Khamis, 8 Oktober 2009

HaRi Raya i




tak nampak org lain bila dah makan




macam biasa hari raya pertama masa bersama keluarga tercinta, selepas sembahyang sunat aidilfitri, kami melawat pusara ayah tercinta, kemudian kami pulang ke rumah untuk makan juadah di pagi raya, seperti: ketupat, rendang dan sebagainya.... kalau semua nak tulis jenuh bro....tetapi biasa nya aku tak makan sangat ketupat ni, kerana perut aku bermasalah sikit, terpaksa memilih sikit bila nak makan makanan yang berempah......



di rumah nenek




seterusnya kami akan bermaaf-maafan, tradisi turun menurun, tetapi selepas itu, kebiasaannya dibuat semula, tetapi nasib baik lah adik beradik aku ni tak berapa nak ambil hati, sebab masing-masing mulut macam celaka, laser.... hahahaha...... termasuk aku, kekadang tu orang akan pelik bila datang umah aku, kami ni bergaduh/bertekak atau pun apa...... dah cerita lain pula.......


selepas itu, kami akan pergi ke rumah nenek, tak lah jauh sangat, hanya ambil masa setengah jam sahaja, kampung ibu aku, di langa, muar. bertemulah sanak saudara, actualy my father tak suka sangat dengan family mak aku ni, ada lah sebab-sebab yang mereka lakukan hingga ayah aku merajuk nak pergi, dan dia melarang adik aku membawa anak dia ke rumah nenek aku, kerana ada sumber mengatakan yang nenek aku tak mengaku anak adik aku tu cucu dia, ermmm..... boleh nampak, but, org tua....macam kata fara fauzana.... layaaannnnn........


aktiviti yang biasa kami lakukan pada hari raya pertama ni, kami terus ke kampung ayah aku, melawat makcik dan pakcik, walaupun ayah dah tak ada, saudara tetap saudara...... dan terus pulang ke rumah..... letih...




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...