Rabu, 3 Julai 2024

Yang Cuba Digenggam Erat Tetapi Tidak Rapi.

Di dalam langkah aku meneruskan hari-hari aku dengan cuba tertibkan langkah dengan bergitu berhati-hati agar tidak tercalar walau satu garis di betis. Lumrah bagi sesiapa pun di dunia ini siapa tidak ada kesilapan yang berlaku dan membawa kemudaratan pada diri sendiri. Kebanyakan kita lebih suka dalam keadaan selesa daripada menghadap masalah-masalah yang mendatang. Tetapi kita hanya manusia yang biasa yang sentiasa didatangkan dengan dugaan dan cabaran, 


Selama ini aku berpegang bahawa, aku memerlukan seseorang paling kurang sebagai seorang rakan atau sahabat yang boleh menyokong, menasihati, membantu dan banyak perkara lain, kerana bagi aku, aku bukan seorang yang sempurna dan tidak mempunyai semua kelebihan.

Aku bukan seorang yang baik dan hebat, tetapi setiap perkara aku akan perhatikan dan teliti dan berfikir hujungnya menilai tentangnya. Hampir setiap perkara, termasuk memerhatikan orang-orang yang ada di sekeliling aku.

Yang paling rapat dengan aku juga tidak terkecuali. Setiap yang aku terima samada yang baik mahupun yang buruk, aku akan simpan di dalam memori atau hati, bukan bertujuan untuk aku berdendam atau ada perkara buruk lain dari aku kepada dia.

Sebenarnya, banyak perkara yang berlaku selama ini, tetapi aku hanya bersikap tidak kisah sangat dengan semua perkara yang berlaku. Tetapi setiap satunya tidak pernah aku lupakan, paling besar kisah yang berlaku di kawasan berhampiran yang melibatkan pihak berkuasa, sebenarnya tindakan aku pada hari tersebut adalah kerana kehendaknya, apa yang berlaku dan amat mengecewakan aku adalah apa yang keluar dari mulut dia sendiri, seperti mahu melepas tangan

"Entah, tidak tahu apa kena dengan dia ni?", jawaban dia.

Pada saat itu, memang aku sangat terkedu dan terkesima, tapi satu kelebihan aku adalah boleh mengawal emosi, termasuk riak muka aku. Aku tidak menunjukan sebarang perubahan muka kecewa atau sedih dan sebagainya, tetapi berlagak seperti tidak ada apa-apa yang terjadi. Sebenarnya sepanjang hari tersebut aku bersama dia dan sepanjang hari di dalam hati aku sentiasa bertanya dan berputar-putar dengan peristiawa tersebut. Di dalam hati, memang tidak menyangka dengan tindakan dia.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sepertinya, tetapi itu yang paling besar, aku berikan ia sebagai contoh untuk aku bercerita. Dan banyak juga bantuan yang aku minta daripada dia, tetapi banyak beralasan, adakah selepas ini, dia perlukan bantuan dari aku, aku juga perlu beralasan juga, aku rasa ini yang akan aku lakukan selepas ini, bukan untuk membalas dendam, tetapi cukup berbuat baik. Seperti kata perpatah:

 "BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI-KALI"

Dalam tahun 2024 ini, aku cuba jadi seorang yang berkeras hati, tidak mudah ringan tangan untuk membantu orang lain, serapat mana seseorang itu dengan kita, bukan sepenuhnya ikhlas dengan kita. Bukan membenci, aku berpegang, bahawa yang betul-betul ikhlas ada dengan aku adalah, ibu aku dan  Tuhan yang sentiasa memerhatikan aku yang sentiasa dalam kealpaan.

Hakikatnya, walau aku jauh dari mereka-mereka semua, aku menilai setiap darinya melalui laman sosial dan juga group perbualan yang ada. 

"APABILA HATI AKU DIJENTIK DENGAN KATA - CUKUPLAH, BIARLAH"

Isnin, 1 Julai 2024

Perkhidmatan Yang Sementara.

Membaca ayat sahaja seperti yang pelik telah berlaku, perkhidmatan apa yang sementara, jari di dagu. Sebenarnya tidak ada apa yang terjadi, Hanya perkhidmatan oleh pelajar yang menjalani sesi amali di syarikat-syarikat bagi memenuhi syarat untuk kelulusan institusi di mana mereka belajar.

Mai nama beliau, datang dari Kluang, Institusi tempat beliau ini belajar terlupa pula untuk aku bertanyakan di mana tempatnya.

Terima kasih yang tidak terhingganya, kerana telah membantu unit kami tidak sedikit sebanyak juga sepanjang tiga bulan bersama-sama kami menjalani dan menghabiskan dengan jayanya sesi latihan industri.

Banyak juga yang telah membantu dan meringankan beban dengan kerja-kerja yang sedia ada di sini.

Tu Jer lah, Rasanya, hahaha.....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...