Khamis, 28 Januari 2010

PeNInG

salam, dalam dunia ini, kita memerlukan orang-orang disekeliling kita, contohnya kawan, sahabat, kekasih dan sebagainya. jika kita cuba survive sendiri memang lah boleh tapi dalam menuju ke negara maju, kalau kita hidup sendiri rasanya macam tak ok. sebab kita saling bergantungan dan saling memerlukan satu dengan yang lain.



tapi dalam kita berkawan ini. ada juga kawan-kawan yang suka timbulkan masalah, sebenarnya aku nak luahkan rasa kat sini, mukaddimah jer yang macam nak bagi nasihat. baru-baru ni, seorang member aku sms kat aku bahawa dia kurang selesa duduk semeja dengan seorang member aku ini. actualy kawan lama dia juga. aku cakap lah ngan dia, yang lama tu tinggalkanlah, macam kata pepatah "buang yang keruh ambil yang jernih". then dia terus stop sms dengan aku. aku ingatkan tak ada apa-apa, rupa-rupanya dia berkecil hati dengan aku dengan apa yang aku cakap pada dia, salah ke apa yang aku cakap tu.


bagi aku, atau konsep aku, aku tak kisah nak berkawan, sesiapa sahaja. aku boleh berkawan selagi dia tak buat hal ngan aku, tapi ada sikap cemburu bila aku kawan dengan orang lain memang merimaskan aku, kita berkawan bukan berkasih atau apa pun. kenapa mesti macam tu, tak best langsung. sampai kekadang terlintas difikiran aku bahawa memang menyusahkan bila ada kawan yang sebegitu perangainya. bila berkawan dengan dia sahaja, tak boleh orang lain.


walhal, apabila aku ajak dia keluar pun, dia cakap tak boleh nanti ada seorang member dia akan kutuk atau caci atau tekan dia sebab keluar dengan aku. so aku ada apa kesah.... kalau tak boleh nak keluar dengan aku aku boleh keluar seorang.. tak mati pun. pening kepala dengan perangai orang tua yang tak berapa nak matang fikirannya. dan kekadang aku kecil hati juga apabila dia cakap yang dia tak boleh keluar dengan aku disebabkan perkara tersebut. beb kau dah besar, dah tua, keputusan pada tangan kau bukan pada orang lain. well, i just ask for hang out or luch only, not for anything else.



kalau kau nak ada scandel or what sekali pun, aku tak kisah tu hal dia lah, nak tonggang terbalik ke, ada aku kesah. susah mempunyai kawan-kawan dan juga kita duduk disekeliling orang yang berfikiran pedalaman ni. hampeh, muka nampak tua dah berjanggut berbulu bagai, tapi perangai still ditakuk lama, iaitu budak-budak hingusan, tolonglah, bosan aku. be profesional sikit bro...



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...