Sabtu, 15 Ogos 2009

H1N1


salam........


sekarang ini, wabak yang sangat ditakuti ini telah pun merebak di semenanjung malaysia, sehingga ada diantara kita yang taku untuk keluar pergi ke tempat-tempat awam, sama ada untuk beriadah bersama keluarga atau sebagainya, dan kes-kes kematian di malaysia semakin meningkat dan sangat membimbangkan, sehingga aku sendiri berfikir banyak kali untuk keluar pergi besiar, dan lebih selesa duduk di rumah, dan di segamat, tempat aku pun telah pun ada beberapa kes,


ada yang mensarankan agar kita memakan bawang putih lebih, kerana kandungan di dalam bawang putih tersebut dapat meningkatkan antibody badan kita, memang telah ada kajian yang membuktikan bahawa bawang putih ioni baik untuk kesihatan, tidak salah untuk mencuba,



dan apa yang penting, kita sebagai umat islam hendaklah kita berserah kepada Nya, sesungguh nya Dia lebih mengetahui dan lebih menyayangi kepada mereka yang sentiasa berserah pada Nya, dan bersamalah kita bermohon kepada Nya agar wabak yang menyesakkan fikiran kita sekarang ini dapat diselesaikan........

Khamis, 13 Ogos 2009

erMMmm.....




tak tahu apa aku nak letak kat blog aku ni, salam ogos buat semua rakyat malaysia, salam kemerdekaan, tetapi apa erti kemerdekaan pada kita sekarang, benar2 kah kita memahami erti kemerdekaan, mungkin ya, sebab macam kemerdekaan yang boleh kita ertikan, tapi kemerdekaan untuk sesebuah negara?




sebenarnya kita lupa begitu juga dengan aku, kerana tidak pernah melalui zaman kesusahan yang dialami ketika sebelum merdeka, bersusah payah mereka mendapatkan kemerdekaan ini, tetapi apa yang berlaku sekarang,




melayu mudah lupa...... seperti yang tun selalu war2 kan, sebenarnya ya, lihat sahaja sekarang ni, macam2 yang telah kita dengar, mereka lupa, demi kejayaan masing2 sanggup menepikan aspek2 penting dalam negara ini seperti yang telah tercatat dalam perlembagaan,




memang menghairankan, bukan orang lain, tetapi orang melayu sendiri yang ingin memusnahkan org melayu, mereka sedar atau tidak, sebenarnya bukan lah niat aku untuk membarakan api perkauman, malaysia, sebuah negara indah, mempunyai pelbagai kaum, cuaba lihat negara jiran kita yang lain, dapat kah kaum lain menikmati kebebasan yang kita nikmati sekarang, bukan kah adat mereka dihapuskan untuk samarata sahaja, tetapi di malaysia, mereka bebas mengamalkan adat mereka sendiri,






tetapi melayu juga yang membuatkan api perkauman ini membara, huh, tak faham, melayu kutuk melayu sendiri, melayu mempertikaikan hak orang melayu di tanah melayu (malaysia) mengapa tanah melayu di tukar kepada malaysia, cuba fikirkan, mengapa ada melayu-melayu sebegini, oleh kerana keinginan untuk memerintah adakah semua itu perlu di abaikan, di mana letak harga, maruah diri sendiri,




cubalah menjadi rakyat malaysia yang berfikiran matang, bukan hanya menumpukan kejayaan tetapi fikirkan juga akan sensitiviti semua kaum di malaysia, bagi mereka yang sedar mereka melayu, sedar kan diri sendiri, jangan hanya ingin mengenggam kejayaan lupa bangsa sendiri, dan kita hidup dalam negara pelbagai kaum, toleransi harus wujud, bertimbang rasa, dan berperikemanusiaan.......






MELAYU MUDAH LUPA




FIKIR-FIKIR KAN SEBELUM




KITA




MUSNAHKAN NEGARA KITA SENDIRI.




























Ahad, 9 Ogos 2009

WaJAh KeLetiHAn

huhuhu......dah sebulan, setiap weekend aku akan turun ke kuala lumpur, letih pun yer, sampai sayang aku ajak pergi clubbing pun aku cakap malas aku nak pergi, satu: kerana aku keletihan memandu dari kampung ke kuala lumpur, dua: kerana esoknya sayang aku tu akan overtime, mana lah aku nak bawa dia keluar dan balik subuh, nanti kepenatan pula sayang aku tu,


tapi aku tak kisah kerana untuk ibu dan sayang aku tu, aku sanggup jer, tapi tak sanggup nak lihat mereka keletihan, kekadang rasa simpati dan kasihan pada sayang aku, bila naik kereta sahaja akan tertidur keletihan, aku tak kisah pun tiada berteman ketika memandu, tapi kasihan kan dia yang keletihan,

BaRAng

antara barang2 yang aku beli di uptown damansara:


kasut untuk pi office, tahan ker kasut ni, ermm....aku pun tak pasti.

minyak wangi untuk aku dan sayang aku.





seluar jeans untuk aku dan juga untuk sayang aku.
dan lover aku membeli dua tali pinggang, satu untuk pi office dan satu untuk pi jalan2.....tak dapat nak ambil gambar tali pinggang tu, takut nak selongkar barang2 lover aku tu, tak manis.... huhuhuhu......................












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...