Ahad, 20 Disember 2015

Dalam kita menjalani kehidupan ini, mustahil jika seseorang itu tidak memerlukan seorang sahabat atau kawan. Tidak kira apa juga kepentingan dia berkawan. Begitu juga aku, memerlukan seorang sahabat untuk aku berbual dan meminta bantuan jika memerlukan.

Tetapi bagi aku, kebiasaannya aku berkawan bukan untuk aku mengambil kesempatan terhadapa kawan-kawan aku. Sekadar ingin mempunyai teman untuk aku berbual dan lepak bersama jika ada kelapangan. Untuk bercerita masalah mungkin tidak, kerana aku tidak pandai bercerita tentang masalah yang aku hadapi.

Aku mempunyai beberapa kenalan baru, dan sering juga aku keluar lepak bersama. Tetapi ada yang mempunyai sikap yang terlalu bangga diri. Dan setiap perkataan yang keluar dari mulut seolah-olah tidak boleh dipercayai kerana banyak keraguan. Aku menilai setiap perbualan, bukan menerima bulat-bulat dan terus mempercayai.

Dan aku juga akan menilai setiap kenalan aku, bukan memilih tetapi ingin melihat bagaimana cara mereka. Sama ada boleh bersahabat lama atau mereka sekadar sebentar sahaja. Setiap orang ada cara masing-masing, tetapi bagi aku, aku ingin mempunyai satu persahabatan yang lama dan berkekalan. Biar banyak kawan jangan banyak musuh.

Pada suatu masa dulu aku mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mungkin kerana kealpaan aku, dan menuruti cakap orang tersayang yang ingin aku tinggalkan semua, aku tinggalkan. Nah!!, sekarang apa yang berlaku. Aku ditinggalkan. Silap aku, bukan dia atau mereka.

"Lebih dari seorang kawan?",

Ramai yang meminta dan mengajak, tetapi hati aku belum bersedia untuk menerima. Terlalu beku dan tidak mampu bagi aku membuka pintu hati aku. Mungkin apa yang telah berlaku pada masa lepas membuatkannya terus membeku. Aku cuba untuk menerima, tetapi memang sukar. Aku tidak pasti nak cakap macam mana. Biarlah masa yang menentukan.

Setiap yang berlaku punya sebab yang tertentu. Dan kita perlu menerima dan menempuhnnya denga redha.

Bersahabat di alam maya?

Bagi aku tiada masalah, kalau betul dengan caranya. Tetapi di alam maya ramai yang tidak jujur aku rasa. Ada yang cuba mengambil kesempatan, contoh cuba meminjam atau meminta duit. Dan ada beberapa yang cuba minta top up handphone, dan selepas tu, senyap begitu sahaja.

Entah, bergantung pada niat masing-masing.

Rabu, 9 Disember 2015

Perginya Seorang Teman.


Dalam minggu lepas, aku mendapat perkhabaran dengan membaca status facebook sahabat aku. Beliau menyatakan bahawa teman lama aku, Muzammil telah kembali ke pangkuan ilahi. Aku agak terkejut juga, kerana sebelum ini aku tiada pula mendengar sahabat aku ini mempunyai masalah kesihatan.

Ajal dan maut di tangan tuhan, apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Beliau meninggal seorang balu dan seorang anak perempuan yang baru berumur 3 bulan. Meninggal pada usia 36 tahun. Merupakan seorang anak yang baik dan selalu berbakti pada ibu dan bapa beliau, selama aku mengenali dan aku melihat apabila bersama-sama beliau dahulu.

Sekadar teringat, pada satu ketika, aku bertandang ke rumah ibu bapa beliau. Aku memerhatikan beliau sabar melayan karenah arwah abapa beliau. Memang seorang anak yang baik.

Pada rakan-rakan pula, beliau tidak lokek menghulurkan bantuan, dari segi tenaga. Sering membuat suasana disesuatu majlis ceria. Dan tidak pernah pula bibir beliau sepi tanpa sesuatu yang boleh membingitkan keadaan.

Sebenarnya banyak kenangan sewaktu aku aku tinggal di Puchong dan bersahabat dengan beliau. Sering juga membantu aku di kala aku mengalami kesulitan. Orang yang menghantar aku pulang ke kampung sewaktu pemergian arwah ayah aku. Tidak membenarkan aku pulang ke kampung dengan menaiki motosikal. Beliau sememangnya seorang yang baik, walaupun nakal.

Mungkin disebabkan jarak menjadikan aku jauh dan tidak serapat seperti dahulu. Dan ada beberapa perkara yang tidak dapat aku elakan daripada berlaku. Aku menyimpan hasrat untuk bertemu dengan beliau. Tetapi aku tidak berkesempan untuk berbuat demikian. Aku terasa sangat sedih sebenarnya dengan pemergiannya, mengalir juga lah setitis dua air mata. (lelaki wei... x macho nangis... hahahaha).

Aku doakan beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

P/S: aku tidak akan punya masalah dengan seseorang selagi orang tu tidak buat masalah dengan aku. Tetapi, bila sudah buat hal.... minta maaf banyak-banyak. sendiri mahu ingat.

Selasa, 8 Disember 2015

Orkid.

Asslammualaikum w.b.t.
Lama sudah aku tidak update page aku ni, mungkin kekangan kerja-kerja di pejabat juga di rumah. Maca-macam perkara yang perlu aku lakukan. Tapi tidak seperti sibuknya seorang menteri. Gambar-gambar orkid yang aku selitkan di dalam post ini adalah antara orkid yang ada dalam koleksi aku.


Jika sesiapa yang mengikuti blog  aku ini, pasti mengetahui bahawa aku sering menemankan ibu aku pergi ke nursery mencari orkid. Kadang-kadang habis beribu kerana minat beliau. Sekarang ini, Aku pula telah terikut-ikut hobi beliau yang satu ni. 


Jika diikutkan, penjagaan dan penyelenggaraan pokok orkid ini tidak lah berapa cerewet sangat. hanya jaga keperluan iaitu air dan baja. In Sya Allah, pkok akan gemuk dan sering berbunga. Alhamdulillah, setelah mengikuti cara penjagaan di internet dan nasihat juga tunjuk ajar dari kenkawan di facebook dan kenalan dunia nyata, juga beberapa tips yang aku baca dari internet. Pokok-pokok orkid dalam jagaan aku gemuk dan rajin berbunga.


Tidak seperti dulu, beli berpasu-pasu sampai habis beribu, tetapi pokok kering dan akhirnya mati begitu sahaja. Sekarang ini, ada beberapa jenis orkid dari spesisnya sendiri dan sering berbunga. termasuk orkid hutan yang aku beli di Muadzam. penjual orang asli.


Yang menariknya orkid hutan ini, walaupun saiz bunga tidak begitu besar. Namun ia boleh mengeluarkan harum. Walaupun kecil saiznya, orkid hutan mempunyai daya tarikan tersendiri.


Mengikut pemerhatian aku, peminat-peminat orkid ini ada cara mereka tersendiri. Maksud, mereka ini mengumpul spesis-spesis yang mereka minat. Aku ada niat aku nak kumpul satu spesis orkin ini, bunga tidaklah besar, tetapi warna dan corak yang terdapat pada kelopak bunga memamg menarik minat aku. Phalaennopsis deliciosa, kalau tidak silap.


Sekian sahaja post kali ini.





nopsis deliciosa

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Phalaenopsis deliciosa

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...