Ahad, 25 Oktober 2020

BFF HIKING siri 5, Gunung Lambak. Kluang.

 

23 November 2020, Gunung Lambak, Kluang, Johor.

Merupan destinasi pendakian seterusnya yang kami, BFF HIKING pergi untuk mencuba ketahanan diri dan mental. Mempunyai ketinggian setinggi 510m (1670ft) dari aras laut.

 


 

Dalam pendakian kali ini, bukan hanya kami berempat sahaja. Kami telah menjemput beberapa orang kenalan dari Segamat yang sememangnya telah mendaki Bukit Jementah beberapa kali, dan kami mengajak mereka untuk mencuba mendaki gunung pula pada kali ini.

 


 

Kebanyakan mereka tidak pernah mendaki gunung dan hanya beberapa buah bukit sahaja di Segamat dan kawasan sekitar.

Hanya Ayong dan Bob, yang pernah menaiki Gunung Berlumut sebelum ini. Aku dan Ejam pula merupakan kali pertama melakukan pendakian menaiki gunung ini.

 


 Alhamdulilah, selamat mendaki dan menuruni gunung semuanya.

Sedikit coretan aku lampirkan dalam post  ini.

8.00 pagi - Sahabat aku yang bertiga tiba di rumah aku, menjemput aku menuju ke Kluang, perjalanan mengambil masa selam satu jam setengah dari kediaman ibu aku.

 


9.30 pagi - Tiba di Bandar Kluang, Dan destinasi pertama.. (MAKAN). Kami telah bersarapan di Railway Station yang merupakna cafe kegemaran penduduk setempat dan pelancong dari dalam negara jika bertandang ke Bandar Kluang.

10.30 pagi - Tiba di kawasan meletak kenderaan di Gunung Berlumut. Pendakian tertangguh seketika kerana terdapat dua biji kereta yang tersasar dari laluan sebenar (sesat).

 


 

12.30 tengahari - kami berjaya tiba di Puncak Gunung Lambak. Alhamdulillah, semuanya tiba ke puncak dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Perjalanan menuruni gunung mengambil masa selama satu jam. Dan seterusnya bersurai ke rumah masing-masing.


 

Bagi aku, gunung ini tidak kurang hebatnya, Kerana trek pendakian yang mula memberikan cabaran kepada pendaki terutamanya pendaki-pendaki baru yang berjinak di dalam dunia pendakian.

Kepada yang ingin menyertai pendakian ke Gunung Berlumut, Kluang. Boleh mendaki gunung ini dalam mencari stamina sebelum melakukan pendakian ke Gunung BeRlumut.

Boleh klik di sini untuk melihat semua gambar semasa kami mendaki Gunung Lambak.

Rabu, 21 Oktober 2020

Suprise Birthday By My Friend.

11 September, alhamdulillah, masih lagi aku bernafas dalam tahun ini dan mencapai umur yang sekarang,
"berapa yer?.... hahahaha......", andaikan dan teka jer lah umur orang tua ni.


 

Kebetulan aku telah mengambil cuti di jabatan baru dan pulang ke Segamat untuk habiskan masa bersama rakan-rakan di jabatan lama. Kerana aku telah berjanji aku luangkan sedikit masa bersama mereka.

 


 

Hakikatnya aku sendiri lupa harijadi aku pada waktu itu, dan tidak menyangka mereka telah mengingati dan telah melakukan perancangan untuk acara kejutan untuk aku.


Pada awal pagi, aku telah tiba di jabatan lama aku, dan berjumpa dengan rakan-rakan satu pejabat yang lain. Macam biasalah, aku seorang yang suka menyakat orang lain dan bergurau. Macam-macam lah ramah mesra dengan dia orang yang telah sekian lama tidak lepak bersama.

 

 

aku menghabiskan masa di jabatan tersebut hampir ke waktu makan tengahari akibat daripada desakan rakan baik aku supaya makan tengahari bersama.
"baiklah..... bukan selalu", ujar aku.

