaus, Rubidin sanggup berkorban mengubah identiti dirinya kepada Ruby. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan oleh Ruby, identiti dirinya diubah menerusi satu pembedahan jantina. Namun perhitungan Ruby itu salah kerana Ghaus tidak dapat menerimanya dalam keadaan fizikal seorang wanita sekali gus memutuskan perhubungan dengan Ruby. Tanpa diduga, hormon lelaki dalam Ruby kembali menyerlah dan dia kembali menjadi Rubidin. Malah Rubidin mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang baik budi dan mereka merancang untuk berkahwin. Bisa terjalinkah harga sebuah perkahwinan jika sang suami tidak memiliki kelakianya dan apabila tidak terbayar.

Dun Tenang

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato' Sulaiman HJ Taha, telah beberapa bulan beliau kembali ke Rahmatullah. Bersama kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam golongan yang dirahmati.

Sekarang ini, kawasan Dun Tenang, Labis sibuk dengan kempen-kempen dan bendera-bendera pun telah menghiasi kawasan mengundi, walaupun aku tidak terlibat secara langsung tetapi terasa hangatnya juga.

Sebelum ini, Pekan Labis hanya lengang dan tidak berpa nak penuh, sekarang mengalahkan pekan atau bandar besar, sibuk dengan kenderaan dan manusianya. Kekadang terlintas di fikiran "tidak pernah Pekan Labis ini sesibuk ini",

Pada hari Sabtu yang lepas, telah diumumkan dan penamaan calon dilakukan, terdapat 2 orang calon yang bertanding, iaitu dari pihak Pas dan Umno.


Walau siapa jua yang mendapat menyandang, kami berharap agar tugas dang tanggungjawab dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Penakut.

Pada hujung minggu yang lepas aku telah pergi ke Batu Pahat Mall, Batu Pahat. Tujuan hanya untuk membawa ibu aku berjalan kerana terasa bosan duduk di rumah.

Aku membawa sahabat aku, Fitri Norsalim yang kebetulan bercuti panjang pada minggu tersebut. Pada mulanya aku hanya ingin berjalan dan hanya cuci mata sahaja, tetapi Fitri mencadang dan mengajak kami untuk menonton wayang, dan filem yang beliau pilih adalah Khurafat.

bagi aku, filem tersebut memang puas hati, tidak sedar waktu berlalu selama satu jam lebih. Dan secara jujurnya aku memang tidak puas menonton filem tersebut. Apa yang menciut hati aku adalah, orang yang mengajak kami menonton filem tersebut, Fitri.

Dia yang beriya-iya mengajak menonton, tetapi semasa filem tersebut ditayangkan, beliau hanya memandang dari celah jari sahaja, dan bertanya pada aku, apa yang berlaku. Sehinggakan ibu aku tegur beliau, " Rugi sahaja bayar tiket tapi takut untuk menonton, hanya menutup mata",

Kelakar dengan diri beliau yang sungguh penakut.

Khurafat


Sinopsis Filem Khurafat

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital.



Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini… Anna sentiasa menganggu Jo han walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah.



Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...