Selasa, 27 April 2010

Geram.

hari ini, aku betul-betul bengang dengan seorang mamat mangkuk di office tu, semalam dia dah buat hal, aku anggap dia hanya bergurau sahaja, tetapi hari ini pun sama juga, still nak sakitkan hati aku. apa? dia fikir aku ini tidak ada maruah untuk diperlakukan dan dipermainkan sedemikian rupa.

ada ke dia mengajak melakukan sesuatu yang bodoh. dia fikir aku ini apa? boleh dipermainkan. sakit hati dengan budak gila tersebut. aku betul-betul nak cakap di sini. aku tak kisah aku nak berkawan dengan sesiapa andainya orang tersebut boleh respect diri aku, aku tak mahu mencari masalah dengan orang lain. tetapi kalau dah bersikap kurang ajar faham-faham sendiri.

kadang-kadang aku terfikir, mungkin dia sakitkan hati kerana mungkin dia beranggapan yang aku telah merampas kawan-kawan dia, please lah. bila aku berada di office, semua kawan aku. aku bukan jenis nak baik dengan orang itu sahaja dan tidak membenarkan mereka berkawan dengann orang lain setelah berkawan dengan aku.

konsep aku sekarang, aku berkawan dengan sesiapa sahaja, dan tidak ada istilah kawan baik. kerana aku memang sukar untuk mempercayai seseorang sekarang ini akibat dari diperlakukan oleh orang yang aku angkap sahabat.

apa bila berada dalam kesenangan pasti mendampingi kita, tetapi apabila di dalam kesusahan tinggalkan kita. pernah ada yang meminjam dengan aku (duit) dan sampai hari ini aku ingat lagi, aku halalkan, tetapi selebihnya urusan dia dengan tuhan. ada seorang itu. aku bantu kerana belum lagi mendapat kerja. aku beri pinjamkan duit. tetapi apabila telah mendapat kerja aku minta balik, dia bayar tidak sampai setengah dari jumlah yang dia pinjam. dan hebahkan pada orang lain yang dia telah membayar semula duit aku, dan aku sahaja yang lebih-lebih.


seorang lagi pun begitu juga. entahlah, aku telah pun berhenti mempercayai seseorang. jauh aku lari dari tajuk. aku tidak faham mengapa aku diperlakukan seperti itu. sedangkan aku tidak mengganggu kehidupan mereka, setiap kali aku datang office, aku buat kerja aku sendiri. andai mereka ingin berkawan dengan aku, tidak menjadi masalah bagi aku, hanya aku ini bukan jenis orang yang pandai berbual seperti pakcik-pakcik yang duduk di warung.

tidak juga aku mengganggu awek-awek mereka, isteri-isteri mereka, adik perempuan mereka, atau sesiapa yang ada berkaitan dengan mereka, tetapi mengapa mereka terlalu sakit hati dengan aku. aku pun tak faham apa yang telah aku lakukan. apa masalah mereka dengan aku, datang dekat dengan aku, khabar kan apa yang engkau orang tidak puas hati sangat dengan aku.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...