Selasa, 12 Januari 2010

KuAntAN



salam, hari ini, aku telah menghantar adik perempuan kawan aku untuk mendaftar di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN. tempat aku futher study dulu, terlalu lama tidak menjenguk di kawasan ini, dan terimbas kembali detik-detik bersama sahabat-sahabat POLISAS dulu, dan banyak yang berubah.


kami bertolak dari kampung dalam pukul 6 a.m, dan terus sahaja menuju ke POLISAS, mengambil masa dalam 2 jam. urusan pendaftaran mengambil masa yang agak panjang kerana pelajar perlu pergi beberapa kaunter untuk menguruskan beberapa perkara dalam hal untuk pendaftaran. dan sahabat kesayangan aku tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi walaupun telah banyak kali aku nyatakan bahawa ia nya memang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.



setelah siap proses pendaftaran, kami terus menghantar barang keperluan harian buat adiknya itu di asrama, dan parent dia nasihatkan adik dia agar belajar dengan bersungguh dan jangan lalai. dan aktiviti menghantar dan menunggu proses yang agak panjang ini pun telah membuatkan aku terlalu letih pada hari ini, dan tidak terdaya rasanya untuk membuka mata ini sewaktu aku update blog aku ini.



selesai sahaja semua, kami terus pulang ke segamat, kerana esok aku kerja, dan yang lain juga mempunyai kerja masing-masing. di sini aku letakkan beberapa keping gambar dan keletah budak-budak juga ibu bapa sewaktu proses pendaftaran tersebut.









Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...