Skrip : Martias Mohd. Ali
Arahan : Jurey Latif Rosli
Terbitan : Mdag Marketing Sdn Bhd
Arahan : Jurey Latif Rosli
Terbitan : Mdag Marketing Sdn Bhd
Adnan Saladin seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw
(libas), sehingga dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan
libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari
pasukan Siam (Thailand), lebih-lebih lagi Ak Nangkhon, “killer” pasukan
mereka. Di perlawanan libas yang lalu, Ak Nangkhon secara kotor telah
mencederakan kaki raja libas, menyebabkan kehebatannya merosot. Bukan
itu sahaja, kecederaan itu juga telah mengakibatkan tekong malaysia
(Dali) parah apabila libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu
terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali
kedua berturut-turut. Malah jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut
menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga jurulatih
sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan ratna anaknya.
Kebimbangan Raja Libas memuncak bila Mr. Wilson seorang lelaki
Inggeris sanggup menaja perlawanan Libas pada tahun ini, lebih awal dari
selalunya. masa yang suntuk dan kecederaan kaki yang belum pulih
sepenuhnya menjadi masalah yang besar kepada Raja Libas. Malah
kebimbangannya menjadi bertambah kerana pertaruhan perlawanan kali ini
adalah bola warisan, simbol keagungan permainan sepak raga yang diwarisi
oleh orang Melayu sejak 500 tahun dahulu. Seandainya kemenangan memihak
kepasa pasukan Thailand, bermakna bola warisan menjadi milik mereka
untuk selama-lamanya dan Malaysia akan kehilangan bukti bahawa permainan
sepak takraw adalah berasal dari Tanah Melayu dan merupakan permainan
tradisi orang-orang melayu. Dan Raja Libas adalah waris penyimpan bola
itu.
Tanpa diketahui oleh Raja Libas, bola warisan itu kini menjadi buruan
oleh pengumpul barang-barang antik yang mengetahui bahawa bola warisan
itu memiliki nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran terbaru untuk
bola itu adalah sebanyak USD 15 juta dan tanpa diketahui oleh Raja Libas
juga, Mr. Wilson telah bersekongkol dengan pasukan Thailand demi
mendapatkan bola itu.
Raja Libas tertekan bila jurulatih mendesaknya mencari pemain baru
bagi berhadapan dengan pasukan Thailand. Bagi Raja Libas, agak mustahil
dalam masa yang singkat dia dapat mengumpul pemain bagi menubuhkan
pasukan yang baru. Namun, demi mempertahankan maruah, tradisi dan
keagungan adat, Raja Libas berusaha mencari pemain. Lebih dari itu, Raja
Libas sebenarnya mencari pewaris kepada bola warisan itu, yang menurut
jurulatih, pewaris itu haruslah seorang yang sebangsa dengan Raja Libas,
seagama dan mempunyai akhlak yang tinggi. Dan bola itu hanya boleh
dipegang oleh pewarisnya sahaja.
Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi
mengekang kehebatan pemain Thailand. Baginya dia masih boleh bergantung
harap pada Megat, walaupun Megat masih membenci libas kerana kekalahan
yang lalu. Tanpa diketahui oleh Raja Libas, Megat sudah pun menjadi duri
dalam daging bila dia setuju belot setelah dirasuah oleh Ak Nangkhon.
malah sudah menghasut jurulatih untuk menjual permainan kepada Thailand
dan memberitahu Ratna bahawa pertunangan libas dengannya sudah
diputuskan oleh ayahnya. Ratna marah dan menuduh Raja Libas mementingkan
bola warisan lebih daripadanya.
Sewaktu memandu melewati KLCC, Raja Libas telah terlihat kehebatan
seorang remaja (Hamadi) menimang bola futsal, yang dengan kehebatannya
itu dapat mempertahankan diri dari serangan 3 remaja yang lain dengan
hanya menggunakan sebiji bola dan Raja Libas menawarkannya untuk bermain
libas. Dan Raja Libas fikir mungkin dialah pewaris bola itu. Namun
Hamadi itu menolak tawaran libas kerana baginya permainan sepak raga
adalah permainan yang ketinggalan zaman. Namun Raja Libas telah
mempamerkan kehebatannya melibas apabila dia menyelamatkan hamadi dari
dipukul oleh tiga remaja tadi yang kembali membalas dendam.
Akhirnya Hamadi setuju untuk menyertai Libas selepas diberitahu
bahawa dia harus mempertahankan maruah negara dalam permainan itu. Bagi
Raja Libas dia harus mendapatkan pemain yang lain bagi mencukupkan satu
regu. Sepengetahuan Libas Ratna juga mempunyai kehebatan menimang bola.
Sewaktu dia ingin menemui Ratna untuk memujuknya menyertai pasukan,
Libas terserempak dengan seorang remaja gemuk (Kumok) yang mempunyai
kelebihan pada perutnya. Kumok dapat menyambut buah-buahan dan
sayur-sayuran yang dilontarkan kepadanya, malah telur yang dilontar
tidak pecah bila ditampan dengan perutnya.
Akhirnya Raja Libas dapat mengumpulkan regu pasukannya iaitu Megat,
Hamadi dan Kumok. Raja Libas berusaha mengajar mereka dengan segala
pengetahuan yang dia ada untuk permainan Libas. Libas sedar pasukannya
tidak sehebat pasukan lawan. Namun dia masih mengharapkan Megat dapat
mengepalai pasukan.
Di hari perlawanan, Megat tidak muncul, Raja Libas resah. dia terus
memupuk semangat Hamadi dan Kumok. tanpa diduga, mereka berdua dapat
mengalahkan pasukan dari China. semangat Raja Libas bertambah dan Ak
Nangkhon cemas bila melihat potensi pasukan Malaysia. Ak Nangkhon
merencana sabotaj kepada pasukan Malaysia yan menyebabkan Kumok dan
Hamadi tercedera ketika di perlawanan separuh akhir dengan Iraq. Raja
Libas sedar ada sesuatu yang dikehendaki oleh Ak Nangkhon bila Megat
tiba-tiba muncul dalam keadaan parah selepas dibelasah Ak Nangkhon.
Akhirnya Raja Libas mengeluarkan bola warisan dari tempat simpanan
rahsianya dan mempertaruhkan bola itu untuk perlawanan akhir antara
Malaysia dan Thailand.
Di perlawanan akhir pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan
Thailand. Jurulatih mula kelihatan tidak yakin dan ketika Raja Libas
melambung kain putih mengaku kalah, Ratna muncul menyelamatkan keadaan.
Kelebihan Ratna dengan aura rambutnya menyelamatkan Malaysia dari
kekalahan. Dan ketika pasukan Malaysia alpa meraikan kejayaan, bola
warisan dicuri oleh Mr. Wilson. Namun jurulatih cepat sedar dan Raja
Libas dengan Libasan luar biasanya dapat menghalang bola itu dari di
bawa lari oleh Mr. Wilson dan lebih mengujakan bila juru latih dan Raja
Libas melihat bola itu di pegang oleh seorang budak lelaki sambil
melaung “Malaysia juara”. Raja Libas melihat pewaris kepada bola
warisan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan