Isnin, 7 September 2026

Eman Manan: Empat Dekad Menghidupkan Watak, Legasi Seorang Seniman


Tahniah kepada pelakon Eman Manan kerana menerima Bintang Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun ke-64 Hari Keputeraan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Nama Eman Manan bukan lagi asing dalam dunia seni tanah air. Selama lebih empat dekad, beliau telah mewarnai industri perfileman dan drama Malaysia dengan lakonan yang penuh penghayatan.

Memulakan kerjaya lakonan pada era 1980-an, Eman Manan dikenali menerusi pelbagai karya seperti Matinya Seorang Patriot, Bintang Malam, Buai Laju-Laju, Wayang dan Conquer: Lahad Datu.

Kehebatan lakonannya turut mendapat pengiktirafan apabila beliau tiga kali memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia.

Bagi Eman Manan, lakonan bukan sekadar menghafal dialog, tetapi memahami dan menghidupkan watak agar dapat disampaikan dengan sebaik mungkin kepada penonton.

Walaupun telah puluhan tahun berada dalam industri, beliau masih aktif berkarya dan terus menjadi antara nama yang dihormati dalam dunia seni lakonan Malaysia.

Manisnya Coklat Tempatan, Bangganya Produk Malaysia!


Bila bercakap tentang coklat, pasti ramai yang terus terbayangkan jenama-jenama antarabangsa yang terkenal. Namun, tahukah anda bahawa Malaysia juga mempunyai pelbagai jenama coklat tempatan yang tidak kurang hebatnya?

Selain mempunyai rasa yang enak dan pelbagai pilihan menarik, memilih coklat buatan Malaysia juga merupakan salah satu cara mudah untuk kita menyokong produk tempatan serta membantu perkembangan usahawan dan industri makanan negara.

Sama ada untuk dinikmati sendiri, dijadikan buah tangan untuk keluarga dan sahabat, ataupun sebagai hadiah istimewa buat insan tersayang, coklat tempatan sememangnya boleh menjadi pilihan yang menarik. 🍫❤️


 7 Jenama Coklat Buatan Malaysia

Berikut merupakan antara jenama coklat yang boleh anda kenali dan cuba:

1. Benns

Dikenali dengan produk coklat dan koko yang menampilkan kepelbagaian rasa serta pilihan yang menarik untuk penggemar coklat.


2. Beryl's

Antara jenama coklat Malaysia yang cukup dikenali dan mempunyai pelbagai pilihan coklat untuk dinikmati sendiri mahupun dijadikan hadiah.


3. Fidani

Jenama tempatan yang menawarkan pelbagai produk berasaskan coklat untuk memenuhi citarasa penggemar coklat.


4. Ryverra

Salah satu pilihan coklat tempatan yang boleh diterokai oleh mereka yang ingin mencuba produk buatan Malaysia.



5. Grandeur

Menawarkan pilihan coklat yang sesuai untuk dinikmati sebagai kudapan atau dijadikan buah tangan.


6. Borco

Antara jenama coklat tempatan yang boleh menjadi pilihan untuk penggemar coklat dengan pelbagai citarasa.


7. Vochelle

Jenama yang turut mempunyai tempat dalam kalangan penggemar coklat di Malaysia, dengan pilihan produk yang sesuai untuk pelbagai suasana.




❤️ Jom Sokong Produk Tempatan!

Menikmati coklat bukan sekadar tentang rasanya yang manis. Di sebalik setiap produk tempatan, terdapat usaha, kreativiti dan kerja keras pengusaha serta tenaga kerja yang terlibat dalam menghasilkan produk untuk pengguna.

Jadi, apabila kita memilih produk buatan Malaysia, secara tidak langsung kita turut menyokong perkembangan industri tempatan.



 

Ahad, 6 September 2026

Sebagai Petugas Di Pavilion Johor

 


Seperti yang aku maklumkan terdahulu bahawa aku telah dilantik sebagai petugas di Pavilion Johor, Maha 2026, Maeps Serdang.

Selama tempoh satu minggu sahaja aku bertugas di situ agak seronok juga walaupun keletihan dan kepanasan akibat cuaca yang bahang semasa program berlangsung. Terlupa juga apa yang sedang aku hidap, 

Apa yang  seronok, bekerja di dalam pasukan dan saling membantu di antara satu sama lain, yang sebelum ini tiada pengalaman tersebut di tempat terdahulu yang lebih kepada mementingkan diri sendiri dan mengakibatkan aku juga menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri.

Tetapi, aku ada bersembang dengan ibu aku,
"manusia lah mak, depan lain belakang lain",

akibat daripada apa yang terjadi pada diri aku sebelum ini di dua tiga dan empat tempat mungkin, menjadikan aku lebih menjadikan hati aku tertutup daripada menerima seorang rakan atau kawan. Sedangkan aku cuba seikhlas mungkin menjadi seorang sahabat, tetapi kebanyakan di belakang aku ditikam bertubi-tubi.

Sudahlah bercerita tentang orang lain, sememangnya most of people macam tu, kita abaikan dan tinggalkan jangan pandang-pandang lagi dah.

Sepanjang bertugas di sana, sempat juga aku pergi berjalan di Pavilion negeri Terengganu, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, tidak larat ingin menyinggah ke semua negeri. Tetapi yang pasti, setiap pagi aku akan ke Perak untuk sarapan pagi, kedengaran jauh kan,
"hahaha......",

Hari pertama sahaja aku telah ke Sarawak untuk menikmati mee kolok, ada perbezaan rasa mee kolok yang ada di semenanjung dengan mee kolok original dari sarawak.



Tetapi aku sedikit agak kecewa kerana makanan yang aku ingin tiada, Aku telah singgah ke Terengganu dan Kelantan untuk mencari nek bak, kerabu saghe dan lompat tikam, mungkin tiada di jual di Pavilion dan ada di jual di bahagian makanan di Dewan A, aku pula tidak rajin nak berjalan sejauh itu untuk mencari kuih-kuih tradisi tersebut, memandangkan dengan cuaca yang agak panas dan membahang.

Yang pastinya, aku happy dan seronok juga sepanjang masa aku berada di sana sebagai petugas. Dan aku juga demam selama tiga hari setelah tiba di Johor, empat hari juga aku tidak naik office, 3 hari ambil cuti dan sehari aku ambil MC. 

Tidak mengapa, jumpa lagi kat Maha, 2 tahun lagi, itu pun jika aku masih lagi di office yang sekarang ini.

Selasa, 25 Ogos 2026

Destinasi, MAHA 2026


Jam 4 petang, tiba kami ke kawasan Pavilion Maha 2026. Bukan sebagai pelancong dalam negara tetapi sebagai petugas.

Singgah di kawasan tapak sekejap, melihat-lihat dan meninjau kawasan. Setelah member berpuas hati, bergerak lah kami ke hotel penginapan.

Aku berharap sangat, kesihatan aku sangat baik sepanjang 7 hari aku berada di sini sebagai petugas. Amin.

JOM JALAN PAVILION MAHA 2026. Klik untuk dapatkan lokasi PAVILION MAHA. Banyak benda menarik sebenarnya, boleh kenal-kenal makanan dan budaya dari 14 negeri di Malaysia. JOM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...