Hai, salam sejahtera,
Seperti nama blog aku ini adalah DI MATA KU blog ini aku ceritakan apa yang berlaku pada diri aku, tentang diri atau pengalaman aku sepanjang aku hidaupo dan bernafas di dunia pinjaman ini,
Hai guys, apa khabar, seperti sebelumnya, blog aku ini memang bersawang-sawang, umpama ownernya telah menghembuskan nafas terakhir,
"hahahaha.....",
Bukan begitu, hanya kekangan kerja hakiki dan cuba untuk kembali semangat bekerja setelah beberapa kali ditukarkan ke beberapa bahagian dan pejabat, sedikit sebanyak emosi aku agak merundum juga lah akibat dari tekanan tersebut. Biasalah, kerja di bawah orang-orang ini, beginilah jadinya. Dan hampir sebulan aku berada di pajabat baharu, dan masih lagi belajar dan cuba mengenal dan mengejar kerja-kerja yang ada di pejabat ini. Nama pejabat aku terpaksa rahsiakan untuk menjaga kepentingan tertentu.
Baiklah, Kali ini aku ingin bercerita tentang satu tempat yang sangat berkait rapat dengan diri aku ini, di mana tempat tersebut adalah tempat aku membesar dan mempunyai pengalan dan kenangan-kenangan yang manis dan, pahit, sebenarnya aku tidak nampak pula di mana pahitnya. Kerana apabila aku mengingat peristiwa-peristiwa dulu, pasti membuatkan aku tersenyum dan tiada pula rasa sedih dan ingin menangis rasa kecewa yang teramat.
Berbalik kepada tujuan asal, artikal seterusnya adalah tentang apa seperti tajuk blog pada kali ini.
FELCRA BUKIT KEPONG, MUAR JOHOR.
Di pedalaman Muar, Johor, terdapat sebuah kawasan yang mungkin kelihatan biasa pada pandangan mata. Barisan pokok kelapa sawit menghijau, rumah-rumah tersusun di sepanjang jalan dan kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa. Namun di sebalik pemandangan itu, tersimpan sebuah perjalanan sejarah yang panjang — tentang tanah, usaha, keluarga dan sebuah generasi yang membina kehidupan dari awal.
Perkampungan ini bermula sekitar tahun 1972, yang dibangunkan oleh peserta-peserta felcra, masa ini ayah aku antara orang yang terlibat meneroka kawasan ini, kerana itu, penduduk felcra ini ada yang panggil mereka sebagai peneroka. Kawasan ini dibangunkan atas usaha pembangunan tanah luar bandar atau membangunkan kawasan yang tidak diusahakan atau tiada pemilik atau juga tanah milik kerajaan.
Awal pembangunan kawasan ini, ia lebih dengan kawasan hutan atau kawasan belukar yang mana peneroka ini perlu membersihkan kawasan untuk membangunkannya sebagai kawasan kampung atau kawasan pertanian. Dan kawasan ini mula ditanam dengan anak pokok kelapa sawit untuk dijadikan sumber pendapatgan negeri mahupun negara.
Peringkat awal pembangunan dikenali sebagai FELCRA Bukit Kepong Peringkat 1/Tambahan, dengan keluasan sekitar 1,235 hektar. dan diikuti dengan Peringkat 2/3, yang mempunyai keluasan kira-kira 1,211 hektar.
Kawasan perkampungan mula diwujudkan dan berkembang sekitar tahun 1980. yang mana kawasan tersebut diwujudkan sebagai kawasan penempatan peserta, dan mula tumbuh sebagai kawasan penempatan, dan mula berkembang dari sebuah keluarga dan menjadi satu komuniti.
Felcra Bukit Kepong juga mempunyai satu kilang sawit yang dibangunkan sekitar tahun 1983. Kemudahan yang telah ada pada hari ini adalah seperti sekolah menengah dan skolah rendah. sebenarnya aku tidak pernah merasa bersekolah pun di kedua-duanya.
Mungkin itu sahaja yang aku boleh ceritakan tentang perkampungan ini, kalau ada tambahan, mungkin aku akan tambah untuk pengetahuan kawan-kawan.
Hanya sekadar bercerita, tidak terlibat dengan peperiksaan sekolah pun, hahahaha...........
