Khamis, 28 Januari 2010

Masya ALLAH


Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?

Jibril : sebesar kurma...

Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.



SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)




SoRRy


sorry sangat-sangat pada blog-blog yang aku terpaksa keluarkan dari blog list aku, bukan aku sengaja mahu buang blog-blog tersebut dari list aku, tetapi atas sebab-sebab tertentu. actually aku meminati dan suka membaca blog-blog tersebut, tetapi keadaan tidak mengizinkan aku terus menyenaraikannya di dalam list aku.


aku harap owner blog-blog tersebut tidak berkecil hati dengan tindakan aku ini, bukan sengaja tetapi terpaksa.

PeNInG

salam, dalam dunia ini, kita memerlukan orang-orang disekeliling kita, contohnya kawan, sahabat, kekasih dan sebagainya. jika kita cuba survive sendiri memang lah boleh tapi dalam menuju ke negara maju, kalau kita hidup sendiri rasanya macam tak ok. sebab kita saling bergantungan dan saling memerlukan satu dengan yang lain.



tapi dalam kita berkawan ini. ada juga kawan-kawan yang suka timbulkan masalah, sebenarnya aku nak luahkan rasa kat sini, mukaddimah jer yang macam nak bagi nasihat. baru-baru ni, seorang member aku sms kat aku bahawa dia kurang selesa duduk semeja dengan seorang member aku ini. actualy kawan lama dia juga. aku cakap lah ngan dia, yang lama tu tinggalkanlah, macam kata pepatah "buang yang keruh ambil yang jernih". then dia terus stop sms dengan aku. aku ingatkan tak ada apa-apa, rupa-rupanya dia berkecil hati dengan aku dengan apa yang aku cakap pada dia, salah ke apa yang aku cakap tu.


bagi aku, atau konsep aku, aku tak kisah nak berkawan, sesiapa sahaja. aku boleh berkawan selagi dia tak buat hal ngan aku, tapi ada sikap cemburu bila aku kawan dengan orang lain memang merimaskan aku, kita berkawan bukan berkasih atau apa pun. kenapa mesti macam tu, tak best langsung. sampai kekadang terlintas difikiran aku bahawa memang menyusahkan bila ada kawan yang sebegitu perangainya. bila berkawan dengan dia sahaja, tak boleh orang lain.


walhal, apabila aku ajak dia keluar pun, dia cakap tak boleh nanti ada seorang member dia akan kutuk atau caci atau tekan dia sebab keluar dengan aku. so aku ada apa kesah.... kalau tak boleh nak keluar dengan aku aku boleh keluar seorang.. tak mati pun. pening kepala dengan perangai orang tua yang tak berapa nak matang fikirannya. dan kekadang aku kecil hati juga apabila dia cakap yang dia tak boleh keluar dengan aku disebabkan perkara tersebut. beb kau dah besar, dah tua, keputusan pada tangan kau bukan pada orang lain. well, i just ask for hang out or luch only, not for anything else.



kalau kau nak ada scandel or what sekali pun, aku tak kisah tu hal dia lah, nak tonggang terbalik ke, ada aku kesah. susah mempunyai kawan-kawan dan juga kita duduk disekeliling orang yang berfikiran pedalaman ni. hampeh, muka nampak tua dah berjanggut berbulu bagai, tapi perangai still ditakuk lama, iaitu budak-budak hingusan, tolonglah, bosan aku. be profesional sikit bro...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...