 


 

Maka tiba waktu makan tengahari kami bergerak satu kereta menuju destinasi kegemaran mereka, Oldtown Segamat. Sedang aku leka bermain handphone, tiba-tiba mereka menyanyikan lagu hari jadi, agak terkejut juga lah pada masa itu. hampir sahaja terlepas handphone dari tangan kerana betul-betul terkejut. Nasib baik tidak keluar latah.

 


 

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua kerana telah merancang majlis kejutan tersebut.
"serious, sayang kau orang semua, tak ada yang terbaik",

 


 

Banyak kenangan aku bersama mereka, seolah seperti adik beradik, manakan tidak, 11 tahun menjadi keluarga satu jabatan, banyak yang telah dilalui bersama. Ketawa.. menangis dan lain-lain.

Selasa, 20 Oktober 2020

BFF Hiking Siri 4, Gunung Berlumut, Kluang, Johor.

 

17 February 2020, aku bersama group aku (BFF Hiking), telah pergi mendaki di Gunung Berlumut, Kluang, Johor. Kami telah berdaftar dalam satu group yang membawa pendaki-pendaki menuju ke puncak gunung. Seawal dua minggu sebelum, kami telah mendaftarkan diri dan membayar bayaran untuk permit menaiki gunung tersebut. Bayaran dikenakan sebanyak RM65 ringgit seorang.



 

Dua hari sebelum tarikh pendakian, aku telah pulang ke Segamat menaiki bas, kerana Bob dan Ejam ingin menghantar aku pulang ke Johor Bahru, mereka ingin lepak dan berjalan-jalan di bandaraya tersebut. Tapi paling best, bas aku naiki delay hingga 3 jam. Aku bermalam di rumah Bob, kerana mudah untuk kami terus gerak menuju ke Kluang.

Sedikit tentang Gunung Berlumut, 

Gunung Berlumut dinamakan kerana terdapat banyak kawqasan di gunung tersebut yang dipenuhi dengan lumut, lebih kepada permukaan batu-batu di kawasan tersebut. 

Ketinggian gunung ini adalah 1010 meter dari aras laut, dan merupakan gunung ketiga tertinggi dalam Negeri Johor. mengikut bacaan aku di laman web mereka yang pernah memanjat gunung ini,  trek laluan bukan satu masalah bagi mereka yang telah biasa memanjat gunung, tetapi merupakan trek mencabar bagi mereka yang baru bermula dalam aktiviti ini.

Berbalik kepada pengalaman dan perjalanan aku mendaki gunung ketiga tertinggi di Negeri Johor ini.

 

Jam 3.30 pagi.

Bermula perjalanan kami, gerak dari rumah Bob (Segamat) menaiki kereta beliau dan menuju ke Kluang.

Jam 6.30 pagi.

Kami tiba di Bandar Kluang, dan singgah di Surau Kampung Paya untuk menunaikan apa yang perlu bagi seorang muslim. Aktiviti awal pagi itu, diteruskan dengan mengisi perut masing-masing (sarapan pagi), supaya tidak pewai (keletihan teruk) semasa melakukan pendakian.

8.00 pagi.

Kami tiba di Dataran Gunung Berlumut, di mana tempat kami diminta berkumpul. Sedikit penerangan oleh pihak penganjur dan melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan pendakian.

8.30 pagi.

Kami memulakan pendakian di gunung tersebut. Pada awal trek pendakian, sangat biasa tetapi sedikit berbukit biasa yang hanya boleh dilakukan dengan berjalan biasa. sehingga ke check point 1.

Cabaran trek bermula dari check poin 2  hingga ke puncak. Di mana laluan pendakian, pendaki perlu memanjat akar-akar pokok untuk melalui trek pendakian.

Sangat mencabar bagi kami yang baru berjinak-jinak dalam dunia hiking ini. Dan terpancar wajah keletihan yang teramat sangat pada wajah Ayong dan Bob. Sebenarnya, Ayong terpisah dari kami. aku sangkakan dia ok bersama rakan-rakan beliau. tetapi ternyata tidak. Kerana bersangka baik, kami meneruskan perjalanan tanpa menanti beliau.

Sepanjang perjalanan mulut aku tidak berhenti menasihati dan memberi kata semangat kepada Bob, Kerana hanya kami berdua di satu-satu treck. Mungkin akibat keletihan melampau dan letih telinga beliau nak mendengar, terpancul dari mulut dia:
"ko kurus tak apa lah.....", lepas geram.
"apa dia Bob?", tanya aku semula minta kepastian.
Bob hanya membisu dan kami meneruskan perjalanan, dan aku tidak pula memberi sepatah dua kata-kata sepanjang pendakian.

2.00 petang.

Aku dan Bob berjaya tiba di puncak Gunung Berlumut, Alhamdulillah.
Terpancar senyuman di wajah Bob dalam keletihannya. Tidak lama selepas itu, Ayong tiba dengan muka pewai. 

TAHNIAH BUAT SEMUA..... KAU ORANG MEMANG THE BEST.


 

2.30 petang

kami mula menuruni gunung kerana seawal jam 5 petang, keadaan di lantai hutan akan mula gelap dan memerlukan bantuan lampu picit untuk menerangi trek.

5.30 petang.

Kami tiba di kawasan air terjun, dan hanya punya masa 15 minit untuk berendam sejukan badan akibat keletihan pendakian.

Merupakan satu pengalaman yang sangat menarik, dimarah, keletihan, hampir sahaja berputus asa.

Gunung Berlumut MEMANG TERBAEK.

ada sedikit rakaman video di bawah. 




 

klik DI SINI untuk melihat keseluruhan gambar semasa aktiviti pendakian.


Transfer Jabatan.

Perkhabaran dan risikan aku terima telah bermula sejak dua tahun sebelum, Seorang pegawai telah membuat panggilan kepada aku bahawa dia ingin menarik keluar aku dari jabatan lama dan menempatkan aku ke jabatan baru.


Aku telah berada di jabatan lama selama 11 tahun, dan punya banyak pengalaman bersama rakan-rakan di jabatan tersebut. Dan setiap detik kenangan bukan mudah untuk aku lupakan. Senyum dan ketawa. Menangis biasanya aku sendiri-sendiri sahaja.
 

Sekembalinya aku mengerjakan Umrah pada bulan February. Aku telah menerima satu surat URUSAN SERI BAGINDA, ternyatabeliau tidak main-main dengan apa yang beliau nyatakan.


pada 2 February, aku melaporkan diri ke jabatan baru. Agak kekok juga ingin bermula di tempat baru, seolah baru sahaja menerima pekerjaan dan ingin bermula sesuaikan diri dengan tempat baru ini.



Perasaan sedih sebenarnya ada. Tetapi apakan daya atas arahan pihak atasan, perlu juga akur menerima arahan tersebut. 

pada 22 Oktober ini, majlis perpisahan akan diadakan di jabatan lama tempat aku bekerja, lama tertunggak kerana arahan PKP oleh pihak kerajaan.

Budak Hiking.




 Assalammulaikum.

Setelah sekian lama aku rasa aku tidak update catatan baru di dalam blog ini. Terlalu lama, sehingga bersawang jika ianya adalah sebuah rumah.

Tidak pasti saya masih ada lagi mempunyai pengikut. Biarlah, hanya ingin berkongsi pengalaman dan apa aktiviti yang aku lakukan sepanjang kehidupan aku. Bermula semula mengisi masa kekosongan sebagai hobi.

Alhamdulillah, aku masih lagi sihat sepanjang tempoh pkp dari bulan dua hingga sekarang. dan aku doakan agar semua sihat dan dijauhi dengan penyakit tersebut.

Sebenarnya aku ingin berkongsi, sudah lama aku memulakan aktiviti yang aku tinggalkan semasa zaman sekolah lagi. HIKING.

 BFF Hiking ini hanya kami berempat ayong (satu-satunya wanita), ejam, aku dan bob. Aku telah berjanji bersama mereka bahawa aku akan sentiasa bersama dan berada dibelakang Ayong dan Bob semasa mendaki.

Telah mempunyai beberapa orang sahabat yang mula meracuni aku supaya menyertai mereka memanjat bukit dan gunung. dan kami gelarkan group tersebut sebagai BFF HIKING.

aku akan selitkan beberapa coretan di dalam blog ini sekadar berkongsi dan bercerita pengalaman semasa aku mendaki setiap bukit dan gunung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...